Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Resepi : Chicken And Dumpling Melayu

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya ada kata semalam, bulan puasa nak kasi anak pengalaman berpuasa yang menyeronokkan, kan? Jadi salah satu cara nak kasi diorang seronok ialah dengan memasak masakan kegemaran dioranglah.

Salah satu makanan yang anak-anak saya akan makan tanpa pandang kiri kanan ialah satu masakan yang entah dari negara mana, saya cedok resepi dan bega sikit mengikut kesesuaian dan keselesaaan dan dijamin HALAL iaitu Chicken And Dumpling. Yang ni saya cedok resepi daripada Laura Vitale di Youtube. Saya memang suka tengok Laura masak sebab penjelasan dia jelas dan senang nak ikut.

Yg ni sama ada nak makan gitu aje atau makan dengan roti atau dengan nasi, terpulang tapi ia berkuah dan creamy. Memang budak2 suka sangatlah.

Bahan-bahan:

3 batang lobak merak, bersihkan dan dipotong dadu
1 bawang besar potong dadu
3 batang celery, bersihkan dan hiris
1 kg isi ayam dihiris kira2 1 inci
7 1/2 cawan air
1 stok ayam cube / stok ayam
1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan cooking cream / heavy cream
garam dan lada hitam kisar secukup rasa
1 sudu teh thyme
1 sudu teh rosemary
1/4 cawan minyak sayuran

Dumplings:

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu full cream
1/4 cawan heavy cream/cooking cream
3 sudu besar mentega cair
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1 sudu teh daun parsley cincang (saya guna yg kering)
Black pepper kisar secukup rasa


Banyak eh bahan-bahan dia? Macam banyak tapi semua tu biasa dijumpai di dapur kecuai heavy cream tu dan rempah2 tertentu. Rempah2 ni saya memang simpan sebab suka sangat masak makanan barat ni.

Ok cara2nya:

1. Sediakan periuk, sebaiknya periuk berpenutup ye. Laura Vitale pakai cast iron iaitu dutch oven yang berat dia berkilo2 tu.

2. Panaskan minyak pada suhu sederhana aje. Kita masak kuah dia dulu. Bahan dumpling letak tepi tau.

3. Gaul ayam dengan tepung. Masak ayam gaul tepung tu dalam periuk yg dah ada minyak tadi dalam 4 minit sampai dia brown sikit. Garamkan dan lada hitamkan dia sikit. Angkat.

4. Periuk yg sama, bekas masak ayam tadi... boleh tambah sikit minyak lagi kalau perlu. Masukkan karot, bawang dan celery. Garam dan black pepperkan dia. Bila dah layu sikit dalam 7 minit gitu, terus masukkan balik ayam tadi, kacau ala kadar sikit pastu tambah thyme dan rosemary. Kacau. Wangi tau bau dia nanti.

5. Masukkan air dan stok ayam. Tutup periuk dan biar merenih 45 minit. Laura guna wine tapi saya skip step tu.

6. Kemudian masukkan heavy cream. Lepas tu boleh sediakan dumpling. Eh jgn lupa rasa sup tu sedap tak? Kalau perlu garam dan pepper, tambahlah.

7. Campur semua bahan dumpling dalam bekas lain. Bancuhan akan agak lengkit dan lembik. Memang gitu ia perlu kelihatan. 

8. Check periuk, kuah tadi dah mendidih?

9. Scoop guna sudu atau ice cream scoop sederhana besar bancuhan dumpling ke dalam sup tadi. Buat sampai habis. Biarkan dumpling masak dalam 15 minit. Tutup api dan biarkan sekejap 5 minit sebelum dihidangkan. Hmmm yummy.....



ayam

dumpling



Nak tau sedap atau tak, bolehlah try ok. Tak pasti bagaimana rasa sebenarnya masakan ni tp versi melayu halal ni dah cukup puas hati :)





Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>