Assalamualaikum.
Rasanya tak terlambat untuk ucapkan salam ramadhan buat semua. Dah masuk 10 hari kalau tak salah... sekejap aje masa berlalu. Rasa macam baru aje kita berpisah dengan ramadhan, skrg dah berjumpa kembali. Ramadhan kali ni memang sekalipun saya tak ke pasar ramadhan. Setiap hari masak sendiri. Sahur pun ala kadar, apa yang ada aje. Anak dan abamjohn pun tak cerewet, alhamdulillah.
Tapi saya takmo la ambik kesempatan atas ketidakcerewetan mereka, saya nak pengalaman berpuasa adalah pengalaman indah buat anak-anak saya, jadi saya berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang istimewa setiap hari.
Paling best bila anak saya yg berumur 9 tahun bgtau saya; "Best la bulan puasa makan sedap2" dan setiap hari juga anak-anak yang kepuasan makan akan bergilir2 ucap "Thank you mami!". Rasa hilang penat lelah bersilat kat dapur.
Semalam tekak saya ni teringin pulak nak makan donat. Orang putih panggil doughnut atau donut. Sama aje bunyiknya. Dulu rasanya pernah share resepi tapi sebab saya malas nak selongkar blog, saya google resepi baru dan ternyata resepi kali ni lebihhhhh senang buat.
Bahan-bahan donut ringkas:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu makan mentega dicairkan
3 sudu makan gula castor
3 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur
1 paket yis kering mauripan
Cara:
1. Larutkan gula dan susu ke dalam air suam. Tambahkan yis dan kacau. Biar sehingga sebatian berbuih. Itu petanda yis sedang buat kerja. Kalau tak berbuih tandanya yis dah rosak. Gi beli lain hehehehe.
2. Mentega cair dan telur disatukan. Pukul sikit. Masukkan ke dalam campuran yis yang dah berbuih tadi.
3. Sediakan tepung. Buat lubang di tengah2 tepung dan tuang campuran yis tadi. Gaul semuanya. Boleh guna senduk kayu atau tangan yang bersih. Saya suka gaul pakai tangan aje. Bancuhan ni memang melekit. Jangan risau. Bila dah sebati, perapkan bancuhan di tempat kering dan agak panas selama 45 minit. Saya perap dalam oven yang di-off. Jangan on pulak. Kang masak pulak dia hehehe. Jgn lupa tutup dengan kain kering ye.
4. Selepas 45 minit bancuhan akan naik tinggi. Sediakan tempat untuk menguli. Tepuk2 dan tabur lebih2 tepung tu kat tangan dan tempat menguli. Uli sikit dan boleh terap. Saya guna penerap khas donat yang saya beli kat supermarket. Senang guna dan saiz dia besar, dapat dalam 10 biji donut saiz besar dan yang bulat tengah tu pun saya goreng. Yang lebih sikit2 tu saya bagi anak saya main.
5. Selesai menerap, boleh sediakan kuali menggoreng. Jangan panas sangat ye minyaknya. Nanti dibalik2kan donutnya agar ia masak sekata.
memang geboooooo..... bravo.... |
tinggal sikit sebab Cik Rai dah 'rasa' dulu |
Macam ni punya resepi, pejam mata aje kita buat kih kih kih... tapi memang sampai sahur pun gebu. Buat pengetahuan, resepi ni saya dah kurangkan penggunaan gula. Dalam resepi asal diambil daripada dapur-mamasya.blogspot.my katanya letak 6 sudu gula tapi saya lebih suka kurang manis sebab nanti nak salut gula di luar pulak.
OKlah uols... boleh cuba menerap petang nanti kalau cukup bahan.
Wassalam.