Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Pondok Baru

$
0
0
Assalamualaikum.

2 hari lepas, saya dan John pergi ambik kunci pondok baru yg telah siap sepenuhnya. Kemudian, lepas bayar apa saja yang perlu dibayar, kami terus ke site untuk check kalau-kalau ada defect kat pondok tu. Check punye check, cuma ada satu aje defect yg kelihatan iaitu di toilet bilik anak saya. Lain-lain semua ok.

Sambil mengecheck defect, kami ronda sambil berangan-angan lagi untuk buat gitu dan gini kat pondok kami tu. Ada banyak benda nak dibuat untuk keselesaan jangka masa panjang. John kata nak settle down kat situ aje sampai tua. Pondok kami takdelah besar sangat, dan tak kecik sangat. Ngamlah untuk kami yang berkeluarga sederhana besar ni. Nak bagi bilik sorang satu kat anak-anak memang tak cukuplah, tapi walau ada yg kena share bilik, saya rasa dah memadailah untuk keselesaan semua.





Betullah kata biras saya, bila dah dapat kunci mesti tergedik2 nak pindah cepat2. Bila balik rumah sekarang ni, tak keruan betul rasanya. Nak pindah cepat2, nak renovate cepat-cepat, nak beli barang cepat-cepat. Tapi saya kena sabaaaarrrrr..... tak boleh tergesa-gesa. Dulu kami tergesa-gesa pindah ke rumah skrg sebab saya tak tahan dengan tuan rumah yang sombong. Saya memang tak tahu menahu tentang segala bil rumah. Semuanya John yg uruskan. Manalah saya tau kalau masa tu John terlewat bayar sewa dalam seminggu. Masa tu John outstation ke Brunei, sebab tu la dia tak sempat nak uruskan bil agaknya. Pada masa yg sama, saya tahu memang kami massa tu bukan senang sangat pun. Banyak yg rolling. Tuan rumah seorang guru yg bernama Siti Hawa, datang rumah sewa tu dan menghina-hina saya hanya kerana sewa lambat bayar seminggu. Suami dia ikut sama, tapi dia duduk luar rumah dan MEMBIARKAN ISTERINYA MENYERANG SAYA DENGAN KATA-KATA MENGHINA. Saya tahan ajelah. Bila John call baru saya cerita dan John yg baru nak check in kat airport Brunei utk balik ke KL, terus call tuan rumah tu bertanya kesahihan cerita saya dalam nada marah-marah. TAK MENGAKU! MATI HIDUP BALIK DIA TAK MENGAKU. 

"Takkanlah suami kamu tak tinggalkan duit?"
"Suami saya dulu, outstation ke Dubai, RM4000 dia tinggalkan kat saya!"

Ingat lagi ayat makcik tu. Tak padan dengan guru, agaknya cikgu ni tak belajar sivik. Rumah dia sekarang (dekat aje dengan rumah makcik saya) dah takde rupa rumah sangat dah. Dengan lalang, dengan kotor, pastu T**LA* sebagai developer, nilai hartanah jatuh. Kalau jual balik pun takde la untung. Terima kasihlah kepada cikgu sombong tu, kerana kesombongan dia, saya desak John pindah rumah. Dan dengan izin Allah, kami jumpa rumah skrg ni, owner masa tu terdesak nak jual sebab nak pakai duit. Pastu dia benarkan kami tinggal di rumah ni dengan sewa separuh harga semasa urusan jual beli sedang dilakukan.  Kami tak keluarkan duit pun, cuma keluarkan kwsp. Beli rumah dalam keadaan tak berduit. Skrg alhamdulillah nilai rumah yg kami susah payah dapatkan ni nilainya sudah naik 3 kali ganda. Ada pulak sekolah yg baru je dibuka awal tahun lepas, melonjak2 harga rumah naik. 



Bila kenangkan semua tu, saya rasa sangat berbaloi menahan macam-macam kepayahan sebelum dan selepas pindah. Pindah dalam keadaan takde apa-apa. Orang pun takmo datang sebab rumah kami tak sama mcm rumah orang lain. Kena pulak jiran lain bangsa dan agama, tambah konfliknya. Kami tahan ajelah. Renovate dan baiki rumah pun secara berperingkat bila ada duit. Semua benda ni memberi saya pengajaran. Pengajaran tentang hidup. Itu yg saya skrg tak sama mcm saya yg dulu. Sekarang yg penting untuk saya adalah keluarga saya aje. Lain-lain, mungkin saya kurang nak campur. Campur bila perlu saja. Orang lain tak layak menilai saya dan apa yg saya lakukan sebab orang lain tak tau apa-apa. 

Skrg, hari-hari dok cari gambar untuk saya tunjuk kepada John. John kata pondok baru saya design sendiri. Yopoyo je.... nanti saya tunjuk gambar tetiba dia kata xbleh pulak kan? Tapi, saya kata... boleh ambik khidmat perunding tapi diorg kena buat mcm mana yg kita nak, cantikkan idea kita, bukan bagi idea sepenuhnya ttg apa yg kita patut buat. Kita yg nak duduk rumah tu, kita tau keperluan kita, rutin kita, tabiat kita, hobi kita dan anak-anak kita. 

Tetiba entry ni macam serious pulak.

Saya tak sabar rasanya nak tanam pokok. Nak letak pokok sana dan sini. Tak sabar sangat nak beli brg rumah, dan saya dahpun beli 1 set comforter kat AKEMI Penang hari tu pada harga less 80% eh 90%. Dari RM1200 satu set dapat RM120. Jeles tak? AMI jangan jeles ye. Tunggu sale lain nanti boleh beli. Bak kata AMI, thread count kena lebih 350 ek? Yg ni 400 thread count, cotton + silk. Dah biasa beli kat Kafo, Giant, Jusco, dah letih pakai yg takde brand ni kikikikiki. Panas! Jimat la konon padahal masa sale sama aje harganya. Ada satu yg saya beli brand AKEMI pun masa sale kat Parkson, memang selesa gila. 





Kunci dah ada kat tangan. Memang kerap-keraplah kami ke sana nanti sebab salah satu sebab, nak ambik ukuran langsir bilik. Bilik memang kami tak renovate kot. Cuma tambah apa patut je. Boleh la siap-siap tempah langsir macam AMI. Pastu kita sama-sama pindah pondok baru kan AMI?

Tak lama lagi nak gi Turkey. AMI nak cari barg pondok baru, dengan konsep 1001 malam hehehehhehe. Pecah rahsia AMI. Saya? Saya berkonsepkan pondok moden aje udahlah. 

:)





Trip Pakai Buang

$
0
0
Assalamualaikum.

Tak lama lagi nak jenjalan dengan cik kiah dan cik bedah. Saya namakan 3 kawan saya ni Kiah 1, Kiah 2 dan Bedah 3. Saya ambik Bedah 4 la hokey?

Kali ni jenjalan jauh sikit dari biasa. Dan kali ni jugak tak sanggup nak redah naik turun bas ke ketapi ke.. kami bayar aje pakej all in. Dengan penerbangan MH... sebenarnya ada sedikit rasa seriau selepas kejadian MH370 baru-baru ni tapi.. saya berdoa dan bertawakal semoga perjalanan 9 hari 7 malam ni akan dilindungi Allah swt. Bak kata Kiah 1 (pengurus rombongan kami), nahas kapalterbang 10 tahun sekali ko nak takut, nahas jalanraya hari2 ko tak fikir pulak? It made sense, tapi kita ni cuma merancang, segalanya Dia yang atur. Dan saya juga bersedia untuk ambik insurans perjalanan tambahan dengan agent saya, kalau-kalau apa2 terjadi, bla bla bla...... (pandai-pandai la uols sambung).

Memang tak lama sangat dah trip ni. Baru je kelmarin kami lunaskan semua pembayaran. Total RM4,698 seorang, memang macam murah aje dan berbaloilah. Mengeruk2 saya mengeruk sana sini nak bayar hahahahah dah macam beruk matyeh keruk2. Malas nak usik duit asb, saya keruk yg senang nak keruk aje kikikiki. 

Semalam, konon-konon dah habis bayar trip, kami cik kiah dan cik bedah nak lepak kopi-kopi kat tempat lepak biasa kami untuk bincang-bincang apa nak dibawak nanti. Maklumlah, trip 9 hari, pastu tak menetap satu tempat pulak tu. Mana sempat nak mendobi. Cik Kiah 1 dan Cik Bedah 3 aje yg dpt join kopi-kopi. Cik Kiah 2 tinggal nun jauh kat KL, tak dapatlah nak join sama. Kami ber 3 yg tinggal sepelaung ni boleh la selalu-selalu kopi-kopi. 

Bincang apa?

Konon-kononlah.... bila dah jumpa, banyak citer lain daripada citer trip hahahhaa. Tapi sebelum saya berangkat kuar drive ke destinasi kopi-kopi, saya dapat idea sebab sebelum tu saya mengemas almari saya,.. terus la dapat idea yg boleh saya ketengahkan. Dan itulah satu-satunya idea yg saya dapat malam semalam hahahaha.

"Spenda pakai buang"

Sebab 9 hari nak spend, bawak aje spenda lama-lama yg lama tak pakai (sebab ai dah ada banyak spenda mahal Elken DX yg ai pakai hari-hari). Bawak aje 18 helai, lepas pakai terus buang. Sebelum buang cuci dulu pastu potong-potong jadi perca supaya takde yg ambik pakai atau mandrem. Bahaya ooooo....... skrg ni pun kalau membuang underwear atas bawah memang saya akan potong dulu. 


gambar hiasan ehsan pakcik Gugel

Semua 18 helai dah saya cuci dan simpan dalam luggage. Semangat! Spenda yg diingat dulu! Utk baju dalam plak, mungkin half-half la pakai buang dan yg tak bleh buang. Kita dah biasa pakai DX, mana boleh pakai yg biasa-biasa, nanti sakit belakang ai. Poyo. Mungkin malam la pakai yg biasa. Pastu besoknya buang lps cuci. 

Ada jugak kami bincang tentang baju. Cuaca masa trip kami agak sejuk. Musim bunga katanya. Dalam 14 darjah celcius kot. Tak beku tapi sejuk. Bawak baju wool sikit dan jaket dah memadai lah. Kat sana mesti gatal nak beli baju lagi. Jaket bawak la 2. Kalau bawak 1 semata nanti tak stylo nak ambik gambar. 

Walau perbincangan kami tak panjang sebab laki cik bedah 3 dah call suruh balik (oppppssss....), saya terfikir jugak yg lain-lain, iaitu toiletteries botol kocik yg cukup utk 9 hari je, pastu balik takyah bawak balik dah. Kasut kena bawak extra sebab kaki saya yg tak boleh kekal dengan 1 kasut. Takyah nak berboots-boots bagai... pakai aje kasut yg comfy. Heran gak kenapa kalau gi overseas kena pakai boots? Wajib kah? Yg pasti, kasut takbleh pakai buang. Hehehe. Tapi saya respek betul masa gi Korea, ramai yg berboots tinggi2 dengan selambanya. Tak sakit kaki ke?


kalaulah boleh pakai boots ada heels camni...

Lain-lain: Camera Canon or Nikon? Mungkin Canon sebab ringan.

Duit? Half cash half card. Cash kena tukar USD siap-siap sebab sana takdo MYR. 

Jajan/ ration? Maggi aje sudahhh...... dan White Coffee Elken itu wajib! Supplements mesti! Mana tau tetiba sakit perut boleh telan spirulina. Standby dalam beg. handcarry luggage? Walau dapat free, saya rasa saya pikul handbag aje yg boleh sling. Longchamp merah saya sangat sesuai kot. Muat camera jugak. 

Saya sempat bgtau cik kiah dan cik bedah, mesti nak pakai baju selesa sebab dari satu tempat ke tempat yg lain ada yg kena duduk dalam bas berjam-jam. Macam nak pusing seluruh negara. Semua tempat John dah selidik dan kasi izin utk dilawati cuma satu tempat John tak izin iaitu makam bekas Presiden negara tersebut. Kata John, dia dilaknat kerana perbuatannya terhadap agama dan negara sampai bumi tak boleh terima dia walau setelah mati. Lepas beberapa tahun, dia cuba dikebumikan sekali lagi (tanam) tapi bumi masih menolak dan akhirnya dia disemadikan diantara marmar yg kini giat sungguh pelancong melawat. John kata kalau sampai aje sana, jgn pegi ziarah. Duduk aje kat luar atau tanam niat dalam hati yg kita takde niat nak ziarahpun. John kata Tuan Sheikh ada pernah cerita tentang kisah dia ni masa majlis ilmu. jadi, John dah pesan siap-siap dengan saya. OK boss..... pesanan diterima.

OKlah nak sambung lipat kain. Adiossss......







Perompak Dan Perogol Dalaman

$
0
0
Assalamualaikum uols..

Berhari-hari nak cerita ni tapi asyik tak sempat. Cerita ni mesti nak saya sampaikan sebab ianya penting. Ni Cik Kiah 1 yg cerita..... memang kisah benar.

Alkisah pasangan suami isteri ni ambik maid baru dari negara seberang. Orangnya tak kekampungan tapi nampak rugged, ada handphone yg melekat dengan dia. Tak habis-habis ber sms padahal baru sampai beberapa hari. 

Pada suatu hari, majikan suruh la si cikmed buat kerja tapi dia kata, henfon biar majikan simpan dulu, nanti dah habis kerja majikan kasi la balik. Pastu si cikmed kasi la fon tu kat majikan. Majikan tak fikir 18 kali, dia terus cek sms.... alangkah terperanjatnya...

Majikan baca sms dalam fon....

Cikmed merancang sesuatu dengan 3 lelaki.

Dia bgtau waktu-waktu tertentu bila majikan takde kat rumah. Memadai dua tiga hari utk dapatkan rutin harian keluarga tu kan?

Diorang rancang utk merompak.

Pastu cikmed kata dalam rumah ada anak pompuan majikan yg dah remaja.

Mereka rancang untuk merogolnya.

Tak terperanjat beruk ke uols baca ni? Apatah lagi tuan punye badan, ... terus dibawanya fon ke balai polis. Polis tak dapat buat apa-apa sebab perkara belum jadi. Huh!!!!!!! Ini jenayah yg dirancang! Majikan tak puas hati, sibbaik ada kenal yg pangkat tinggi, direportnya dan alhamdulillah ini 4 penyangak dah kena reman.

Sebab itulahhhhh saya sangat-sangat susah buat keputusan setiap kali nak ambik cikmed baru. Dulu, saya pernah tegur John bila awal-awal dia dah ajar cikmed-cikmed ni tentang kunci mangga la suis gate la, apa lagi password utk alarm.  Biar diorang tak tau, biar kita majikan bersusah sikit untuk lock/unlock pintu/ alarm. Saya bawak tidur kunci rumah dan kunci kereta. Bila rasa boleh percaya baru la saya longgar-longgar sikit dengan cikmed. Itupun password alarm mmg dia tak tau sampai sudah. Dulu ada sorang cikmed saya yg bawak kawan dtg rumah. Walau hanya lepak luar borak2, saya memang marah betul! Mula2 mmg la kat luar. Lama-lama? Siapa tau? Pandai dia... ambik surat saya dan bacakan alamat kepada boifren tah mana datang tah. Cikmed ni saya kick awal sebab saya tak percaya kat dia. Memang dia ngaku ada banyak 'abang angkat'. Pantang jiran belakang rumah (lelaki) kuar lepak belakang rumah borak2, dia akan jam-jam tu buat2 nak angkat kain la, sapu la kat belakang tu walaupun anak saya yg tengah baby tengah disuap makan! Dia ingat saya tak nampak? Kerja saya masa ada cikmed baru mmg meng-observe 24jam untuk beberapa ketika.

Memang selain cikmed lari, banyak jugak yg kena kicked out. Dengan cikmed saya mmg takde kompromi. Bukan senang nak terima orang asing masuk rumah kita. Nak lepaskan anak-anak pada diorang. Apa-apa jadi memang menyesal tak sudah. Skrg saya cuma perlu enjoy aje saat2 takde cikmed ni. Takmo stress lah. Biasalah surirumah kan? Lepas dengar cerita ni, memang saya nekad takmolah ambik cikmed dah. Harap-harap saya diberi kekuatan berterusan.

Amin.





Ada Ubi Ada Batas

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam saya pergi facial. Kali ni saya tak sempat nak cakap apa-apa, tukang facial terus kata, "Ada masa tak? Kita buat double machine". Emmm ok je lah. Saya pun jawab, "Saya ada 2 jam".

Sebenarnya saya nak teruskan treatment LHE, tapi takpelah, saya buat dulu yg ni (utk buang kulit mati) nanti saya buat LHE utk next visit. LHE sebelum-sebelum ni dibuat oleh tukang facial yg lain. Dia ni agak lembut sikit, saya selesa dengan dia sebab tak nampak garang. Yg biasa buat kat muka saya ni tukang facial yg agak garang. Tapi saya suka cara dia massage muka saya, memang best urutan dia. 

Agaknya 3 bulan berturut-turut tukang facial asal tak pegang muka saya yg tak berapa nak flawless ni, dia nak balas dendam kot?????? Masa dia buang blackheads whiteheads tu, saya rasa dia macam nak patah-patahkan hidung saya ouuuuccchhhhhh!!!!!!!! Ni nak kasi cantik ke nak kasi cacat ni? Sakit nak mamp!!!!!! Habis dia cucuk cucuk tekan-tekan picit-picit.... tapi memang habis-habisan dia kerjakan bijik-bijik atas muka saya termasuk pores yg tersumbat tu. 

Bila dah selesai, saya turun. Sepatutnya saya kena bayar untuk LHE Treatment 6 free 3 yg diorg offer kat saya bulan lepas. Tapi sebab tukang facial tu buat saya sakit gila hari ni, saya rasa saya nak balas balik. Saya takmo bayar hahahahahha.

"U ada guna product Dermalogica?"

"I tak berani la tukar product. Muka I sensitif", sebenarnya product Dermalogica sangat mahal untuk saya. Satu barang kena keluar RM400. Belum satu set lagi nak kena keluar dekat RM2000. Facial dah beribu, nak kena tambah lagi berapa ribu? Kalau muka jadi flawless macam pelakon Umie Aida ok gak. Saya mengelak untuk beli product. Pastu saya bgtau dia yg saya tak sempat, saya kena balik skrg dan payment utk LHE tu saya akan bayar next visit.

"U nak ambik eye treatment sekali? U letak sikit depositlah untuk eye treatment"

"Kita bincang nanti next visit ye, I dah lambat..."

Cepat-cepat saya cabut dan next appointment pun saya tak sempat nak buat hahahhahaha.

Ambik kau.... buat lagi muka saya sakit-sakit, saya takmo bayar apa-apa kikikikikiki......




gambar-gambar hiasan ehsan Mr Gugel

Projek Beli Jubah Raya 2014

$
0
0
Assalamualaikum.

Bila dah tempah baju kita kena buat apa?

Ambik baju la....

Semalam saya dan AMI ke Jalan TAR lagi sekali (buat kali ke 3 tahun ini) untuk ambik baju yg ditempah dengan galaknya sejak duamenjak ni. AMI pun nak ambik langsir raya dia sekali. Tapi aktiviti kami memang takde apa sangat plannya, jadi kami ajak ahli rombongan Jalan TAR yg baru untuk join* kami. Ahli baru kami tak lain dan tak bukan, Cik Kiah 1 salah seorang ahli grup jenjalan ke Turkey tak lama lagi. Bila ada ahli baru, aktiviti tu jadi bertambah. Projek ambik baju dan langsir raya ditambah pulak dengan Projek Beli Jubah Raya 2014.

Pakai jubah memang best. Sekali sarung je dah siap dah. Yg perut comel bak kuih pau tu, atau bagai mr muffin tu bolehlah pakai korset DX untuk jadi lebih kemas tak benjol bonjol kuih-kuihnya. Line seluaq kecik pun cover tak nampak bila pakai korset dan girdle especially DX Elken. Tak semestinya jubah longgar ni boleh cover segala. Kalau kain jubah tu nipis, segala lekuk dan bonjolan akan clear terserlah. Pastikan, ok... ambik langkah selamat, pakaila seluar palazo atau kain dalam.


selfie - tayang lobang hidong dan gigi

2 kali saya dan AMI ke Jalan TAR, hampir keseluruhan masa kami habiskan kat Sarah Hughes. Sibuk mengushar kain langsir dan kain tempah. Cukup time kena rush balik. Kali ni, kitorang sempat jenjalan kat bazaar, cuci mata yg kelabu ni, beli jubah, beli tudung, beli otak-otak, kepok losong, makan laksa, pergghhhh memang best macam tourist berjalan-jalan shopping la. Dan yg paling best bila cuaca sangattttt nyaman, macam nak hujan tapi tak hujan-hujan sampai ke sekarang ni dah 3am.  

Kalau panas berdenting uols ingat saya nak duduk makan laksa tu????? Sorry la uols, ai mesti cari ekon untuk menikmati santapan. Alhamdulillah, cuaca nyaman tu bagi saya peluang makan laksa yg cukup segala sifatnya hihihi. Sedap, siot. Cuma air je tak berapa berani nak beli, kami beli air RO dalam botol. Selamat.

Dah habis jenjalan, last sekali pergi ambik baju dan langsir. Cik Kiah 1 terjebak beli langsir dan tempah. Memang takkan habislah projek Jalan TAR ni nampaknya. Nanti nak ambik pulak langsir dah siap, pastu saya pulak nak beli langsir baru untuk pondok baru..... tapi saya tak kesahlah uols, sebab bila saya dah mula meninjau kawasan, rupa-rupanya pilihan sangat banyak kat sana, memang rambang mata! Ikut hati memang nak beli jubah berpasang-pasang. Boleh pakai lama, sesuai untuk macam-macam acara. Suweeeet aje makainya cewah.



kita kepit Proenza Schouler pulak :)

yg penting selfie dulu

cik kiah 1 ni sekampung dengan saya. Satu jalan yang sama.

3 yg ditempah. Kanan sekali jubah baru beli.


Kemain seronok layan shopping dan cuci mata, alatan menjahit saya lupa beli adoiyaiiii..... entah mana pergi kayu pembaris lengkung saya tu.

Lepas memikul semua baju dan langsir simpan ke kereta, kami lepak makan lagi. kali ni di tempat berekon di SOGO. Borak sampai berjam-jam, refill air yg bottomless tu. Konon-konon nak cerita hal trip. Topik : "Apa nak bawak", tapi masih macam hari tu, takde apa yg dibincangkan ahahhahaha.

Tapi tak kisahlah. Apa yg saya kisah ialah kami really had fun. Sampai rumah dah gelap dah. Memang sakan.... dari pagi sampai maghrib. Balik rumah terai menerai baju. Memang almost perfect jahitan Kimiga Fashion di Sarah Hughes @ Globe Tingkat 9, takyah nak beralter bagai. Semua terletak elok.

Kalau uols takde tempat nak tempah baju, apa jenis baju, baju kurung, kebaya, kurung moden, jubah, blouse, jaket, baju melayu.... terailah Kimiga ni sebab memang saya akui tailor ni baru betul tailor sejati. Baju blouse AMI pun nampak cantik terletak aje ngam dengan saiz dan badan. Kemas aje jahitannya.

Hmm.. jadi setakat ni baju raya dah ada 9. Kebetulan bukan nak raya sakan sangat pun, cuma kebetulan aje, ada kain yg disimpan 2 tahun, pastu baju saya bukan elok-elok sangat pun. Dulu asal boleh, asal ada aje sebab anak-anak pun masih kecik, masih berdukung. Mana boleh buat baju lawa2 nanti rosak bila dukung budak kan?

Senanglah lepas ni kalau ada jemputan kahwin atau kenduri.

Adios

*Join dengan Joint maknanya tak sama. Sila rujuk kamus. 







CATU!

$
0
0
Assalamualaikum.

Waktu orang beli tong besar2, SAYA RILEK....

Waktu orang sibuk2 dengan menadah air, SAYA RILEK......

Waktu orang orang sibuk2 jimat air, SAYA RILEK.....

Waktu orang mengeluh kena mengangkut air dari lori Syabas, saya simpati, bersyukur, dan masih RILEK.......

Tapi saya mula recycle air esp air masa ambik air semayang. Tadah masuk besen, pastu recycle utk mengemop atau cuci toilet atau flush jamban. Flush pakai tangki jamban tu pakai banyak air. Flush pakai gayung jimat sikit terutama yg 'urusan kecil'. Dan saya juga cuci luar rumah bila hujan turun sambil tadah air hujan dalam baldi. Habis basah saya dah macam budak2 main hujan. Tak demam pun? Air hujan air mutlak... kenapa nak takut hujan? Tapi kalau rumah uols takde bumbung kat porch, sila berhati2 ok. Kilat meyambar tak tahu bila masa.


*************


Semalam, anak saya bgtau yang kawan dia bgtau air nak kena catu. Terperanjat gak saya. Saya check website Syabas, BETUL LAAA!!!!!! Halamak nasib baik kawan anak saya bgtau. Mekasih ye nak. Saya pun tinggalkan almari baju yg saya tengah kemas (maklumlah baju bertambah sampai tak muat nak gantung baju dah), dan terus ke bawah utk cuci baju kotor.


55 jam takde air, 41 jam ada air




Tapi saya tak la basuh pakai mesin. Lambat! Saya ambik semua baju dan basuh cuci tangan dengan anak sulung saya. Bagus gak aktiviti ni sebab saya boleh tunjuk cara2 cuci baju bila masuk asrama nanti kalau ada rezeki. Dah habis semua, saya spin dalam mesin. Pastu boleh keringkan kat dryer secara berperingkat. Yg penting dah basuh semua. 



Pastu saya kuarkan segala bekas air, macam mana org lain buatlah. Saya sediakan air RO dalam botol mineral utk minum, dan defrost lauk utk masak utk besok. jadi, besoknya takyah la sibuk2 nak masak. 



Masak nasi dan sup tulang guna pressure cooker pastu saya keep warm je. Kalau pindah ke periuk biasa dikhuatiri lalat datang bertelur kat tepi2 penutup periuk. Daaaahhhh nak kena cuci2 bagai. Lalat sekarang memang tak kasi can langsung. Makanan bertutup pun dia attack jugak. Memang kena selalu hati2. Takut keracunan telur lalat.

Pastu untuk minuman harian, saya buat ni:

satu botol utk setiap orang. Siapa haus gi minum air dari botol masing2. Takyah guna cawan. Dah habis baru refill dari mesin RO Elken Bio Pure.
Sekarang mmg dah habis air paip. dah start catu. Orang lain mungkin dah biasa dengan rutin catu ni tapi saya baru nak start. Kena cari tong besar la lepas ni. Mana cukup nak jimat air utk 55 jam? Kalau terdesak sangat memang kena bawak budak-budak ke pondok baru. Mandi. 

Walaupun hari-hari hujan lebat guruh berdentum dentam, air masih dicatu sebab agaknya kawasan tadahan air tak turun hujan. Pembangunan skrg makin pesat, kawasan tadahan tak bertambah? Saya rasa developer dah kena fikir cara lebih baik utk bantu atasi masalah air ni. 

Contohnya pondok baru saya ada rainwater harvesting system. Bagus betul developer ni. Dia siap2 fikirkan masalah catuan ni dari awal. Ada tangki besar atas bumbung yg akan tadah air hujan yg turun, pastu ada saluran paip yg akan mengalirkan air hujan tu utk kegunaan luaran macam nak cuci kereta atau nak siram pokok. jadi, air hujan tak dibazirkan begitu aje. Bak kata AMI, tempat tadahan hujan tak turun hujan. Jadi, kita la yg kena menadahnya sendiri.




Captain America The Winter Soldier

$
0
0
Assalamualaikum uols.

Baru je balik dari tengok wayang dengan anak-anak. Kali ni Captain America la pulak. Sengaja keluar rumah untuk jimat air rumah, kita buang2 air kat shopping complex je la. Filem ni bukan filem pilihan saya. Ikutkan selera, saya nak citer Arnold Schwazeneggar tapi 18SG, kena layan sorang-sorang diri atau dating dengan John berdua. 

Susah nak kasi review sebab sukuway saya dah krooohhh krohhhhhh terlentok kepala kat kerusi panggung tu baikkk punye. Memang ada part yg selow, bosan, sebab tu saya boleh terlelap tu. Tak macam Robocop, ngantuk pun saya segar bijik mata siap nangis2.





Ada satu part di mana Captain America melawat wife dia kat hospital... ofkos la wife dia dah tua macam 100 tahun dah umur tapi kelakar sangaattttt sangaaaaaaattttttt kelakar sebab muka wife dia kedut seribu, tapi mata kemain cantik macam pakai contact lense Barbie Doll. Bukan ke orang tua keliling mata akan jadi kelabu2 asap bila dah tua? Jadi, mekap orang tua cerita ni memang kurang real. 

Pastu, watak yg jadi lawan Captain America tu, yg masa dulu sebenarnya best friend si hero (Sebastian Stan), sekarang lepas nyahbeku terus diprogramkan jadi jahat - macam kurang sesuai je muka dia jadi jahat. 



Secara keseluruhan, saya kasi 3 bintang je la. Itupun macam lebih je. Sekurang-kurangnya ending dia buat saya bangun balik. 

Tapi oklah, balik rumah dah jimat air setengah hari. Sibbaiklah weekend. Kalau hari sekolah lagilah parah. Dengar kata catuan ni akan berlanjutan sampai Disember. Apa agaknya solusi yg akan pihak tertentu ambil utk mengelak kehabisan bekalan air utk kita? 
  

Dunia Blog Dan Kaya Jadian

$
0
0
Assalamualaikum uols yang cantik jelita.

Saya jumpa satu blog yg sangat saya suka singgah. Blog beliau buat saya nak berblog lebih kerap. Nak tahu siapa? NameeRoslan. Korang gugel aje jumpa la blog ni. Malas pulak nak letak link hehehe....

Pemilik blog sangat comel, cantik, bersahaja. Tak hairanlah kalau follower dia ramai dah walau baru aje berjinak-jinak dalam dunia blog.

Hari ni saya baca entry Namee tentang orang yg suka ngata iaitu sikap negatip. Ini kes masalah hati tak wangi, memang ramai sekeliling kita. Kalau dalam dunia blog, pantanglah ada hal apa-apa sikiiit, terus jadi tajuk entry. Nasiblah saya ni tak galak dengan dunia blogging ni, saya tulis blog sebab saja-saja suka-suka. Nak berjumpa-jumpaan dengan bloggers mungkin tidak kot. Malu! Lagipun saya tak yakin yg tulisan saya bagi manfaat kepada orang lain.  Cuma syiok sendiri.

Betullah apa Namee buat, jauhkan diri dari orang macam ni. Tak bagus bila aura negatif berada di sekitar kita. Hasilnya memang kurang ong.

Dalam dunia blogging saya pulak, ada beberapa garis panduan untuk saya ikut. Tak boleh itu dan tak boleh ini. Blog ni dah macam diari atau journal kita, bahaya kalau semua nak cerita. Sekarang ni macam-macam benda boleh jadi. Kalau terlalu lurus dan terlalu telus dalam blog, boleh jadi membahayakan untuk kita sendiri. Nama sekolah anak, nama taman tempat tinggal, alamat rumah, nombor ic, plate kereta, ishhh... ada yang upload plate kereta kat FB. Sharing memang la caring tapi kan bahaya tu....... kena pulak yang memang cantik rupawan, ada pulak secreto admirero... ishhh.. mintak jauhlah. Pastu kalau suami outstesen pun jangan ceritalah. Nanti ada pulak yg berniat tak baik tu, dia buat plan bukan-bukan untuk mengenakan kita masa suami kita takde, kan ke parah? Nak cerita tu boleh, biarlah SELEPAS berlaku kejadian. Suami dah balik dari outstesen baru la cerita "I rindu sangat2 kat suami I outstesen 2 bulan ni baru sampai rumah. Love u my B" :P. Agak bertahun jugak saya berblog syiok sendiri, makin lama makin saya belajar. Mula-mula dulu pun sama jugak terlebih poyo. Sekarang bila orang rasa blog saya makin bosan, itu tandanya saya dah lebih matang kikikikikiki.

Bila cerita hal blog-blog ni, saya teringat entry satu lagi blogger fofular ni pulak. Jumie. Entry ni tentang Orang Kaya Semulajadi VS Orang Kaya Jadi-Jadian (lebih kurang). Ada pelbagai pendapat kita boleh dengar tentang ini. Tapi ulasan Jumie akhirnya saya setuju. Tepat sekali. Nanti uols carilah ye. Jumie Samsudin. Baca la.

OK sekarang biar saya pulak mengulas.

Tentang orang kaya warisan vs kaya jadian.

Apa-apa pun.... kita ni hamba Allah, asal kita dari mana? Cer fikir.....

Orang yg kaya secara warisan... ada yg kata diorang dah biasa hidup mewah, tak heran nak poyo sana sini. Berbanding dengan orang baru kaya, habis dipoyonya sana sini. Sebenarnya 2 golongan ni lebih kurang aje. Hehehhehehe.

Cer fikir lagi...

Cuma caranya beza sikitlah. Sebab itulah wujudnya majalah-majalah Malaysia Tatler dan GLAM antaranya.  Saya takmo ulas melebih2, buruk padahnya hehehhe. 

Sehingga pada suatu masa saya terfikir, ada sorang bekas artis yang menyanyi ala kadar tetiba fofular  sekejap hanya sebab gaya hidupnya yg high class dan gaya pakaiannya, bukan kerana sumbangan beliau dalam dunia seni. Dan saya fikir beliau menceburi dunia music sekejap sebab salah satu cara untuk dikenali ialah dengan jadi artis setahun dua. Pakai branded gila, keliling dunia sana sini tapi orang tak nampak. Kalau jadi artis, baru orang tahu life kita cemana..... kalau uols kata org kaya tidak menunjuk, aidontingso.

Disebabkan dunia kita sebagai patik-patik hina ni, level-level bawahan ni, hanya ada IG, Twitter dan Facebook yg difolo oleh golongan sama macam kita jugak, pastu lepak kedai mamak, sekali sekala lepak Stabak, pastu bila kita haplod sikit beg Burberry, Prada yg dibeli online atau up sikit beli masa gi overseas trip shopping kat outlet at 50% discount, daaahhhh ada yg mula mengata. Mula la kata kita poyo, kita baru nak belajar kaya... emm.... komen saya ialah, "Kalau dia dah berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kita patut gembira utk dia".

Jangan dibanding-banding rezeki orang dengan rezeki kita. Kan rezeki ni dah disediakan untuk kita, cuma kita perlu cari aje. Sebagai manusia biasa, memang biasalah kalau ada sedikit envy dalam hati bila tengok sifulan ada itu dan sipolan ada ini. Tapi kalau dipupuk perasaan negatif tu secara berlebihan, tidak dikawal, sikap itu akan menjadi lebih teruk pada kemudian hari. Marilah kita bimbing hati sendiri untuk memandang sesuatu secara positif. Jadikan kelebihan orang lain sebagai dorongan untuk kita. Patutnya kita bangga melihat kawan kita, sedara kita, adikbadik kita berjaya, bukan dengki dan kata bukan-bukan. Susah payah orang, kita tak tahu. Jangan tahu-tahu nak mengata aje. Dan kepada yg dah kaya secara warisan, bersyukurlah. Mungkin anda tak pernah tahu rasa susah. Tak pernah rasa kurang duit. tapi warisan yg anda dapat tu, dapat dari mana? Ayah? Atuk? Mak? Nenek? Asal kekayaan juga pasti ada ceritanya. 

Pendek kata, setiap manusia bermula dari ZERO. 

OK. Kesimpulannya, saya lebih suka tulis blog cerita tentang diri sendiri. Contohnya begini:

hari ni beli kotak ni kat Aeon Big. Offer RM5 satu. Murahkan??? 

Saya simpan Elken DX saya yg dah ada 6 pasang kat dalam ni. Poyo?

Semalam gi Jalan TAR, lemari dah penuh dengan baju. Baju raya total 9 pasang. Poyo lagi?

Cantik tak baju saya? Kikikikiki

yg coklat belah kanan tu memang paling cantik yg paling saya suka. Poyo lagi sekali.

Itu saje. Adios.... #lanTakKoLaLabu

Instashoppe

$
0
0
Assalamualaikum uols.

Konon-konon kan... saya nak 'puasa' beli kasut. Tapi, sejak saya folo Emma Maembong punye IG, Emma ni rajin beli kasut pastu ambik gambar. Dia dah macam buat iklan kat IG tu utk seller2 bertuah tu. Dah tu, mana nak tahan bila saya bukak IG aje, banyaaakkkk kasut lawa-lawa yg Emma Maembong pakai? Jadi, saya rasa, apa salahnya terai satu pasang? Mana la tahu kalau betul selesa boleh buat jenjalan ke obersi.

Lalu saya pun mengorder....

Biasa pakai size 38 atau 39. Sebab kasut yg saya order ni bertutup, saya order size 39. Lagipun saya nak pakai setokin dengan kasut ni. Order Jumaat, Isnin sampai. Poslaju kata aje beroperasi 7 hari seminggu tapi mana-mana shipment hari Jumaat tu, takde mana de sampai hari Sabtu atau Ahad. Confirm Isnin. Setakat boleh pegi mengepos aje kat kaunter tu.

Eksaited tunggu kasut baru, kepala dah nyut nyut mintak nap pun saya tahan jugak takut kalau2 Poslaju sampai, saya tertidur. Tapi memang berbaloilah saya tunggu Poslaju sampai. Kasut dia..... jeng jeng jeng....

COMFY!



dah bosan pakai Steve Madden yg berat berstuds tu. 


Harga termasuk pos RM70.00. Saya transfer duit pakai interbank ke akaun seller tapi dia tak tunggu duit clear hari Isnin, dapat aje reference number terus pos hari yg sama. Kalau uols rasa-rasa macam berkenan tu, boleh la uols folo IG Feezadnd_com. Kalau rasa nak tengok Emma Maembong punye gaya berkasut, folo Emma dulu kekekkekeke. Kengkadang kena tengok org pakai baru kita nampak benda tu lawa. 

Pastu whatsapp dia untuk order. Jangan whatsapp saya atau email saya tau. 





OK chowchinchow.

Butbutbuuuuut

$
0
0
Assalamualaikum.

Saja nak tunjuk.

Sebelum tu, biar saya bukak mukadimahnya dulu.

Selama ni kalau jenjalan memang asyik pakai sneakers dan Steve Madden boots. Steve Madden boots tu agak berat. Memang la macam gah aje pakai kasut kulit lembu ori ni. Ada nama pulak tu. Mahal pulak tu. Macam hebat sangatlah konon. Tapi kalau balik-balik gitu, balik-balik gitu pun bosan. 

Masa gi Korea saya pelik sikit tengok jutawan-jutawan sekalian pakai boots yg ada heels, yg tinggi takat lutut, pendek kata, memang melaram habis tak peduliklah kalau kaki sakit sekalipun janji stylo! Saya? Sejak kuku kematu jadi hitam bila kasut tak berganti masa go HK tahun lepas, saya dah paham sangat dengan kerenah kaki saya, mesti kena selesa dan kasut tak boleh pakai yg sama melebihi 24 jam.  Sama ada bawak extra atau beli baru. Tapi, melihat jutawan-jutawan rilek je pakai heels, saya pun nak terai jugaklah. Asyik2 sneakers aje kan? Tak stylo langsung.

Dek kerana dah kerap-kerap sangat gi jenjalan, takmolah nanti gambar kenangan berbaju dan berkasut sama aje setiap kali. Kena la tukar. Jadi, saya beli le kasut dari FeezaDND tu. Feeza memang beriya kata kasut yg saya pilih tu selesa. Ingatkan dia cuma ayat lebih2, belum tentu kasut-kasut Made In China ni selesa sangatlah apa lagi dengan harga yang murah tu. Tapi bila sampai aje, memang betullah Feeza kata tu. Selesa gila.  Tak padan dengan harga.




Orang kata kat Istanbul ada banyak pilihan kasut cantik-cantik. Tapi, tak mahulah terkena macam masa gi HK,  tak terjumpa kasut yg berkenan di hati dalam masa 24 jam selepas sampai HK. Jadi, apa-apahal pun mesti kena bawak extra. 

Saya pun selidik-selidik lagi kat IG Feeza. 




Malang sekali, bak kata Feeza, kasut-kasut dia memang macam goreng pisang panas. Up aje sold, up aje sold. Dua-dua yg saya tanya, dua-dua dah sold out. Sedey.... 

Pastu Feeza terus offer saya satu kasut. Dia kata kasut tu belum kena list lagi. Kalau dia up kat IG memang sekejap aje habis.



Kaler dia dark brown. Saya nak hitam. Tapi Feeza beriya kata kasut ni selesa. Pakai setokin nipis dah memadai sebab dalam dia sangat comfy. Malas nak fikir panjang, dengan harga (kalau tak terlupa) RM65, saya terus transfer dan bila sampai........






Cik Rai rasmi dulu hehehehhehe

Dan apa yg Feeza kata tu, mmg tak tipu. Memang selesa. Saya bawak jalan atas bawah satu rumah. Mmg lembut. Tapak dia boleh lentur2. Tak keras. Paling best, bolehlah jugak saya pakai boots ni dengan koleksi skirt saya yang banyak tu. 

Paling penting, harganya tak mahal. Pakai 2 3 kali pastu rosak, tak rasa bersalah bila nak buang kikikiki.

Cantik kan? Apa yang seronoknya ialah untuk beli belah gini, saya tak perlu nak tanya-tanya pada John. Rasanya macam tak berapa nak patut kalau nak beli kasut sepasang pun nak kena minta izin John. John pun malas nak layan agaknya. Apa yang penting, secara dasarnya saya dah 'minta izin' awal-awal dan John penah kata, dah dia bagi elaun tu, "Nak boli mekap ko, kasut ko, baju ko, situlah diam eh"... sama la dengan 'mintak izin awal-awal' untuk keluar rumah menguruskan pelbagai hal, termasuk urusan keluarga belah kita sendiri, urusan anak-anak dan lain-lain. Takdelah setiap kalipun nak mintak izin. Kalau ada emergency dan suami tak dapat dihubungi apa lagi John yg selalu aje ride luar kawasan, dah susah dah. 

Tapi kalau surirumah yang memang tak diberi elaun tu terpaksalah mintak suami, kan? Apa nak buat... kena la paham susah senang suami tu. Sebab tu dari dulu saya memang suka cari duit tambahan sendiri. Senang nak berbelanja esp time hubby kita tak termampu nak hulur extra kat kita. Jom buat Elken :). 6 bulan pulun bina rangkaian sampai Crown Manager, pastu takat nak duit belanja extra RM3k - RM5k sebulan tu insyaAllah boleh. Kalau hidup nak bergantung pada income Elken semata, kena la rajin, rajin dan rajin 18 kali. 5 figure, 6 figure, tak mustahil.

Adios.



Chop Mohor

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni anak bujang jatuh. Depan matasaya, dia jatuh. Dia tak nangis, mami yang nangis.

Bila check cctv, hmm.... patutlah jatuh. Siang tadi dah tegur supaya berhenti berlari dalam rumah. Tapi semuanya pun degil tak dengar kata. Waktu kita tegur, tak jatuh. Bila kita diam, masa tu la dia jatuh. Siap bersetokin dalam rumah... padahal dah kata bahaya bersetokin. Licin. Kalau nak tido barulah pakai. Degil... ambik la ubat.

Pastu jalan tak macam orang. Dah la pakai setokin, agaknya seronok licin tu boleh buat macam-macam aksi dan gaya berjalan. Kali ni jalan senget-senget. Nak tunjuk rakaman cctv tak boleh pulak sebab pakaian saya kurang sesuai untuk dijadikan paparan. 






ramai tanya cemana boleh ada chop mohor kat pipi?
 Ni jawab dia...

Landing kat 2 tempat.




Tak tau nak ke klinik atau ke hospital. Bila ngadu kat John melalui whatsapp, dia terus call insurance agent. Dan agent terus call saya. Saya perlu ke hospital, ada medical card yg boleh digunakan. Bayar insurans takkan takmo guna kan?

Lagipun selepas sapu minyak gamat, tuam dengan ais, darah masih lagi meleleh. Tak bolehlah nak ambik mudah. Saya drive terus ke hospital. Pujuk la si anak supaya dia rela.

dan chop mohor makin jelas kelihatan


Nasib baiklah sekarang tak perlu jahit2 dengan jarum dan benang dah. Dah ada kaedah lebih ringkas dan kurang sakit. GAM. Mula-mula dia dengar doktor kata stitches... terus dia panik. Hahhahahaha. Buat la lagi!

Dan saya kena pantau kalau2 anak saya letih atau mengantuk melampau, atau muntah-muntah. Kena bawa semula ke hospital kalau gitu.

Doa

$
0
0
Assalamualaikum.

Lama tak tulis blog ni. Dah bersemut blog saya. Hari ni terpanggil nak tulis sebabkan link yg saya jumpa di FB dan saya share, yang mengundang komen-komen terlebih bijak. Tapi kebanyakan komen bijak adalah di link kawan yang saya komen terlebih dahulu sebelum saya sendiri share link tersebut. 

Ianya berkenaan Doa Makan.

Skrg ni kita boleh lihat bagus sungguh anak-anak kecik dari kecik dah pandai baca 'doa makan'. Kecik2 dulu memang saya tak tau doa makan ni. 




Lalu terus teringat seorang ustaz yang semasa hayatnya memang saya selalu dapat ilmu berguna daripadanya. Sebab itulah saya berani share. Menurut ustaz tersebut, orang sekarang lebih kepada adat berbanding ibadat. pastu dia kata lagi, ramai yg terikut2 cara Kristian dan Yahudi berbanding cara agama kita sendiri. 

Saya ni tak pandai, tapi saya tidak la nak memandai-mandai. Saya cuma share sikit (sikit je) ttg apa yg pernah diberitahu orait?

Ok, saya komen kat link yg kawan saya share, saya kata "Amalan baca doa sebelum makan adalah amalan orang Kristian" iaitu sama seperti yg ustaz bagitau saya dulu. 

Pastu ada yg kata, 

"Macam tu, tak boleh baca doa la?"
"Org Kristian pun mandi, habis tu kita ikut Kristian la?"

Saya boleh senyum je la membacanya. Nanti kalau dibahas, lagilah jadi lagi teruk komenan masing-masing. Tapi saya suka satu komen yg lebih kurg mcm ni, "Skrg banyak info ttg agama boleh dapat kat internet tapi kuliah kat masjid pun masih lagi penuh. Contohnya bila mesej guna SMS boleh dibaca dengan intonasi berlainan". Maknanya, mesej kat FB mungkin telah dibaca dengan intonasi dan fahaman yg berbeza. Betul la tu. Jangan melenting dulu, pergi cari ustaz, tanya dan minta kupasan.

Doa yg sama saya masih amalkan tetapi dalam doa selepas solat, bukan sebelum makan.

Apa yg ustaz bgtau saya ialah amalan yg sorang baca doa, yg lain-lain aminkan. Kan ke sama macam yg kita tengok kat tv tu? Yg orang kristian selalu buat tu? Seingat saya, sepanjang saya mula boleh berfikir sehingga la sekarang, belum pernah nampak lagi kat majlis keagamaan, masa hadap makanan nak makan tu kita baca doa dan amin ramai2. Tapi kalau baca doa selamat itu, memang ada. Tapi bukan semata2 untuk makan. Memadailah dengan bacaan 'bismillah'..... dan ustaz kata, seeloknya bacalah (bukan doa dan amin ramai2) Bismillahilazi sebelum menyuap makanan untuk mengelak sihir yg dituju melalui makanan (santau dan sebagainya).




Ada satu kisah benar, diceritakan terus kepada kami.. ustaz tersebut pergi minum kat satu gerai. Arwah dah biasa dah baca Bismillahilazi, jadi bila minuman sampai, sebelum capai cawan kopi tu, arwah baca la bismillahilazi. Tiba2, nak tau apa jadi? Cawan tu beralih, bergerak menjauhi arwah setiap kali arwah nak capai. Ni citer betul tau. Terus dia panggil orang kedai tu mintak tukar air. Apa conversation diorang takyah la saya citer sini ek. Pastu ada satu kali ni kami pergi kenduri kawin. Balik dari kenduri masing-masing sakit perut cari toilet tapi arwah sorang je tak. Dia tergelak sambil kata, "Tu la, kau tak baca Bismillahillazi...". Sejak tu terus saya hafal dan amalkan, dan ajarkan pada anak-anak saya. Maknanya, membaca doa itu boleh, cuma amalannya dan caranya biarlah betul, jgn terikut2 yg tak sepatutnya.

Lagi apa yg ustaz ajar?

Tentang berkhatan.

Sekarang dah ramai yg mula khatankan anak-anak lelaki sejak baby terutamanya kerana masalah kesihatan. Tapi pada saya, saya memilih utk khatankan anak-anak lelaki saya bila diorang dah besar sikit. Umur 10 tahun macam anak saya memang sesuai. Tapi yg sorang lagi tu khatan umur 6 tahun memang saya serik sikit. Sibbaik dah takde anak lelaki dah. Nak khatan masa baby tu boleh, takde masalah. Tapi biarlah selepas seminggu kelahirannya. Amalan berkhatan semasa lahir adalah amalan Yahudi. 



Jadi, inilah antara yg saya maksudkan 'amalan' Kristian atau Yahudi tu. Bukan kerana mereka mandi, kita tak boleh mandi sebab nanti terikut amalan mereka. Bijak sungguh kupasan. 

Ada banyak lagi ilmu yg alhamdulillah ustaz turunkan kepada kami, ditambah dengan ilmu yg John share dengan saya sekembalinya daripada majlis malam Jumaat setiap minggu. Memang saya jarang hadir ke majlis malam Jumaat tetapi tuan sheikh kata, bila saya sediakan baju utk John pakai ke majlis, pastu dengan ikhlas hati biarkan dia pergi ke majlis, dah ada bahagian saya. Amin..... 

John pernah kata, ada perkara2 yang apabila kita share dengan orang, ianya boleh menimbulkan fitnah. Apalagi zaman sekarang ni, ramai orang yg 'alim' berguru dengan buku, internet, tanpa kupasan daripada guru yg warak yg alim yg mursyid. Sebab itulah bila hal-hal sebegini, baru share sikit ada aje yg melenting. Sebab itu la jarang-jarang sekali saya nak cerita hal2 sebegini secara terbuka. Biarlah saya share kepada anak-anak dan org terdekat je. Tapi kini, itulah masalahnya, sebab orang yg berani share terang-terangan nampaknya amalan2 yg 'lebih menyeronokkan' seperti "Sampaikan mesej kepada 20 orang nescaya akan sampailah rezeki yang tak terfikirkan selepas 2 jam"....  yg mereka tak nampak permainan syirik berada di situ. Nak sangat dapat rezeki durian runtuh agaknya, terus tak fikir, terus aje share kat 20 orang. 

Lain-lain, saya minta penjelasan tentang puasa ganti. Yg mana perlu puasa saja, yg mana perlu puasa dan fidyah. Bila kita terpaksa berbuka kerana diri sendiri (contohnya period atau uzur), kita cuma perlu ganti puasa. Tapi kalau kita terpaksa berbuka kerana orang lain (contohnya menyusukan anak), kita wajib ganti puasa dan fidyah. 

Ada banyak lagi, mungkin lain kali insyaAllah boleh share.

Wallahualam.

Sekian.





Malam Pemenang Elken 2014

$
0
0
Assalamualaikum.

Tahun lepas saya dengan status RSM (Ruby System Member) saja bawak John yg tak mahu terlibat dengan aktiviti saya masa tu, ke Elken Winners' Nite 2013, John terbakar. Masa tu income dah RM16k, baru la John terbukak mata nak tengok2 bisnes apa yg membolehkan housewife yg manjang duduk rumah jaga anak ni boleh buat duit mcm tu.


John kata saya akan naik pentas WN pada tahun berikutnya

Masa ni saya agak down bila sekeping tiket berharga RM48 yg saya laburkan utk 4 - 5 downline saya, semuanya tak digunakan sebab diorg semua tak hadir. Tapi semangat John masa tu yg menyuntik kembali ke dalam diri saya. Masa ni John jadi cameraman yg setia.


Tahun ni saya bawak John naik sama ke pentas Winners' Nite 2014 sebagai achiever utk 3 achievements iaitu:

- DCM (diamond council member)
- Car Fund (tabung kereta)
- Crown Director 

yg mana semua achievements adalah atas bantuan John jugak. Orang kata bila buat kerja berdua suami isteri, hasilnya 200%.

masa ni tengah tunggu giliran untuk masuk sebagai DCM (Diamond Council Member). Bila jadi DCM baru kami secara formal dipanggil leader.

dulu dtg lenggang kangkung, tak pakai sistem pun. Tahun ni kami penuh segala brg nak dipegang

car fund achievers.

Trophy untuk Crown Director.

Semua pencapaian dilakukan dalam masa 8 bulan sahaja. Tabung hujung tahun, tabung pelancongan,  Kempen Pelancongan, tabung kereta, Crown Director, semuanya dalam masa 8 bulan. Saya tak goyang kaki, bukan letak duit pastu duduk diam2, saya berusaha untuk capai semua ni dengan bantuan tak putus daripada upline. Mana mungkin kejayaan dikecapi tanpa usaha. Mana mungkin kita berjaya tanpa usaha bersama antara manusia dengan manusia. Saya pernah baca orang tulis, TAKMO BUAT MLM SEBAB TAKMO KAYAKAN ORANG ATAS (upline). Uihhh... statement yang sangat pentingkan diri. Bukankah kita manusia saling memerlukan? Ubah ATTITUDE, barulah kita boleh berjaya seperti mana orang lain berjaya. 

Saya berjanji kepada upline saya, saya nak bina rangkaian saya sehingga paling kurang 100,000sv total group sale bagi membolehkan upline saya tercalon sebagai bakal PCM (President Club Member). Saya nak bina rangkaian bukan kerana ingin menjayakan downline tapi nak jayakan upline jugak. Dalam Elken ni, kami dilatih supaya bersikap positif, saling menjayakan. ATTITUDE. Bak kata John, orang yg nak berjaya dalam apa bidang sekalipun perlu ikut langkah yg betul. 

Langkah No 1: ATTITUDE
Langkah No 2: ATTITUDE
Langkah No 3: ATTITUDE 
Langkah No 4: ATTITUDE
.
.
.
.
.
Langkah No 18: Masih lagi ATTITUDE.


hari ni pakai foundation Sephora. Macam licin aje.


tanpa dorongan, bantuan, motivasi drp John, mungkin saya lambat sikitlah

dah dapat pin Crown

Setinggi-tinggi terima kasih kepada:

upline tersayang... MCCM Catherine Choong

upline yg sentiasa bersama dan memastikan kami capai setiap impian
Terima kasih juga kepada:

FeezaDND untuk boots yg sangat lembut dan selesa ni. Tak sempat bawak ke Istanbul dah pakai dulu ke WN2014.


Juga terima kasih djahcloset untuk blouse hitam yg selesa dan tak panas ni:


Dan terima kasih yg tak terkira utk rangkaian saya, sama ada fighters atau users, yg percaya kepada kami untuk menjayakan anda. Tak dapat nak upload gambar semorang.... terima kasih banyak2. Tanpa anda, siapalah kami.



More pics:



masa DCM Walk In


back stage selfie hahahahha

ambik trophy Crown Director



Instant Shawl Ekin

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni ada kenduri doa selamat kat rumah kawan lama satu sekolah rendah. Kebetulan kami baru je dikumpulkan dalam Whatsapp group, jadi kami guna kesempatan ini utk berkumpul dan berjumpa balik lepas hampir 30 tahun tak jumpa.

Kawan saya kata takyah berbaju krung, pakai aje casual. Cantik gak tu. Baju-baju kurung, jubah semuanya stok raya AHAhAhahhahHAhahHaha. Tapi kerana takmo la pakai jeans kang mencolok mata pulak kan, jadi saya memilih berbaju blouse longgar putih dengan palazzo belang belang. Cuma tudung aje yg tak tau nak pakai apa.

Teringat pulak kat instant shawl Ekin Mawi tu, tengok2 kaler macam masuk aje dengan baju dan seluar. Dah lebih kurang 3 minggu beli pun tak terpakai lagi. 

Tengok Ekin pakai, pakai apa pun cantik. Orang cantik la katakan. 




Tapi kan...

Bila saya sarung aje instant shawl ni, huishhhh..... macam berseri-seri pulak ai tengok muka ai. Macam best aje. Dah la senang nak sarung, ngam-ngam aje kat muka. Hari tu dah pakai instant shawl yang corak-corak kain lycra. Siap post kat IG. 



Utk instant shawl bercorak ni, dia punye impact perasan tu agak kurang hua hua hua tapi untuk instant shawl yang plain chiffon kaler mustard tu pulak, perrrghhhh.... impact perasan dia sangat kuat!!!!


Seperti biasa, anak ai jadi mangsa tunkang ambik gambar mami yang perasan ni.


tutup dada, okeyyyy.... sampai pusat pulak tu.

Baju dari H&M Avenue K, palazzo pasar malam Melaka.
Tapi talipinggang confirm ori.
Mode perasan saya buatkan saya nak order lagi tudung ni hehehe. Kaler peach dan hijau muda pulak kali ni. Harap-harap ada la stok kan? 

Memang saya rekemen sangat la shawl ni. Senang gila nak sarung, takyah nak lilit2 atau pin2. Saya cuma cucuk jarum kiri kanan supaya dia tak gerak. Jalan selamat....

Nak order boleh la whatsapp: 012-7636 768. Ni mungkin agent kot. Harga antara Rm85 ke RM90 sehelai. 

Lepas ni nak try tudung bawal ala YunaBella pulak. Melambak2 saya kumpul bawal Aidijuma, skrg rasanya boleh la try pulak cara baru tu.

mcm mana pun, ai tetap suka Datin rendah diri ni. Pakai tudung bawal berulang kali tanpa rasa segan silu.
manis kan?

ni pun manis macam gula.


Nak tau cara pin, boleh pegi blog tuan punya badan ok.


classmates sekolah rendah. Kenal sejak umur 7 tahun. Kini kami 39 tahun.


Adios.


Aeon Big Pizza

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari tu saya pegi la Aeon Big... tiba di bahagian makanan siap masak, tengok-tengok ada kaunter yang baru diletakkan kat situ. Macam menarik aje terutamanya harga dia.



Mesti nak trylah kalau harga gini.

Untuk yg 7" RM3.90
Yg 12" RM9.90.

Saya order 2 yg 7", perasa Crazee Cheese dan Crazee Meat.  



Dijangkakan siap dalam masa 5 minit. Yang best tu, proses pembuatan kita boleh tengok. Tengok dia tabur cheese bukan lokek2 punye. Penuh!!!


ni la over dia. Masuk sini,....

kuar sini...


Kalau nak beli slice, boleh ambik kat sini..



Tengah syok2 menengok, kalih2 belakang, dah penuh orang beratur nak beli pizza! Eh.. tadi kosong je takde orang.

Nak banding dengan Papa John's atau Domino's atau Pizza Hut, dari segi keraknya memang la lain tapi setakat nak makan pizza kerap-kerap 18 kali sebulan, memang berbaloilah sangat. 



iPmart Pelengkap Sesi Packing

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah macam tak sabar sangat dah. Tak lama lagi nak fly meninggalkan rutin harian serta stress catuan air kat Malaysia. Percaya atau tidak, saya dah siap packing bag sejak minggu lepas lagi. Bukannya apa, bila packing awal, saya boleh tau apa lagi yang tak cukup, apa lagi yang perlu dibawa dan sebagainya.

Rasanya dah hampir complete semua benda, kecuali SD Card untuk 2 camera yang bakal saya bawak. 1 untuk camera Canon dan 1 lagi untuk camera TG2 John punya yang saya pinjam. Takdelah saya kena pikul camera berat setiap hari kan? Tapi punya la malas nak gi cari. Setahu saya kat MPH ada jual yang murah. Tapi bak kata saya tadi, malasnyaaaaa....

Jalan selamat ialah order online jek la. iPMart kan ada????

Dulu dah pernah beli tablet Lenovo utk anak saya, dan proses pembelian sangat mudah kecuali pihak Ta-Q-Bin lupa bawak mesin kad kredit, saya terpaksa guna cash utk bayar - COD. Nak cepat punya pasal. Apa yang penting, website ni boleh dipercayai.





Dan website ni pulak, ada beberapa cara pembayaran. Boleh bayar pakai card terus masa checkout. Boleh direct debit atau COD (cash or card) dengan processing fees yang berbeza. Kali ni saya try guna direct debit dari savings account pulak. Postage: pun boleh pilih, nak poslaju ke nak Ta-Q-Bin (COD) ke atau Skynet ke... dan diorg akan emailkan detail shipping beserta gambar package kepada pembeli sebelum diorg send ke syarikat kurier. 

Dan hari ni barang sampai. Maka rasanya lengkaplah sudah beg luggage saya tu. Tinggal hangkut naik perut kapal jelah. 




Sebenarnya kan...

Saya akan naik pesawat MAS.

Skrg ni, sikit-sikit diorg nak jadikan tajuk berita setiap kali pesawat MAS ada masalah. Padahal masalah-masalah yang digembar gemburkan merupakan masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh mana-mana syarikat penerbangan, yang selama ni tidak dijadikan tajuk berita utama. Pesawat berpatah balik, emergency landing dan sebagainya adalah normal. Apa yg penting adalah kecekapan pilot dan pihak-pihak berkaitan agar penumpang selamat. Naik keretapi ke, bas ke, motor ke, kereta ke, feri ke, jalan kaki sekalipun... semua pun akan pasti ada masalah dari semasa ke semasa. 

Jadi kan....

Saya ni nak naik pesawat MAS. 10 jam beb!!!!! Last naik pesawat lama-lama melebihi 10 jam adalah masa gi London tahun 2012. Sampai bocor beb, salin punya salin sampai 3 kali, kali ke 4 ai seluk-seluk beg terambik yang kontot, bukan yang Night Wing Long punya. Tapi nak tunggu turn masuk toilet kemain lama, nak taknak kita salin aje pakai yg biasa tu. Haaaaa.... pastu tidur dalam keadaan setengah duduk setengah baring. Sedar-sedar terasa sendiri kebasahan melanda kikikikiki. Tinggal sejam dua je nak sampai destinasi. Kelam kabut pinjam jaket John yang bila saya pakai labuh menutup bawah sinun. Memang tak best betul bila travel time heavy duty ni.  Dan kali ni, saya pastikan saya berbaju hitam berseluar gelap bagi mengelak kejadian sama berulang. Jaket pun labuhlah. Dan pastikan 'bekal' dalam beg semuanya panjang-panjang paling panjang punya. 

Hmmm.... selain itu kan...

Macam-macam bermain dalam kepala ni. Harap-harap semuanya berjalan lancarlah, takde musibah yang melanda. Harap-harap juga John akan 'menang tangan' menangani rutin anak-anak dan krisis air yang entah bila nak berakhir tu. Sekarang ni Syabas dah tak ikut jadual. Dia rasa nak kasi air 2 hari, dia kasi 2 hari. Dia rasa nak kasi sehari, dia kasi la kurang 24jam. Apa yg penting, air mengalir je terus kerja keras!

Apa lagi nak cerita ni....

Pendek kata, tindakan saya packing awal-awal adalah kerana nak menghilangkan stress.... saya berdoa saya akan selamat pergi dan kembali. Kalau uols tak keberatan bolehlah tolong doakan saya juga. Terima kasih.


Mona Hermosa

$
0
0
Assalamualaikum.

hari ni nak cerita pasal kucing saya, nama dia Mona. Oleh kerana boyfren dia nama Jericho Rozales, yg ni saya namakan Mona Hermosa. Masa beli kat petshop dulu, Mona dan Jericho baru putus susu. Agaknya umur masa tu baru 3 - 4 bulan. Memang kicik-kicik comel aje dua2. 

Pastu kan, Mona membesar dengan galak sekali, Jericho lambat sikit. Tapi kan, bila dua-dua ni mencapai usia 'baligh' dan Jericho mula asyik 'mengerjakan' Mona, badan Mona mula menyusut sikit demi sikit. Dia dah kurang selera makan. Jericho pulak yg menggemuk. Kemain berat! Saya pulak, bukannya buat research pun pasal bela kucing Parsi ni... main boh aje kan. Ikut pengalaman bela kucing 8 ekor masa tahun pertama berkahwin dulu. Lalu saya pun sangka, kalau tukar makanan, Mona boleh tukar selera dan boleh gemuk balik. Saya biasa dengan brand Royal Canin for kitten, pastu saya tukar-tukar jenis dari jenama yg sama. Tapi sejak baligh tu, Mona dah takmo makan sangat walau apa jenis pun dari brand ni.




Saya pun mula la beli la makanan yg 'basah', pastu rebus ikan sardin (tanpa garam), pastu beli makanan yg agak murah sebab malas nak gi petshop beli yg jenama baik tu. Takde gemuk pun... makin teruk, bulu kucing jadi kurang gebu dan gugur dengan banyak. Berak pun tak cantik nampaknya.

Sampai la satu hari tu saya ternampak jenama yg biasa saya beli sebelum ni, tapi jenis khas utk kucing Parsi yg menyasar kepada bulu kucing....



Sejak bagi yg ni, kedua-dua kucing saya jadi berselera. Sedap sangat agaknya. Asal letak je habis... pantang letak je habis...

Dan sekarang Mona dah mula gebu balik. Bulu kat leher dia kembali kembang macam bulu rimau. Jericho takyah cakaplah... 




zoom pakai Samsung Galaxy S4 Zoom

muka tak puas hati tak dapat ikut shopping




Dan yg paling best pasal Mona... Mona tak berapa manja dengan kami tapi sangat 'takut' pada Cik Rai. Tengok je la gambar ni...


Mona takkan berganjak bila baring dengan Cik Rai. Kat Jericho dia tak buat pulak.


macam model Aeon Big kan?

meowwwwwww......
Nanti kita citer pasal Jericho pulak ok.

Hai... saya Jer.... 

Redha

$
0
0
Assalamualaikum.

Kadang-kadang kita rasa tindakan kita dah betul dah....

Kadang-kadang kita rasa apa kita buat tu untuk kebaikan...

Kadang-kadang kita lakukan itu kerana terpaksa....

Kita cuma mengelak sesuatu yang lebih buruk daripada berlaku....

Kita cuma terpaksa memilih mana yang patut didahulukan....

Kita tak dapat nak bahagiakan semua orang mengikut cara yang mereka hendak...

Sebab ada ketikanya kita perlu bahagiakan diri sendiri dahulu....

Kita perlu utamakan suami kita dan anak-anak kita...

Kita perlu utamakan rumahtangga kita...

Kita terpaksa menolak itu dan ini....

Dan saya redha jika saya terus ditolak.

Saya redha jika mereka bergembira tanpa saya.

Saya redha jika mereka tak datang rumah saya lagi sebab kadg2 mereka cuma bawa fitnah.

Saya redha untuk segalanya.

Saya bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas.

Saya bersyukur kerana memiliki keluarga yang melengkapi antara satu sama lain.

Saya bersyukur kerana masih diberi rezeki.

Saya bersyukur kerana berpeluang melihat, mencontohi, menteladani, mengelak, dan berbagai men men lagi....







***************************************



The Amazing Spiderman 2

$
0
0
Assalamualaikum uolSsss!!

Dah dah takmo sedey2....

Life goes on bak kata orang putih.

Sekarang saya nak jerit bgtau semua orang yang filem yang saya tunggu2 ni (bukan anak saya yang tunggu tapi saya ni ha) iaitu The Amazing Spiderman 2 akhirnya dah tau dah bila nak main panggung. Trailer kemain berbulan tapi tak bagitau bila nak release. Memang menyeksa jiwa betul!

Akhirnya, saya dah tau yg Spiderman 2 akan start masuk wayang pada:

1 MEI 2014

Dan ini adalah jadual tayangan di beberapa bandar utama utk pawagam GSC:



GSC Aeon Bandaraya Melaka
GSC Mid Valley
GSC 1 Utama
GSC Gurney Plaza, Penang
GSC Ipoh Parade
GSC Alamanda


Saya dah order tiket untuk show 3D. Ikut hati nak yg 2D je tapi si budak Tahun 1 tu awal2 dah pesan "3D tau mami!". Kalau sorang dua ok je kot tapi kena macam kami ni ber 7, memang parahlah sikit. Tak campur lagi dengan segala jajan macam nak gi piknik, perghhhh..... bertambah la parah. Tapi dengan spek 3D bagai, silap2 salah menyuap pulak. Jadi, mungkin belanja jajan boleh dikurangkan dengan alasan 'spek 3D' tu kan. 

Saya rasa wiken ni memang penuh la panggung. Jadi, nak elak bersesak-sesak, saya lebih suka pergi hari tak wiken. Makan lunch siap-siap kat rumah (boleh kurangkan belanja jajan) sembahyang zohor siap-siap, pastu baru la capai kunci kereta dan vrooommmmm layan movie kejap.








Enjoy....

Kurma!

$
0
0
Assalamualaikum.

Kurma Elken kembali lagi!

Kali ni dengan pakej yang lebih menarik.



Kalau tahun lepas, saya beriya-iya jual kurma ni sebelum masuk bulan Ramadhan lagi dan setibanya Ramadhan habis semua kurma sold out. Jadi kali ni kalau uols takmo kempunan merasa kurma Elken yg sedap ni, cepat2 order ok.




Apa yg menariknya kurma ni ialah, setiap butir dibungkus satu persatu. Jadi, ia menjamin kesegaran setiap satu butir kurma tu. Rasa dia? Perghhhh memang sedap. Siapa yang tak biasa makan kurma, pasti aan kata kurma ni sesedap makan coklat!

Berminat?

OK ini senarai harga. Oleh kerana saya tak dapat nak deliver secara peribadi macam dulu, kini saya nak mintak duit SHIPPING RM10. Order berapa pun shipping RM10 flatrate tapi shipping percuma kalau total melebihi RM300.

1 kotak kurma : RM18

3 kotak kurma : RM46

8 kotak kurma : RM112

Shipping RM10 setiap sekali order. Jadi, boleh la share dengan kawan sampai 8 kotak pastu order dr saya cepat2 ok?

Cepat-cepat whatsapp saya sebelum stok habis. Saya gerenti masuk aje Ramadhan stok habis di mana2.




Sangat sesuai untuk sedekah, majlis buka puasa, nak kasi hadiah sedara mara atau kawan, nak jadikan buah tangan atau hidangan pelengkap keluarga.

Tapi kalau takmo order melalui saya, nak order sendiri pun boleh. Ikut link di bawah ye. Yg penting uols ada kad kredit.

Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC