Quantcast
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Lepak Mengopi Dengan Geng Kopiko

Assalamualaikum.

Dah lama tak lepak dengan geng kopiko saya ni. Walau saya dah tak minum kopi, melekat pulak nama geng kopiko sebab kami biasanya akan order Latte atau Mocha setiap kali melepak kat McD. Semalam, saya order Prosperity Burger... ini prosperity burger ke berapa tah sejak ia dikeluarkan balik sempena Tahun Baru Cina 2015.



Terliur kannnn?

Sebelum ni masa gi dating dgn abg John, prosperity burger saya kering aje kurang black pepper suace dia. Sangat tak puas makan. Tapi semalam melimpah2 kuah dia sampai tercungap saya kepedasan. Besttt....

Pastu kan, salah sorang geng kopiko ni skrg minum Lemona s, vitamin C asas lemon dari Korea yg ada gambar hero My Love From The Star tu.



Dia repeat order lagi 2 tin ok. Maknanya puas hati kot? Sedia maklum lemon tu memang agen pemutih yg sangat bagus dan mujarab. Maka saya perati la muka kawan saya ni.. mcm lainnn aje. Owh tanda2 hitam bekas jerawat skrg dah jadi pink. Setahu saya parut jerawat dia tu mmg gelap dan tak hilang2. Tapi mmg kali ni saya tengok dah pudar byk sangat dan siap kawan dia order 2 tin lagi.  Bagusnya hilangkan kesan jerawat!

Saya punye yang tak habis2 sebab saya minum sehari 1 je sebab saya ada ester C brand lain yg saya makan. Lps ni saya nak stop la ester c dan minum lemona s je. Sebab testimonial kawan saya tu, laju2 aje saya order lagi 1 tin (70 sachet) dr seller Korea tu sebab takmo la nanti terputus bekalan. Nak sampai brg dr Korea ambik masa paling cepat 2 minggu. 

Kalau uols nak order, jgn expect brg sampai 2 - 3 hari tau. Ni direct from Korea Selatan, 14 hari bekerja paling awal dia akan sampai. Nanti kalau saya ada modal besar bolehlah saya beli lebih2 utk stok jualan. Skrg takbley la. Hajat nak kuarkan baju sendiri pun tak kesampaian lagi nampaknya. Kita merancang, Allah yg lebih tahu mana yang lebih baik untuk kita.








Saya ternanti2 bila la 4 org geng kopiko ni dapat melancong bersama... patutnya kami berempat ke Turkey tahun lepas tapi sorang tarik diri sebab ada hal. Hanya 3 + 1 kawan CBN lain yang ganti tempat. :(

Cerita Luahan Hati Sebelum Hias Rumah

Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa rumah saya yang sekarang ni dah ada pembeli. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan segala urusan. Yang beli ni orang bujang. Tunangan orang. Nak kawen tahun depan. Memang mencari rumah yang tak perlu banyak belanja tambahan lepas beli. Segala ekon, cctv, alarm, kabinet, electric gate, semua dah sedia. Meja makan dan beberapa barang lagi pun kami kasi kat dia. Pendek kata, bawak kain baju, perabot ala kadar dan brg elektrik mcm tv, peti ais dan mesin basuh. Mana yang rosak2 pun kami akan repair. 

Rumah lama dah nak jual, rumah baru pulak menanti untuk dihias.

2015 sememangnya permulaan yang mencabar. Rumah dah siap, tapi tak dapat nak menikmatinya. Pinjaman bank dah kena bayar. Rumah lama pun masih nak kena bayar. Kami mulakan tahun 2015 dengan redha, tawakal, dan tak lupa usaha tanpa henti. Mana yang perlu dilepaskan, kami lepaskan. Mana projek yang perlu modal tak dapat dimodalkan, kami mintak tolong kawan dengan kadar keuntungan yg ditetapkan. Bukan pinjam buta2. Alhamdulillah, banyak yg kami belajar. Dalam keadaan susah, kadang kala yang dipanggil kawan rapat tak semestinya menolong. Buat lawak bodoh lagi ada. Yang tak berapa rapat itu yg Allah temukan untuk membantu. The moral of the story - be and act wisely. Spend wisely, talk wisely, whatsapp also wisely. Nak mintak tolong also kena wisely. Sebab at the end of the day, some immatured and ungrateful people are going to spread rumors about you. Just be ready. Pekakkan telinga yg dah sedia pekak ni, bisukan mulut yang memang dah separuh bisu ni. Tapi yg confirm, ada satu kawan yg tak pernah berhenti membantu saya. Allah saja yg akan membalas. 

Saya dah lali. Dah tak kisah. Bukan tak pernah hidup susah. Kita tau siapa yang suap kita time kita susah. Kita juga tau siapa yang cebik bibir bila kita senang. Oleh itu, lantaklah. 

Syukur sangat2 dalam keadaan macam ni Allah masih bagi jalan. Waktu buntu, Allah tunjukkan satu jalan. Setiap bulan saya nampak jalan. Bulan depan nampak lagi jalan. Akhirnya setakat hari ni alhamdulillah terlalu banyak nikmat dalam tak berapa sedar, Allah kasi. Dan hutang2 yg saya kena servis setiap bulan setakat hari ini updated semua. Cuma insurans aje tak dapat nak servis. Maaflah agent, saya tau uols akan kata apa2hal memang kena layan insurans dulu sebab boleh bantu masa musibah tapi waktu saya tengah musibah hampir muflis ni, takde pulak saya nampak insurans membantu. Lagi pening kepala sebab korang asyik cuba deduct credit card aku, ada lah. Nasiblah dah kenselkan. Nak langsai hutang kad memang kena stop semua auto debit. 

Pendekkan lagi cerita, Allah kasi jalan SATU per SATU. Seperti pesanan arwah mertua - 1 + 1 = 2. Buat satu2. Dalam maksud dia. Skrg baru paham.

Abg John pun nampaknya makin nampak sinar yang menanti. Byk jalan baru, lobang baru yg terbukak. InsyaAllah segala yg sulit boleh kasi lerai. Yg rumit nanti boleh jadi mudah. Nak cerita sikit  - Saya tak pernah jumpa orang yang sangat cool pada waktu musibah melanda. Dia yakin setiap jalan tu memang Allah punye kerja. Dia juga yakin yg Allah akan bagi petunjuk dalam menyelesaikan setiap masalah. Tak pernah putus asa. Takde pulak nak balik mengamuk2 atau muka mencuka marah2. Memang relax habis. Respek betul. Banyak injection abg John kasi kat saya sampai saya pun mula terikut2 cara dia. Rileks je. Alhamdulillah, semua mmg nikmat.

Tak dapat saya gambarkan betapa besar nikmat yg saya perolehi setakat hari ini. Semuanya kerana yakin. Jangan banyak merungut. Jangan banyak komplen. 

OK sambil2 melayan situasi kehidupan yg mencabar ni, saya dah mula cari2 sebut harga untuk wallpaper. Cadangan asal ialah nak renovate rumah gila2 cantik2. Tapi nampaknya Allah tak izin. Dia tak kasi kami membazir. Oleh itu kami dah bincang, kenapa mesti rombak itu dan ini, ubah itu dan ini sedangkan rumah tu dah sedia ada itu ini, cuma perlu enhance sikit2 aje. Kan harga rumah dah termasuk semua benda tu? 

Jadi... plaster ceiling tak yah. Ceiling dah siap plaster dengan point utk down light cuma tak fancy mancy la. Nanti kita letak aje lampu. Bilik hanya perlu cat atau wallpaper. Dah dapat sebut harga. Kemain mahal lagi. Tapi, takpe saya tak berhenti cari jalan untuk minimaliskan kos. Psssttt.. rumah sebelah beriya2 renovate. Beratus ribu habis tau. Banglo hujung jalan pun beriya jugak. Sepasang suami isteri dengan sorang anak Tahun 2. Pastu maid sorang. Fuhh.. Kami yang belum start apa lagi, cuma bersihkan luar dan dalam rumah aje. Kebaikan jadi orang lambat renovate ialah, boleh tengok hasil kerja orang lain nanti apa jadinya. Boleh ikut atau elak.

ok tunggu cerita selanjutnya, saya cerita pasal hias rumah pulak. 






Hias Rumah. Kini Bermula.

Assalamualaikum.

Frust betul. Saya plan nak privatekan blog. Tapi rupanya saya kena invite orang satu per satu guna email address. Walau orang tu dah follow blog saya, tetap tak boleh baca kalau saya tak invite. Leceh la pulak. Tapi takpelah. Maknanya saya kena wisely menaip, wisely berfikir, wisely bertindak. Live wisely. Wise. 

Cerita pulak pasal projek hias rumah baru. Alhamdulillah, step pertama dah bermula. Apa stepnya? Jeng jeng jeng......

WALLPAPER!!!!

Belum pasang pun... baru beli aje. Saya dah selidik2 pakej2 yang ada. Amboi harga dia. Kalau guna satu orang ni, kemain popular kat fb. Tapi satu feature wall dia ambik RM1930. Belum dinding lain lagi. Kalau satu bilik, mau RM8,000 nak kena bayar dia. Bukan taknak kasi dia cepat kaya, cuma saya takmo cepat miskin aje kiikikikiki.

Pastu satu lagi orang, kasi pakej lebih berpatutan. Satu feature wall promosi dia RM488. Kalau 4 dinding (satu bilik) total RM1,952.00. Tapi sebab saya dah pilih2 corak kat Lamex.com, kata dia kalau saya ambik wallpaper Lamex daripada dia, saya boleh dapat free instalation. Harga wallpaper Lamex RM160 segulung. Saya perlukan 12 rolls untuk satu bilik. Total jadi RM1,920.00. Lebih kurang ajelah. Tapi kemain jauh dengan kos mengecat. Dengan syarat cat sendiri hehehe.

John sarankan supaya wallpaper aje semua. Nak mengecat dia tak larat. Tengok rancangan realiti tu - The Apartment Celebrity Edition di channel 722HD, ratu cantik pun boleh aje mengecat! Pasang tiles pun boleh.




Tapi sebab saya plan nak minimize kos, saya cari lagi dan lagi dan lagi, sampailah saya jumpa di internet tentang Kaison. Saya selalu nampak kedai Kaison ni di Paradigm tapi tak pernah masuk. Menyesal pulak lambat berkenalan dengan Kaison.




Memang seronok masuk Kaison ni. Tapi saya masuk semata2 untuk cari wallpaper. Dan saya jumpa.




Macam tak percaya, satu gulung sama size dengan Lamex, iaitu 53cm x 10m, hanya RM59.90. Yg ni takde sticker kat belakang, kena pakai gam. Ada jenis pvc yang siap sticker, size lebih kecil tapi saya kurang minat sebab pvc ni dia licin berkilat macam tikar getah. Nanti nampak refleksi cahaya. Saya lebih suka yang macam ni.

Saya dapat la beli 3 gulung dulu, untuk feature wall bilik anak saya. Bak kata seller hari tu bilik saya perlukan 12 gulung. Maknanya 1 dinding 3 gulung la kan. Kalau dikira2, 12 gulung x RM59.90 = RM718.80. Upah pasang RM35 segulung x 12 = RM420. Total RM718.80 + RM420 = RM1,138.80. Banyak beza kan? Jimat RM781.20. 

Dah beli wallpaper ni, saya gi tengok wayang dengan abg John. Memang feberet tengok wayang berdua skrg ni. Ala loving couple konon. Dulu sebelum kawen mmg tak pernah pun. Tak sempat. Bila nak gi wayang, wallpaper kami tinggalkan kat kaunter. Nanti tunjuk aje resit, boleh ambik balik barang yg ditinggalkan. Tapi sebelum balik, kami ronda sekali lagi dalam Kaison. Dan saya jumpa satu barang yg menarik perhatian saya.





Cantik kan? Kotak ni sesuai sebagai hiasan yang boleh diisi dengan barang. Tak perlu sorok bawah katil, boleh aje letak mana2 yg boleh dilihat. Macam abg John cerita seorang personaliti yang kini kaya raya, yg kini bercinta dengan kawan dia. Pegi rumah dia, ada beg luggage Louis Vuitton bersusun macam apartment kat ruang tamu. Saya tak impikan kekayaan melangit seperti mereka2 ni semua. Tujuan hidup saya dah lebih kepada kesederhanaan yang sempurna. Bukan kaya melangit sampai tak kenal mana kawan dan mana lawan. Biasalah bila dah kaya pasti banyak kaki ampu dan kaki kipassss... belakang kalu, habis aib dibongkar semua. Nauzubillahiminzalik, semoga saya dijauhkan daripada talam2 macam tu. Biar saya 'pengap' aje kat rumah dengan anak2, daripada bergelumang dengan benda2 tak berfaedah. Hidup ni singkat je. Semalam kawan abg John meninggal jatuh motor, umur 41 tahun, tinggalkan balu dan 2 anak kecil. Innalillahiwainnailahirojiun. 

Berbalik kepada cerita menghias ala Kaison, ye.. saya akan datang balik ke sana dengan modal menghias bilik lain pulak. Lupakan wallpaper Korea atau Lamex, saya nak beli Kaison je. Feature wall saja atau seluruh bilik? Mcm mana pun saya akn cuba pujuk abg John untuk mengecat sama2 hehehehe. 

Line Pop 2!!!!

Assalamualaikum.

Huarghhhhhh!!!!!

Tension!

5 hari saya berhempas pulas tanpa putus asa, nak menyetelkan level 151 game Line Pop 2 hehhehehehe. 




Tengok tu. 65 moves untuk clearkan 142 jelly. Paling takbleh blah bila bom keluar. Move tak habis lagi, bom pulak meletup! Dengan biskut, cekelat dan krim tu nak kena buang satu persatu. Double jelly pulak kat bawah dia. 

Paham tak? Tak paham ek. Tak paham kalu, main la game ni. Lagi fun drp Candy Crush. Lagi cepat buntang biji mata sbb warna2 terang dia.

Dan lebih buntang bila dpt ini.....



Cubak dan cubak dan cubak....



Cubak lagi........




Yeayyyyyyyy!

Next level lagi susah mcm haremmmmm....

Hmm saya main game ni masa tunggu anak depan sekolah, tunggu anak kat tmpt ngaji, lepas makan, sambil tengok drama Teman Lelaki Upahan terutamanya masa iklan dan sebelum tidur. Waktu lain, bila masa saya sesak dengan mcm2 kerenah dan hal rumah yg banyak. Lebih baik layan game drp layan FB. Skrg FB dah uninstall. Fb account yg lama dah saya deactivate. Yg baru tak berapa active. Lebih suka instagram aje. 

Ok jgn tension kalau main game ni ye. Adios.

Projek Mencari Mood

Assalamualaikum.

Ni cerita Sabtu lepas. Saya ajak abg John puaskan hati, cuci mata tengok perabot dan peralatan rumah. Hati ni dah membuak2 nak pindah rumah tapi macam takde apa2 aje kecuali beli 3 roll wallpaper hari tu. 

Destinasi tempat cucimata tak jauhpun. Kat jalan besar kat rumah saya aje. AVENUE. Sebenarnya kalau nak gi cucimata hari2 pun boleh tapi sejak tempat ni dibuka beberapa tahun dahulu, ada sekali aje saya pergi jenguk dan beli almari tv yg cantik ni. Sejak adanya rak tv ni, seluruh ruang tamu bertukar jadi cantik. Itulah... sebenarnya tips nak kasi rumah cantik tak komplikated mana pun, hanya perlukan perabot yang cantik beserta wang yang mencukupi heh heh heh.


Memang buntang bijik mata tengok perabot, lampu dan karpet. Tapi adalah telah sedia maklum bahawa pusat perabot tersebut memang tak murah pun tapi melalui pengalaman, kualitinya memang baik. Tak macam satu kedai perabot C******* yang nama macam gah, design pun moden dan menarik tapi kualiti teruk. Baru sebulan beli L Shape sofa, tenggelam terus kusyen sofa tu. Meja kopi moden square ukuran dalam 5 x 5 kaki pun kejap aje lacinya roboh. Skrg saya dah cabut buang laci2 dia. Menyampah tengok laci roboh. 

Sofa set yang ada kat ruang tamu saya sekarang ni (3+2), beli kat pusat perabot dekat luar IOI Mall beberapa tahun lalu, ganti L Shape sofa yang tenggelam dulu. Yg ni kalau tengok kat tepi sofa, ada label brand ADORA. Kulit lembu sepenuhnya. Beli dulu display set aje. Harga RM3K+, kira murah tau untuk 100% genuine cow leather. Sedangkan yg L Shape dulu pun dah RM1,900 padahal PU leather je pun. Walaupun display set, sebelum diorang hantar ke rumah, diorang polish balik macam baru. Puas hati. Kusyen dia pun bagus elok mantap walau dah bertahun. Itu yang abg John selalu eksyen, "sofa abang kemain banyak kulit lembu, harga baru 3k. Ayang punye beg sikit aje kulit dia, harga dah 6-7k". Ekekekeke... mana nak sama sofa dengan handbag. Setidak2nya handbag nanti boleh jual balik ribu2 kalau time terdesak tu ye tak? Sekarang pun dah nampak kebaikan simpan beg mahal. Boleh jual balik buat tambah modal pindah rumah ha ha ha. Ingat belanja kecik2 anak ke nak pindah rumah? Errggghhh pingsan!

Ok berbalik kepada cerita cucimata tadi. Antara tujuan utama adalah untuk dapatkan idea menghias. Selain daripada itu nak dapatkan mood. Bila mood baik, hatipun boleh jadi senang. Dulu takde mood, tak jenguk rumah sampai rumah jadi rimba, tak buat plan utk design rumah, jiwa pun kacau selalu. Nak buat kerja pun tak syok. Nak iklankan rumah untuk dijual pun tak buat2. Nak cari agent jual rumah pun asyik lupa. Sekarang tengokkkkk..... sejak tiap2 minggu jenguk rumah baru, saya bersemangat snap gambar, iklankan rumah nak jual, dan saya promote sana sini sampai alhamdulillah ada buyer yg jumpa iklan saya kat mudah.my. Tambah semangat nak pindah sebab rumah skrg dah nak kena kosongkan. Pastu mula pulak cucimata brg rumah, abg John pulak makin ligat aje kerja sebab dah ada pemangkin hahaa. Saya pun makin happy dengan rutin harian. Tak sabar2 nak pindah muahaha. Brg kat rumah sekarang sikit2 saya kemas, buang apa yang tidak perlu. Takmo nanti kalau pindah saya bawak sekali junk. Itu yg ramai org pindah bawak brg berkotak2. Pastu dah setahun pindah pun ada 10 kotak belum bukak. Nampak sangat brg dalam kotak tu tak penting mana pun sebab dah setahun pun masih tak kemas lagi. Masuk akal tak?

Dalam hidup ni bila mood dah mula menurun, mula2 kena 'back to basic'. Pastu kita cari pemangkin untuk menambahkan mood. Kalau tidak memang asyik termenung la terkenang nasib, pikir apa nak jadi lagi lepas ni. Akibatnya, takde peningkatan.

OK meh kita sama2 cucimata tengok gambar2 yg saya snap hari tu.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
lampu2 sini harga standard. Tapi ada satu kedai dekat dengan pusat perabot ni yg jual lampu pada harga yang sangat menyeronokkan. Nanti nak cuci mata kat sana pulak. Dan pasti banyak yg saya borong. Semua lampu kat rumah skrg pun mmg beli kat situ.




Image may be NSFW.
Clik here to view.
Saya suka yang ni sebab sesuai tema bilik anak dara saya. Tapi harga dia alahaiiii....

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Lawa kan? Bilik anak dara sunti saya sesuai ni.. tapi bilik diorg perlukan 2 set. RM239 satu set.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
kalau takde RM40k lebih baik jangan naik tingkat atas ni. Harga lampu semahal RM80k pun ada kat sini. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kalah harga sofa kulit abg John. Tapi saya suka... tapi confirm tak masuk senarai.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Karpet yg cantik gebu ni satu RM1,750.00. Nampak macam karpet yang kat Nilai tu kan. Baru limanam ratus. Tapi bila pijak, memang sesuai harga dia. Kualiti menentukan harga.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Letak kat bilik pun lawa ni....

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Beriya2 abang Pakistan ni layan kami. 
Balik rumah cuma bawak balik katalog dan 6 bulb lampu (mentol) hehehehhe. Rumah dah malap sebab banyak bulb dah out. Tapi ada jugak yg kami dah letak sikit deposit. Apa barang? Rahsia..... huhuhuhuuhuhu..






Next projek mencari mood? Kaison.

Meniaga Lagi Ke Tak?

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, dengan 3 sessi persekolahan, dan tiada lagi van sekolah, dan tiada maid, dengan anak nak UPSR, dengan nak pindah rumah, saya punye meniaga dah apa jadi pun tak tahu. Nak cari barang pun tak sempat rasanya. Nak dropship pun tak terbuat. Akhirnya kedai online saya penuh sawang he he he.

Buat bisnes online memang boleh mewah kalau kena dengan gaya. Dan saya tau sangat 'gaya' saya tak kena dengan bisnes. Itu pasal sampai tak tercapai tu. Teringat dulu sorang kawan cerita betapa gigih kawan dia buat online biz. Sebulan cecah RM10k untung tau. Tapi bila pegi rumah dia, alamak sepah sana sepah sini. Kawan dia kata, "Kau tutup mata aje". Nak capai semua benda memang tak sempat. Kena kat saya, selagi rumah tak dalam keadaan yg memuaskan memang takdelah saya nak hadap kerja lain. Anak-anak2 pulak kemain 'rajin' menolong sampai hari2 kita jerit pekik kat diorang. Tapi nak salahkan anak-anak pun tak boleh. Diorang penat sangat dah. Pagi2 bangun gi sekolah. Balik buat homework, latihan muzik, pastu gi tuition atau ngaji, tengok jadual la. Mana yang aktif bersukan tu kena ke sekolah berlatih waktu petang. Tidur antara 10pm ke 12pm bergantung kepada berapa banyak homework belum siap. Kesian anak2 zaman sekarang. Sistem pendidikan sekarang rasanya mcm terlalu mendesak. Bila saya tengok anak2 saya terlalu letih, kadang2 saya larang pergi kokurikulum. Sebelum jatuh sakit, baik saya suruh rehat aje kat rumah. Tapi besoknya tunggu aje leteran cikgu. Itu yg bila mmg betul anak saya demam, dia mendesak jugak nak gi koko. Takut cikgu marah. Melampau la pulak. Mak marah dia tak takut. Cikgu marah dia takut.

Tak semua benda kita boleh dapat dalam satu masa. Melainkan kita korbankan waktu tido daripada 4 jam (saya tido 4 jam sehari) ke 2 jam saja - maklumlah kita bukan setakat jaga rumah dan anak, kita kena layan suami jugak. Biasanya ada sessi borak2 setiap kali dia ada kat rumah. Sebagai isteri kita mesti ada KOMUNIKASI dengan suami. Penting tau. Sebab masa borak tu la suami boleh luahkan perasaan, manalah tau dia dah lalui hari yg kurang best hari tu. Kita mesti jadi pendengar setia.

so... tido 2 jam. Boleh ke? Umur dah banyak ni, memang saya kata TAK ajelah. Sebab itu saya teliti balik, saya tak boleh meniaga mcm dulu, ambik stok dr overseas dan jual balik (iklankan, packing, mengepos). Apa yg sesuai adalah dropship aje. Yg ni boleh sambil2. Kena kurangkan main game Line Pop2 hahahaha. Eh main game tu saya ambik setengah jam sehari sebagai riadah ok. Kita kena ada riadah atau hobi, kalau tidak hidup akan stressssssss. Apa yg saya perasan skrg ni, tidur malam kemain banyak mimpi saya. Otak masih ligat berfikir agaknya. Padahal sebelum tido dah buat apa patut, baca apa perlu. Dan bila bangun je memang lesu tak segar pun. Petanda dah tua la tu. Kalau uols biasa rasa lesu2 macam tu, cepat2 ambik air 2 gelas dan minum ok. Kejut semua saraf2 yang masih tidur. Dan enzim dalam air liur basi tu akan masuk dalam perut utk pencernaan yg baik. Dan kenapa 2 gelas? 2 gelas mencukupi untuk basahkan keseluruhan usus bak kata Tuan Sheikh yg bagi tips kepada abg John satu masa beberapa bulan lepas. Ok kita kona sikit - lagi tips drp Tuan Sheikh tersebut - :

- mandi sebelum 7pm (saya mandi petang2 skrg ni sebelum jemput anak balik)

- boleh mandi malam lepas 12am

- bangun pagi minum 2 gelas air kosong

- makan kambing tu bagus (yeah kami mmg beli kambing manjang. Fav satu family)

- lembu - minum susu je sudah

- kerbau - jgn makan langsung (ok saya tak beli beef jual block kat pasaraya dah sebab byk yg import dr India khabarnya adalah daging kerbau bukan lembu

- ayam ok tp skrg ni ayam banyak inject kan?

Ini je yg saya dapat ingat. 


Alamak dah lambat. Nak kena jemput si kenit kompot tu kat sekolah. Kesimpulannya, meniaga ke tak? Meniaga tapi kurang2. Skrg ni saya nak kasi celar stok yang ada sebab nak buat dropship aje. Nak pindah lagi pun, nak kasi habis jual semua stok yg ada. 

OKBAI.

Kerang

Assalamualaikum.

Ni cerita kelmarin.

Dah beberapa kali bila abg John ke pasar dia beli kerang sekali. Anak2 bukan makan pun tapi dia beli jugak. Mengelak masak sambal aje setiap kali, saya tukar menu lain, saya masak rendang kerang.

Sempena birthday anak saya hari tu, saya buatlah sikit pulut kuning dan kari ayam. Pulut ni bukan boleh makan banyak2. Masuk perut sikit nanti dia kembang. Tahan la kenyang sampai petang. Bila dah ada rendang kerang dan kari ayam, abg John 'order' pulak nasi lemak untuk sarapan besoknya. Ha ha elok sangatlah tu. Maknanya takyah masak la besok ye sebab nasi lemak boleh masak lebih2 buat makan sampai malam. Tambah telur dan timun aje sudah. Kebetulan masak kari ayam berlebih2.

Kalau yang tak biasa masak rendang kerang tu, saya sebenarnya pun bukan pandai sangat. Tapi apa yg saya buat ialah, saya rebus dulu kerang yg dah dibasuh dan ditos, dalam periuk dengan air yg sikit je (tak perlu sampai terendam kerang tu - cukup utk dptkan wap) dan serai yg dah diketuk. Bila dah berasap2 tu tutup api dan tunggu sejuk utk dikopek. Pastu masaklah isi kerang tu. Senang aje. Tak sanggup nak kopek kerang hidup eeeiiiiiii....

Tu je nak citer.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
dah pandai masak pulut. Itupun masuk dalam piok nasi aje hehehe. Santan paras2 beras je jgn lebih.



Image may be NSFW.
Clik here to view.
nasi lemak takde sambal. Agak2 kat kedai berapa RM diorang charge?





IKEA !

Assalamualaikum.

Cerita ni dah seminggu....

Hari ni bosan tak tau apa nak cerita kat blog, saya cari2 gambar kat fon terus jumpa gambar2 ni. Last weekend ambik gambar tapi lupa nak update blog. Kami sekeluarga gi cucimata kat Ikea, hajat nak beli la lampu satu dua bijik. Maklumlah kita bajet datang ciput2, beli brg pun satu2. 













Masalah bawak budak-budak gi sini ialah masing-masing pandai tunjuk selera masing2. Takmo gini, nak gitu. Nak lampu ni takmo lampu tu. Alamatnya memang hangin aje satu badan. Kita dah plan gitu gini, diorang pulak tahan kita dari membeli. Lepas ni memang semua duduk rumah diam2, biar saya pandai2 sendiri pilih barang. 

Setakat hari ni dah beberapa brg saya dah beli tapi semua takbleh nak pasang sebab abang John komplen kat developer finishing rumah tak bagus, nak tukar skirting lah, repair itulah, inilah.. entah bila la dapat nak start menghias, saya dah tak tau nak fikir cemana lagi. Ikut cadangan saya, nak tutup aje lantai kayu tu dengan timber flooring kaler cerah. Sakit betul mata tengok lantai coklat tu, dengan skirting tak sama corak. Rabun ke jimat kos developer ni? Harap-harap hujung minggu depanlah dapat start menampal dinding. 

Cerita pasal menampal dinding, saya dah beli lagi wallpaper utk beberapa bilik. KAISONlah mana lagi? Seronok betul bila jumpa kaler yg dihajati. Harap2 menjadi la seperti yg dicadangkan.




OKlah dah ngantuk. Nak tido. Bye....



Tukar Penampilan Bermula Dengan Zalora

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni saya dengan sengaja berubah dari segi penampilan. Dulu selesa pakai jeans dan blouse, high heels, platform, sekarang saya dah segan pulak nak pakai jeans. Heels habis saya campak. Hari tu saya selongkar almari baju dan keluarkan jubah2 yang saya simpan tak berpakai. Pakai sekali dua masa raya je, atau masa kenduri. Rupanya abg John perasan perubahan saya dan dia galakkan dengan ayat ni, "Umur sekarang memang sesuai pakai macam ni"... tapi paling tak tahan bila dia tanya, "Ayang nak abang pakai macam mana? Baju banggali? Jubah? Kopiah?" Hahhahaha saya cuma jawab, "Takyah! Pakai aje mcm sekarang, saya lagi suka. Tapi saya mintak, tolong six pax ye... takmo 1 pax".. hahahahhahaaha siot je. 

Dan oleh kerana jubah2 lama tu ada beberapa lai je, saya dengan izin suami saya (maklumlah skrg takbleh belanja boros sangat walau tu duit saya cari sendiri haha) mintak nak shopping selai dualai kat Zalora. Abg John memang tak penah pun nak halang saya shopping2 apalagi duit sendiri cuma saya ni kira nak shopping beradab kan, mintaklah izin konon. 

Bila dah masuk website Zalora, akak memang kelabu mata lah! Cantik cantik jubah dan dressssss... ada pulak Zawara... alahaiiii habislah akak ngadap berjam2 pilih baju. Sehari semalam, masih tak dapat decide mana nak beli. Simpan dalam shopping cart, besok tu bukak balik. Tapi yang best tu, besoknya bila check email ada pulak email dari Zalora. Zalora ingatkan saya yg saya ada barang dalam shopping cart. Pastu siap kasi saya discount voucher code. Dapat 10% diskaun tau.



Apa lagi...? Dah dapat diskaun lagi best saya pilih2. Mula2 nak beli dress kaler hitam dan seluar palazzo tapi akhirnya lain yg saya beli.



Biasanya saya memang takde masalah dalam memilih size baju saya bila shopping kat Zalora. Setiap baju yang diperagakan model dalam gambar akan ada ukuran badan model tersebut beserta size baju yang dipakai. Ada jugak baju yang disertakan dengan ukuran (dalam cm atau inci) untuk setiap size. Jadi, memang takde masalah la kalau nak pilih size yang sesuai.

Dah banyak kali sangat saya anak beranak shopping kat Zalora . Riban riban dah habis. Rasanya sekali aje saya pulangkan baju yang salah size itupun silap saya sendiri, saya tak check ukuran yang disertakan. Pendek kata, takyah sibuk2 nak keluar cari baju. Tekan2 aje macbook ni, besok dapat baju hehehehehe. Nak bayar COD boleh, Paypal boleh, credit card pun boleh, online banking pun boleh. Tapi setiap Khamis ada offer extra 7% diskaun kalau bayar pakai mastercard. Sampai 31 Dec 2015 atau 3000 redemption aje.




Semalam saya order, hari ni dapat. Laju kan? Lepas order, Zalora akan kasi email. Pastu sms pulak utk bgtau brg nak hantar hari ni. Saya pun pastikan anak2 saya tak tutup pintu selagi Zalora tak sampai! Eksaited sangat nak pakai baju baru.



Image may be NSFW.
Clik here to view.
tu dia.... 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
zoom pakai camera talipon. Pastu crop. Kelabu....
Tapi yg bestnya baju ni buat saya nampak slim dan tinggi.



Image may be NSFW.
Clik here to view.
suka sangat baju ni. Yg ni dapat belt besi.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
abaikan jari jemari debab dan bilik yg bersepah. Biasalah pompuan kalau menerai baju, mestilah sepah2.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
yg ni dah siap belt



Masa saya try baju yg sampai, saya try sekali dengan belt besi tu. Bila letak belt saya tengok macam robot aje sebab belt tu straight aje. Dalam hati berkata, "Kenapa diorang design belt besi ni panjang sangat? Kalau pendek sikit kan lawa. Skrg dah nampak pelik sebab nampak besi straight terjulur. Saya ada belt besi jugak sebelum ni tapi saya pakai sekali aje. Alasannya sama, nampak straight dan kaku aje kat pinggang. 




Entah macam mana saya terfikir untuk lenturkan belt tu. Bila dah lentur ikut lenturan pinggang, saya pakai terus nampak cantik. Adoiyaiiii kenapa la saya bodoh sangat tak terfikir yg besi tu boleh lentur? Lentur ajelah belt tu ikut size pinggang kan?


Image may be NSFW.
Clik here to view.
setelah dilentur...


Haiyooo..... rugi setahun tak pakai belt besi saya tu kan hahahha.

Apa2pun terima kasih Zalora sebab dah buatkan saya cerdik berfikir hari ni. Lepas ni boleh laram belt besi dengan dress dan jubah yg sedia ada.

Dan oleh kerana saya sangat puas hati dengan baju yg dibeli, dengan diskaun voucher yg banyak Zalora dok hantar ni, memang ada harapan membeli jubah/dress Zawara lagi. Tungguuuuu...

Benih Ros : Beli RM5 Jual RM40. Wajarkah?

Assalamualaikum.

Minggu lepas saya terjumpa satu seller kat FB jual benih ros. Macam2 kaler ada. Sebab saya nak hias garden saya nanti dengan ros, dengan harapan tiap2 pagi ada 'org' boleh petik kasi saya bunga ros masa breakfast macam Zul Ariffin buat dalam Istikharah Cinta tu kununnnn, saya terus la berminat. Saya mintak dia pm, lalu dia pm saya. Bila dia kata harga RM40 untuk 200 biji benih satu warna, terdetik kat hati MACAM MAHAL je. Beli benih sayur baru 2 - 3 hengget, kalau RM40 baik pi beli je sayur kat pasar. Tp sebab bukan sayur, bunga ros.... saya pun try je la tanya2 kaler yg saya berkenan.





Kebetulan masa tu dia kata, stock kaler merah dan kuning yg saya nak tu dah takde. 'SUPPLIER' kata restock Rabu nanti. Bila dia sebut 'supplier' saya tau dah... ni agent je ni. Saya dah kena sekali dua dengan agent yang tak jujur. Tapi sebab saya pun buat dropship jugak tak salah kalau saya beli aje dr agent. Tapi dah terdetik kat hati yang dia ni jual MACAM MAHAL JE. Jadi saya rasa, baguslah takde stok. Jimat duit saya kan. RM80 utk rose seed yg belum tentu tumbuh menjadi, memang mahal.  Hari Rabu, seller ni wasap saya. Mcm beriya aje nak suh beli. Malas cakap banyak, kerja pun banyak. Saya transfer aje buta2 RM80 ke seller padahal biasanya saya akan check perbezaan harga kat pasaran.

OK takpelah tu. Dipendekkan cerita, dia uruskan pembelian saya agak selow. Ada alasan yg melambatkan dia transfer duit ke supplier. Takpe saya tak kisah. Bukan nak tanam besok pun. Semalam, Isnin, poslaju pun sampai. Nasib la saya betul2 baru sampai rumah dr ambik anak kat sekolah. Pastu saya tengok sampul keras poslaju tu, belakang ada chop nama dan fon supplier. 

Tergerak kat hati nak cari supplier asal. Kalau dropship, kenapa supplier chop nama syarikat dan nombor fon kat sampul? Apa yg saya jumpa ialah sangat memeranjatkan.


AMACAM?

Berapi tak hati?

200 biji benih ros, RM5 je deknon!!!!!!

Saya sms supplier dan tanya. Dia kata dia tak pernah ada agent. 

Jadi, pembelit yg membelit duit orang ni meniaga secara tak jujur. Saya jadi agent dropship kat mana2 supplier, saya DAFTAR dan BAYAR sebagai agent, ada yg saya kena BAYAR PREPAID RM200 - RM250 setiap kali. Walau barang takde kat saya, saya dah dilantik jadi agent. Walau E***n, barang takde kat saya, saya adalah agent berdaftar. Itupun jual harga member, kadg2 nak mintak duit pos pun serba salah. Pembeli pun macam tak reti2 yg saya ni perlu nak mengepos pakai duit. Ada yg selamba aje bank in ngam2 harga brg. Tak bagi duit pos. Untung E***n adalah drp bonus E***n aje.  Nasiblah saya pangkat tinggi, bonus alhamdulillah. Kalau brg dr China, saya beli dulu, pastu brg tu dah ada kat saya, atau dah confirm dah bayar baru saya iklankan. Sebab masa dulu saya giat bisnes online untung memang riban riban, saya terjumpa satu artikel tentang hukum jual beli. Katanya, hukum bisnes pre-order (brg takde ambik duit dulu) adalah HARAM melainkan jadi agent yang disahkan. Saya tak pasti kesahihannya tp saya takmo la rezeki saya tak berkat. Saya BERHENTI buat bisnes Pre-order.

Untuk pembelit yg macam ni, apa kita nak panggil dia? Melainkan dia beli dulu dr supplier, brg dah ada kat dia, pastu urus sendiri pos, yg itu saya terima. Tapi dia cuma untung atas angin, bukan agent pun, org lain yg pos, untung melebihi 1000%. Hati siapa yg tak sakit? Silap dia ialah kerana berurusniaga dengan saya. Kalau tidak tembelang dia lambat pecah.

Saya wasap dia bgtau brg dah sampai. Saya juga wasap dia dan bgtau saya dah tau macam mana dia meniaga. Saya kata, "Tak baik belit duit orang macam ni. Saya beli walau hati sakit". Saya block nombor dia sebab sebelum ni ada jugak hantar gambar byk2 kat saya jual beg. Beg yg saya jual RM60 dia jual RM130. Mmg tak sabar nak kaya agaknya. Biar saya tak kaya (bisnes untung ciput) asalkan rezeki saya berkat dan baik daripada kaya cepat hasil belit orang, hasil makan maki orang. 

Antara sebab saya tarik handbrek drp buat E**** secara agresif iaitu plan ***+ yg lebih kepada bisnes bukan produk. Kalau dulu org cari saya utk dapatkan produk. Walau harga mahal, ia gerenti bagus berkualiti dan berkesan. Org menikmati produk yg dibeli. Bila bagus, dia rekemen org lain.  Dan begitulah ia berlaku secara berterusan. Tapi plan baru tu saya kena kejar org untuk mulakan bisnes dengan modal 7k - 8k, produk secara pakej. Saya cakap dgn abg John, saya tak boleh buat bisnes mcm ni sebab saya tak sanggup. Kalau org berduit xpe jugak. Tapi dalam circle kami org biasa2 aje. Ada yg tak cukup makan jugak. Mana sanggup nak suruh diorg apply loan utk bisnes yg belum pasti? Tak semua org beruntung dengan plan mcm ni. Oleh itu, titik noktah saya berikan.

OKlah. Saya nak nasihat kat uols semua, kalau nak membeli belah kat FB ni hati2lah jangan sampai kena tipu banyak sangat mcm saya kena. Apa yg berlaku kat saya ada hikmah di mana saya boleh share kepada uols ttg pengalaman ni kan.

Kalau berminat dengan rose seed RM5 ni boleh contact terus supplier. Pegi www.lelong.com.my search je rainbow rose seed rare. Atau klik lick yg saya kasi. ROSE SEED RM5












Akhir sekali, pesanan saya kepada yg meniaga tu, "Kalau nak untung jangan sampai pembeli rasa tertipu". Kalau dia tak tau xpe... kalau pecah tembelang buruk padahnya. Makan dalam kalau kena maki.

Sekian. Wassalam.

Progres Terbaru Projek Hias Rumah

Assalamualaikum.

Masa berlalu, 2 bulan lagi bulan Ramadhan menjenguk datang. Rumah yg dalam proses loan tak setel2 lagi, kena cari bank yang boleh terima master title pulak. Talam oh Talam.... memang Talam sungguh pemaju ni. Dah berbelas tahun masih master title, dan persatuan yang 'baru' ditubuhkan kat sini 'baru' nak fight untuk perkara yg tersebut. 

Bila urusan jual rumah belum setel, hati memang la susah. Duit nak pakai banyak untuk pindah. Bukan reno gila-gila pun. Setakat hari ni baru urus hal lampu dan kipas. Nak pasang wallpaper yg dah berkurun beli kat Kaison pun tak boleh sebab contactor asal, pasang skirting untuk laminate flooring tu tak sama kaler. Lantai coklat, skirting pulak kehijauan. Alasan - takde stok. Sukahati je kan. Dah la finishing teruk. Rumah bukan byr sikit2, untung lebih la pemaju ni! Skrg kena dok tunggu diorg ganti skirting, apa kerja hias dinding pun tak boleh buat. Janji Selasa, Rabu kami datang apa pun tak tukar lagi. 

Abg John dah bising2 call pemaju, diorg cuma tau mintak maaf aje. Org nak mengecat, pasalng wallpaper, letak perabot pun tak boleh. Leceh betul.

Skrg, lampu je la harapan untuk menyejuk hati. Urusan pasang lampu dan kipas diserahkan kepada saya. Nak gaya apa, terpulang kat saya. Saya cari duit tah dari mana datang duit tu tah (memang majik betul* Allah Maha Pemurah)... gi beli lampu dan kipas. Sedar2 brg dah ada aje. Tunggu abg John memang selowlah. Kena ada RM100k baru nak start semua kot hehehhe. Mencari wireman pun saya google aje. Bagitau aje nak pasang apa, nak tambah apa, wireman akan buat.

Sebelum terlupa, meh saya kasi contact. Mana tau uols nak pakai wireman sekitar lembah klang. Ni orangnya: 

Azmir 012-5759679 (wireman)

Azmir ni kerja macam orang lain gak. Kerja mewayar adalah part time. Biasanya dia buat kerja dari pagi Ahad sampai malam. Kalau tinggalkan kunci, dia akan berulang lepas kerja untuk siapkan apa yg belum siap. 

Kami tak buat plaster ceiling yang fancy-fancy tu. Ceiling kami dah elok cantik diplaster tapi takde coraklah. Rata aje. Jimat, kan. Dulu mmg berhajat nak ceiling cantik tapi keadaan memaksa untuk bersederhana. Guna aje apa yg ada. Redha je la. Dalam hidup ni kalau plan A tak menjadi, kena bersedia dengan plan B dan C dan D. 

Saya beli downlight kat kedai lampu yg gila ramai orang sebab harga murah tu, pada harga RM12 satu unit. Murah! Saya ambik size kecik aje. Point yg ada saya mintak Azmir tambah mengikut design yg saya dah tetapkan. Ceiling tak berdesign, lampulah yang memainkan peranan. Saya google banyak2 sebelum buat keputusan, bukan main hantam aje. Mula-mula ada 'sedikit' soal jawab daripada abg John tentang penambahan point2 downlight yg saya mintak. Abg John kata banyak sangat nanti terang sangat bla, bla, bla. Point lampu yg disediakan cuma ada 4 unit saja. Saya mintak tambah lagi 4 unit. Saya cakap, "Oh, memang nak kasi terang rumah" dengan selambanya. Dengan hati yg tenang dan sabar, saya tak melawanpun, tapi buat pefekafak aje hahahaha. Downlight saya dah beli banyak. Sumbat aje la, Azmir. Dan membuat abg John berhenti mengomel ialah ayat ni, "Laaa... hari tu kata serahkan semua kat saya......." HE he He he He.....

Dan inilah hasilnya:


Image may be NSFW.
Clik here to view.
saya ambik lampu bulat sebagai jalan selamat. Kalau square nanti ada harapan 'senget' dan tak centre. Sebenarnya ada kipas kat living hall tapi kipas tu motor rosak. Cisss...... tu yg bukak balik. Brg baru dah rosak. Kena panggil service centre. Kedai takmo bertanggungjawab.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Banyak sangat ke? Tak, kan? Azmir tu bijak, dia buat 3 suis berbeza untuk lampu2 ni. Jadi boleh la nak pasang semua atau pasang separuh aje lampu tu. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dining hall/dry kitchen ni, saya tak tambah point downlight. Guna aje 2 point yg disediakan. Cuma mintak centre-kan point lampu yg kontraktor pemaju pasang senget sebelum ni. Dan hasilnya - abg John mengadu tak cukup lampu. Kikikikikikikiki. Ehem ehem.. "Cantik tak bang?""Cantik, sayang..". Sejak tengok hasil 'penambahan' lampu downlight, abg John terus 100% percaya kepada idea menghias saya utk yg lainnya.

Bila abg John komplen lampu dining hall tak cukup, saya bagi idea untuk pasang kipas yg ada lampu. Memang dah beli 1 unit kipas kaler putih untuk living hall, tapi bila kipas tu rosak dan perlu dibaiki, dtg idea untuk beli kipas lain. Yg rosak tu pasang tak bilik atas aje nanti. Kipas dibeli di kedai sama, RM155 seunit tapi kalau ada masalah kena call service centre.

Kedai lampu murah:

HOUSES LIGHTINGS SDN BHD
33 & 35 JLN BPU 6
BANDAR PUCHONG UTAMA
47100 PUCHONG
TUE - SAT : 10.30AM - 8.00PM
SUN : 12.00PM - 5.00PM
MONDAY CLOSE
GST 001427931136 
(Saja kasi id GST sebab nak bgtau sini kena GST)


Image may be NSFW.
Clik here to view.
haaaaaa ini dia. Abg John pertikaikan kenapa downlight saya kaler putih. Saya kata sebab nak rumah terang dengan warna semulajadi. Dia suka lampu kuning, jadi saya 'hadiah' kipas dengan lampu kuning. Ada 2 unit, sekali dengan living hall tapi Azmir tak pasang lagi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
ini rupa sebelum switch on. Lampu boleh pasang sekali dengan kipas atau takmo lampu, cuma nak kipas aje. Nampak point downlight kat belakang tu? Itu area dry kitchen yg belum buat apa2 lagi. Nak tambah dinding menutup jamban guest. Ada ka patut jamban mengadap pintu sliding. Kena tutup confirm! Pastu dinding tu nanti boleh letak cabinet. Kalau tidak, cabinet terceruk belah kanan nun. Tah apakerupa. Jadi, lampu2 di dry kitchen semua hold dulu, akan diuruskan bile wet kitchen siap nanti.
Kipas berlampu tu saya beli di Alfo, pusat perabot Avenue Batu 14 Puchong tepi LDP sebelah kedai lampu murah tu (sebelah tapi kena naik kereta jugak) pada harga RM390. Asalnya dah jumpa kipas yg sama dengan yg rosak tu pada harga RM175 (mahal sikit RM20 tp hati senang sebab tak ramai org). Kalau beli kipas yg sama baru la lawa sebab design sama kan.... tp masalahnya takde stok alahaiii... terpaksalah cari lain yg menawan hati. Syarat: kaler putih. Dan jumpa yg berlampu ni macam bonuslah sebab hari tu ada hajat nak kipas berlampu kan.

ALFO CONCEPT SDN BHD
AVENUE @ PUCHONG
LOT 7475 JALAN PUCHONG BATU 14
47100 PUCHONG
SELANGOR
GST ID 001926537216


Image may be NSFW.
Clik here to view.
lampu luar - bawah 3 unit (tak termasuk dapur belakang sebab belakang nak extend) dan atas ada 4 unit yg Azmir tak sempat siapkan. Total 7 unit dengan 2 bulb setiap satu. Pengsan aku. Bulb kuning untuk abg John hehehehhe. Lampu ni RM39 seunit. Ada kedai lain saya tengok RM79 seunit.
Mana yg boleh bajet, memang saya bajet gila2. Tapi ada jugak yg nak mengikut kehendak hati seperti lampu bilik anak-anak dan ruang tv family.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
satu set ok, satu lg lampu led tak nyala


Tapi tensen pulak bila salah satu lampu, led light dia tak nyala. Kena la bukak dan hantar repair kat kedai. Lampu tu saya beli di MEGO LIGHTING & ELECTRICAL MARKETING, selang beberapa kedai dari kedai lampu murah. Ni kes malas nak tunggu dilayan lama sangat, saya lari ke kedai lain. Nak beli kat kedai murah tu kena byk bersabar. Peluh dah merecik satu badan (dengan kita ni berselubung tengah2 hari) masih tak ada yg melayan. Lampu cantik tu harga dia RM200 seunit. Handmade, bukan China mari katanya. Dan kedai tu tak sepatutnya ada GST sebab resit tulis tangan. Lampu2 dia hampir semua ada led lights. Keluar dari kedai tu mesti buntang bijik mata. Saya terus migraine bila balik rumah.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
display kat kedai dia

Image may be NSFW.
Clik here to view.
stainless steel, boleh lentur2 dan boleh cuci lamp shade
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Lampu anak bujang. Agak susah nak pilih utk anak lelaki. Yg ni cuma RM55 satu unit. Kat belakang tu ada lampu berdiri, saya beli satu pada harga RM90 tapi kedai lampu murah jual RM65 jek. Ehem.. buat dek sudah. Dah beli :P. Lagipun kedai Mego takyah rebut2.


Pastu saya juga ada beli lampu IKEA buat anak dara saya. Bilik takmo share, nak bilik sorang. Oleh itu kena la ambik bilik kecik. Tak dapat nak pasang lagi sebab cord hilang. Tah siapa punya cuai, cord lampu tertinggal (maklumlah IKEA tak kasi plastic bag), yg ada cuma lamp shade. Kena pegi IKEA lagi. Huh.....




Dan ini lampu chandelier ruang family. Beriya aku berchandelier.  Beli kat kedai murah tu. Harga RM180.00 saja uols.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
tempat kipas sebenarnya tp saya takmo pasang kipas, saya letak lampu. Nanti tacap la sikit ceiling tu.

Dan akhir sekali, selain lampu jamban, saya juga mintak Azmir tambah electric point kat dinding. Malas berextention yg menyemakkan.

Eh eh ada paparazzi...





Lampu bilik sendiri tak setel lagi, lampu store, dapur, lampu porch, lampu dressing room, semua tak ada lagi. Smlm gi kedai murah, downlight putih RM12 takde stock. Kena la tunggu tah sampai bila.

Dan bila dah pasang semua2 tu, baru terfikir, agak2nya berapa nak hadap bil elektrik sebulan ek? Dan majiknya, saya yang dah tak berpendapatan ni, bila kira2 semua belanja beli lampu dan kipas, dan wallpaper, dan bulb.. RM4k lebih sikit. Saya terfikir mana datang duit ni? Padahal saya dlm proses melepaskan diri dari bebanan hutang2 tertunggak haha. Saya sedar dr mana datangnya duit ni cuma saya sangat bersyukur bila Allah sentiasa memberi jalan kepada saya, asalkan tidak meminjammmm...... miracle sungguh. Alhamdulillah... *selamba aje cerita tp xpelah memang betul miracle itu wujud*


Gajet Baru - HTC Desire Eye

Assalamualaikum.

Rehat sebentar daripada cerita rumah. Rumah sekarang tengah renovasi bahagian wet kitchen. Masa orang tengah tak sibuk, kontraktor tu sibuk. Bila abg John outstation dan saya double sibuk, kontraktor start kerja dan dengan takde drawing, dia asyik2 la text tanya itu ini. Pening acik. Nasiblah plan rumah ada kat saya. Kita main wasap aje antara saya - abg John - kontraktorrr. Apa jadi nanti dapur saya, hanya Allah aje yg tahu nanti :P

Hari ni nak cerita pasal gajet. Memang saya sukaaaaa gajet kan. Tapi menjadi satu rekod bila saya boleh bertahan dengan satu-satu gajet untuk jangkamasa lebih 3 tahun. Sampai dah berkali2 factory setting, hingga kali terakhir factory setting, Clock saya not working/responding hingga alarm saya yg hari2 kejut saya bangun tu dah tak berbunyik. Ni parah ni. Kalau takde alarm memang sah2 tak boleh bangun tepat waktu.

Selepas berdozen kali komplen pasal gajet, akhirnya gajet baru dibenarkan beli, itupun sebagai hadiah anniversary yang dah lepas berbulan2 hehehehe. Biar lambat hasal hado!!! 

Macam biasa, saya pilih IPMART untuk membeli gajet. Masuk yg ni dah berapa gajet saya beli dari IPMART. Walau kadang2 cepat, kadang2 lambat dapat barang, yg penting IPMART boleh dipercayai dari segi kesahihan identiti gajet tersebut sama ada ori set atau AP set. Dan bila barang diposkan, dihantar bukan menggunakan kurier biasa, tukang hantar sangat teliti dan cermat sehinggakan kotak gajet takde kemek pun. Memang bila bukak box tu hati berbunga2 dapat barang baru. Itu adalah pengalaman saya sepanjang berurusniaga dengan IPMART Malaysia. Pengalaman org lain saya tak pasti. Beli sd card pun envelope bubble dia yg paling besar. Langsung tak terjejas sarung sd card tu.




Tablet Lenovo, Tablet Samsung Galaxy Tab S, SD Card, Camera Flash, Smartphone dan yang terkini HTC Desire Eye, semuanya alhamdulillah saya puas hati. Kami pernah rasa macam kena tipu bila beberapa smartphone yg kami beli dr kedai biasa, kononnya ORI set tapi bila selidik2 rasanya macam AP set. Contohnya S4 Zoom, Note 3 abd John dan Note 1 saya dulu. Mcm ada 'sesuatu yg tak kena'. Sebab tu kalau bukan beli kat IPMART, kami pilih beli dari authorised retailer (Samsung di kedai Samsung, Apple di Machine atau EPI Centre atau Apple Store Online. Baca ini aje dah nampak sangat saya dan abg John gila gajet kan. Takpelah, boleh turun kat anak2. Kitorg mmg tak trade in, turun kat anak sampai jahanam pastu simpan.

Kenapa saya pilih HTC? Tak pernah2 beli HTC? Abg John kata try la selain Samsung pulak. Baru terasa barang baru haha. Kaji punya kaji, saya berkenan kat Desire Eye sebab..

1. Camera dia; belakang 13MP, depan (selfie) 13MP. 
2. Water Resistant boleh celup air
3. Ringan 
4. Laju



Saya google tentang smartphone yg berada di ranking teratas untuk 2014/2015. Mula2 macam minat kat Sony tapi bila tengok camera selfie 13MP HTC Desire Eye (ada flash jugak tau) yg mengalahkan semua smartphone yg ada (rata2 hingga 5MP aje), saya terus tak tengok lain dah. Yelah dah 3 tahun lebih, nak ganti baru mesti la cari yang lain sikit. Walau harga tak semahal gajet sebelumnya (iPhone 4S 32GB / Samsung Note 2), spesifikasi yg ada lebih advance dari dua2 ni kot. Sesuai la nak pakai utk 3 tahun lagi kikikiki.





Untuk satu2 smartphone saya, internal memory wajib paling kurang 16GB. Kurang daripada itu nanti manjang dapat signal tak cukup storage. Banyak fon yg harga murah2 tapi bila tengok internal memory kurang daripada 16GB, takyahlah. Sebab tu ifon saya 32GB sebab xbleh pakai sd card. HTC Desire Eye boleh sumbat external memory (sd card) sehingga 128GB. Tapi saya beli setakat 64GB dari IPMART jugak pada harga RM100+. Maknanya pakej smartphone dengan sd card tak sampai RM1800. OK kan? Mmg ok sangat harga mcm ni utk fon ni. Delivery (COD) RM10.00. Kalau pakai credit card ada processing fee. Hmmm mengidam nak pakai iPhone6Plus128GB - ada sesapa nak belanja? RM3700+ pengsannnnn....... baik beli meja makan, semua org boleh pakai haha.

Antara 'benda menarik' dalam fon ni ialah app camera dia - Face Fusion. Memang terbahak2 kitorg gelak tengok hasil 2 muka digabung jadi satu.







Kualiti video juga memuaskan. 

Pastu kalau video chatting, camera selfie tu ada face tracking, kalau ada 4 kepala dia boleh bukak 4 window, pastu masa chatting tu, kalau kita gerak2, camera tu mcm cari muka kita. Bila perlu zoom, camera akan zoom. Tak perlu gerakkan fon pun. Canggih kan? Canggihla sangat hahaha. Macam budak dapat mainan!




OKlah nak tido sejam. Tadi tido 2 jam setengah je tau. Karang nak jemput anak kat sekolah habis aktiviti kawad dia. Sebelum ca alip but, layan dua tiga keping gambar guna camera selfie. Jelas ke tak jelas, anda fikirkan.






I.R.I.

Assalamualaikum.

Lama tak menulis. Hari ni saya tergerak nak menulis sebab nak cerita pasal satu hal. Tajuknyeeee... IRI. Iri tu apa? Ala2 mcm dengki, sama lah tu. Kesahnyeee...


Kita boleh test hati sendiri sama ada kita tergolong di kalangan orang pendengki atau tak. Senang aje. Rajin2 tanya khabar kawan, rajin2 jenguk FB dia, IG dia, apa yang dia upload, apa yang dia 'ter'tunjuk kat media sosial. Kalau kasut brand Charles & Keith atau paling terer pun kasut brand Pedro, PUN kita rasa menyampah.... itu maknanya kita ada masalah IRI. 

Kawan2 suka selfie, ambik gambar kat sudut rumah yang ada piano, atau ternampak tv besar dia, atau ternampak meja makan dia yang harga RM4k, terus kita chop " Nak tunjuk la tu", itu pun menandakan hati kita ada penyakit iri. Tapi kalau meja harga bawah RM1k, TV 32 inci yg skrg melambak macam2 brand ada jual murah2 pada harga mampu milik, sofa display set dengan diskaun 50% pun dah buat hati menyampah, kita memang saja cari pasal, kita memang sakit sangat hati dengan orang itu. Iri sangat, dengki sangat... sampai tertunjuk apa pun hati terus rasa mcm dirobek-robekkk. Terus komen yang menyakitkan hati, terus cari peluang nak cari pasal supaya dapat sakitkan hati kawan tu. Bukan senang nak kenakan dia kan... dapat peluang terus dia kasi kaw-kaw sampai kawan yg dicemburui tu terpaksa block hahahaha.

Sabar la wahai manusia... dah banyak kali cakap dah, yg rezeki tu masing2 punye, Allah dah agih2kan. Kenapa nak dengki2 iri hati dengan apa yang orang lain ada? Rumah dia ada 2 mesin basuh, 2 dryer. Kenapa banyak sangat? Tamak ke? Dalam rumah dia ada 10 orang. Tak cukup 1 mesin. Jahanam mesin kang. Masing2 kemain tukar baju salin baju ikut sedap badan diorang. Pasal tu kena ada 2 mesin. Dryer? Zaman sekarang punya rumah bukan macam kat kampung. Tanah sekangkang kera aje developer kasi. Nak sidai kain kat luar silap2 kena pakai kaki lima milik majlis perbandaran. Takkan nak sidai kat atas tembok? Atas pagar? Nak bukak pagar kena alih baju dulu. Takkan itu pun nak dengki...???? Dryer punya hal? Bukan RM10k pun. 

Awak anak cuma 2. Campur lakibini ada 4 orang. Kalau mintak laki beli 2 mesin, memang nak kena pelangkung la kan. Kalau laki takmo beli dryer pun mesti ada sebab. Satu hari baju sikit je nak basuh. Sidai je la kat belakang tu ada ruang. Lain orang, lain la halnye kannn... paling teruk kalau nak basuh baju pun malas, dikumpul seminggu sekali baru basuh baju, memang la jadi melambak. Itu namanya M.A.L.A.S.

Eh eh rumah dia ada pinano la. Brand Yamaha lagi... pastu tiap2 hari upload video anak main pinano. Menunjuk la tu!!! Alahai... setiap ibu bapa akan mencari yang terbaik untuk anak2. Left right brain.. nak tingkatkan IQ. Paling penting, nak elakkan anak2 daripada terjebak masalah sosial yang membimbangkan.Saya bersyukur sebab dipinjamkan sedikit rezeki untuk hantar anak belajar pinano. Mula2 pakai la keyboard Yamaha second hand yang saya dapat daripada ayah saya. Keluarga saya memang minat muzik. Ayah kandung saya seorang pemuzik. Buat lagu2 sekolah, lagu2 patriotik, buat minus-1, sampai dah pencen ni pun masih lagi dengan muzik. Cuma bukan rezeki saya untuk diperturunkan ilmu muzik dia sebab saya tak pernah tinggal dengan ayah saya kan. Tinggal dengan mak saya dalam keadaan apa adanya saja alhamdulillah (masih cukup makan pakai dan dapat sekolah dan membesar jadi manusia).. namun begitu minat saya terhadap muzik memang sangat tinggi. Tak salah kot kalau saya memilih muzik sebagai aktiviti sampingan anak2 saya. Pinano yg dibeli pun sebab cikgu suruh. Keyboard walaupun canggih hanya 3 bijik dalam Msia pun, masih tak cukup untuk melatih jari utk menghadapi exam ABRSM nanti. Mana datang duit beli pinano? Turun dari langit la... Allah kasi hahahaha. Dengan izin Allah, kalau Dia kata rezeki tu kita punya, entah datang dari langit atau datang dr dalam perut bumi, ia tetap akan datang jugak. Tapi kalau Allah nak ambik balik, dikasinya kita musibah sampai terpaksa jual barang, redha ajelah.

Mungkin hati tu sakit sebab dulu masa muda2 dia pernah dapat semua yang dia nak. Bila dewasa nasib jadi lain. Yg dulu sengkek pakai baju buruk, takde duit tu pulak yang ada life lebih baik dan semakin baik sekarang. Kalau rasa2 nasib makin tak best, kita kenalah renung2 balik. Kira dosa sendiri, kira pahala sendiri. Jangan sibuk kira dosa pahala atau rezeki orang lain. Ataupun cuba kira rezeki sendiri yg dah diberi sejak hari pertama tengok dunia. Banyak ke tak banyak? Masih tak bersyukur, tak taulah nak cakap apa. 

Kalau kita sentiasa mengikut jalan yang betul, bersyukur, selalu bertaubat bila buat dosa, insyaAllah apa saja yg kita lihat, apa saja yang orang dapat yg kita tak dapat atau lambat dapat, takkan jadi masalah utk kita. Rezeki yg nampak sikit tu sebenarnya boleh jadi satu nikmat yg sangat besar. Kalau hidup berumahtangga awak tak semanis dan tak seharmoni org lain, cuba check balik kat mana silapnya. Adakah kita kuat melawan suami? Adakah kita tak taat? Adakah kita kuat merungut? Atau paling teruk kita tak pernah berdoa utk suami kita? Kita mana nak tau apa org buat utk dapatkan rumahtangga bahagia? Mungkin dia seorang yg taat, tak merungut, susah sama susah senang sama senang, rajin kat rumah, selalu menunjukkan muka manis kat suami, selalu bersikap sweet kat suami dia, rajin bangun malam untuk tahajjud dan berdoa agar rumahtangga dia bahagia. Kita tak tau kan? Takkan semua nak cerita/tunjuk? Kan dah dikatakan jodoh kita adalah yg terbaik. Kita yg kena corak rumahtangga kita utk jadi bahagia atau tak. Kalau macam2 benda dah buat tp masih tak bahagia, itu adalah dugaan. Sabar ajelah. 

Jadikan kehidupan org lain yg kita lihat itu sebagai teladan atau sempadan. Yg baik ambik jadi panduan. Jangan jeles2lah. Entah2 kalau tertukar tempat untuk sehari, habis kacau bilau semua sebab kita tak mampu nak menjalani hidup org lain. Nampak macam best tapi pengorbanan yg perlu dikasi? Belum tentu kita mampu nak hadapi. Kan? Mana yg kita tengok macam huru hara tu, jadikan sempadan. Ambik pengajaran. Semua tu Allah saja tunjuk kita sebab kita sebagai manusia ada akal, pandai memilih mana baik mana buruk. 


Akhir sekali, sekali lagi, jangan iri hati dengan rezeki org lain. Kalau masih dengki2 maknanya kita tak redha dengan rezeki yg Allah dah sediakan utk kita.

Wassalam.

Komunikasi Yang Berjaya Dan Hobi

Assalamualaikum.

Rutin harian semakin hari makin membosankan ye tak? Asal hari weekdays (kecuali cuti sekolah), saya akan berkejar ke sana, berkejar ke sini uruskan hal anak dan rumahtangga. Surirumah zaman sekarang tak sama macam dulu. Dulu surirumah hanya urus hal dalaman rumah aje. Paling terer pun suami hantar pegi pasar beli brg dapur. Anak2 pulak pegi sekolah jalan kaki, kalau naik bas tak pernah risau pun, insyaAllah selamat, tuisyen ke, ngaji, anak2 pandai cari jalan sendiri tak perlu berhantar. Kalau keperluan nak dibawak ke sekolah pun tak mintak dibelikan, pandai diorg cari kat bookshop sekolah.

Tapi surirumah zaman sekarang pulak lainnnn.....

Dialah yg mengemas, dialah yg memasak, dialah yg gi pasar, beli keperluan rumah, dialah yang jadi  driver anak2, dialah yang nak check semua bil2 bulanan. Keperluan sekolah punnn nak kena gi carikan kat supermarket. Bookshop takde jual apa pun, buat semak sekolah aje. Suami? Diorng cari duit je. Duit, duit, duit. Lain2 waktu diorang diisi dengan main golf, pegi gym, lepak dengan kawan kat kedai makan cerita bisnes itu, bisnes ini, weekend bangun awal subuh nak gi ride tiba2... bla bla bla... pengsan! Macam cakap hal sendiri aje ye? Hahahahaha.

Hahahaa memang cakap hal sendiri tapi dalam rumahtangga komunikasi tu penting. Tak larat? Bgtau la tak larat. Umur dah 40, memang akan sentiasa sakit sana sini. Tenaga tak sehebat umur 20an 30an dulu. Kalau suami tu memahami, ditambah dengan perbincangan secara lembut dan berhemah, insyaAllah, suami tu akan bantu mana yg boleh. Abg John pun sama. Senang aje nak berbincang. Sekarang pagi2 dialah yang hantar anak ke tadika. Saya hantar kalau abg John outstation aje. Petang kalau dia balik awal, dia tolong jemput anak sekali. Lepas maghrib jemaah tu, dia jugak yg hantar mengaji dan tuisyen. Kalau dia keluar balik, saya akan jemput balik tuisyen. Kalau dia tak keluar, dia jemput atau kami sama2 jemput sambil makan minum kat restoran kat bawah pusat tuisyen. Senang kan? Inilah kuasa komunikasi yang berjaya alhamdulillah. 

Oleh itu uols, kalau berniat nak rumahtangga tu kekal selagi hayat dikandung badan, sama2lah amalkan komunikasi dua hala yang membuahkan hasil yang baik. Jgn komukasi dua hala yang akhirnya mendatangkan gaduh ye.

Oleh kerana perkara di atas yang mendatangkan hasil yang baik serta mendatangkan sedikit lebihan masa, saya mula mencari2 hobi untuk mengisi kebosanan. Rutin harian memang meletihkan tapi paling tak best apabila ia jadi membosankan. Bermula dengan diri sendiri yang dah tukar penampilan, saya kini buang baju2 lama yg dah tak sesuai (recycle sebenarnya) dan gantikan dengan jubah dan dress longgar. Saya perlu banyak baju2 sebegini sebab koleksi saya macam tak cukup utk dipakai setiap hari (kononnya). Tapi bila gi kedai, harga alahaaaiiii... sampai satu hari ni saya pergi Seremban KM Plaza tu, sebab sana ada banyakkkkk baju kurung dan jubah. Harga RM190, RM180, cekik darah! Baik beli je Kafo kat rumah saya tu, jubah baru RM79, ada yg RM99, ada yang RM59 kalau size dah nak habis. Masalahnya kat saya, susah cari size saya. Dengan hati yg berbulu2, saya ajak abg John singgah Nagoya kat Terminal 1, cari kain aje. Biar saya jahit sendiri!

Mula2 hanya selai dua aje saya buat. Hasil memuaskan! Kemudian naik syok pulak, saya beli pulak kat Kamdar IOI Mall. Makin syok! Saya juga mula layan youtube tentang cara jahit, mesin, jarum, dan sebagainya yang berkaitan. Selepas hampir 20 tahun ada kemampuan menjahit baju sendiri, baru sekarang saya tahu cemana nak mengejas mesin jahit tepi saya yg berumur 15 tahun tu. Dulu manjang tak puas hati dengan jahitan dia. Saya dok sangka mesin jahit tepi portable tak sebagus mesin jahit industri mcm mak saya punye yg mak saya dah hantar ke mana tah sejak pencen menjahit. Padahal sama aje! Cuma lagi senang dikendali dan dibawa ke mana2. Jahitan hodoh dulu, dah jadi cantik kini, hanya dengan bantuan Youtube!


Image may be NSFW.
Clik here to view.
inilah mesin 15 tahun yg saya tak pernah hantar servis - jenama Singer, model 14SH654

Image may be NSFW.
Clik here to view.
saja jarakkan sebab nak jimat benang

Image may be NSFW.
Clik here to view.
ni normal stitch 3 benang
Dulu zaman mula2 menjahit mana ada layan Youtube2 ni. Smartphone pun belum wujud lagi. Ada handphone botol air tu aje. Bila handphone dah semakin kecik pun, saya tak pernah nak google pasal jahit menjahit. Zaman tu tak semua orang ada digital camera dan rajin upload mengupload kan... internet hanya untuk cari info2 yg 'perlu' aje. Model mesin saya pun (14SH654) hanya ada beberapa post aje kat Youtube tapi ia sangat membantu saya mendapatkan hasil jahitan tepi yang baik.

Mesin jahit biasa pulak - mesin yg mak saya kasi. Mesin ni jenama Lux Royal. Dulu Electrolux. Brg2 Electrolux dulu terkenal sebagai brg mahal gila2. Hanya org kaya aje mampu beli kot. Tapi sekarang Electrolux dah jadi satu jenama mampu milik. Electrolux baru dah jadi Lux Royal. Tapi itu kira2 20 tahun dulu. Mesin mak saya ni ada 30 corak jahitan dihujung jari termasuk nak buat lubang butang. Harga rasanya dekat2 RM6k. Bayar ansuran. Saya jarang guna corak2 jahitan yg ada kecuali jahitan lurus lalu saya berhasrat nak belajar ttg fungsi lain2. Saya cari Youtube mampos tak jumpa pasal mesin Lux ni adoiiiiii!!!!!!! Google punye Google, baru dapat tahun Lux dah tukar jadi BÖNDAL pulakkkkkk..... hadoiyaiiiii asyik tukaaaarrrr aje. Nasiblah pusat servis masih ada kat Glenmarie sana. Kedua2 mesin perlu dihantar servis lepas raya nanti.




Ruang menjahit saya sekarang dah lebih selesa. Sejak mengakui hobi baru saya ni, saya pun mula kemas ruang family tingkat atas rumah saya untuk memastikan saya selesa menjahit. Sebelum ni situlah tempat kerja abg John, situlah tempat buat homework anak saya. Kini saya jadikan ruang atas ni hanya utk saya menjahit. Komputer dan printer dah dialihkan hahaha. Sambil jahit sambil layan Astro hokey.....



Google, google, google... cari lagi macam2 info. Baru saya tahu yg manjahit ni kena pandai pilih jarum! Patutlah kadang2 jarum saya patah atau bengkok. Rupanya salah jarum. Bermula dengan kain lycra yg tak lut dek jarum mesin saya, saya mula cari info. Rupanya kain lycra kena cari jarum khas. Kalau brand Singer kena cari jarum emas. Kedai yg selalu saya pergi takde jual. Korek2 dalam mesin, jumpa sebatang mak saya punye. Tapi 1 mana cukup. Kena beli spare. Tu yg terjumpa satu webstore. www.epalstore.com.my





Saya pun beli la jarum yg sesuai, untuk lycra, silk, chiffon dan jeans. Senang beli je semua. Tapi jenama Schmetz ni agak mahal. Ada 5 batang aje berbanding Singer ada 10 batang 1 set. Tapi inilah jarum yg mak saya pakai. Dah berbelas tahun masih elok tajam, selagi tak patah selagi tu boleh pakai.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
siap2 label dengan marker kat luar kotak


Sekarang kerja menjahit tambah seronok. Dalam masa kira2 dua minggu lebih saya dah buat 6 - 7 pasang jubah sendiri, 1 baju melayu. Dan beberapa kain menyusul utk baju raya anak2 saya. Dan ada jugak 2 pasang kurung pesak gantung yg kawan saya mintak jahitkan sebab kedai dah tak terima. Ambil tempahan? Mungkin bukan sekarang. Nak jahit baju sendiri ajelah. 

Lepas ni saya bercita2 nak beli mesin jahit tepi halus untuk tudung pulak. Dan sebuah lagi mesin jahit biasa untuk spare. Dua mesin yg ada ni nak kena masuk ward, servis kasi tip top. Baru seronok hari2 saya sekarang. Ada aje projek menjahit yg saya nak buat. Kalau tidak memang tension bila dgr abg John gi main golf la, gi gym la, gi ride la... kita nak berhobi pun takde masa hahahaha.

Ok uols..... selamat mencari hobi baru kepada yg takde hobi ye. Jgn bebankan diri sangat. 

Wassalam.




Mesin Oh Mesin

Assalamualaikum.

Sejak hobi menjahit ni, tangan ni gatal betul sentiasa nak menjahit. Tapi masalahnya sekarang, menjahit baju sendiri memang seronok tp menjahit baju orang lain kurang seronok keh keh keh.

Selain itu, saya sentiasa layan youtube mencari tips berkaitan jahit menjahit ni. Itu yg sekarang terdegik2 nak beli mesin jahit baru - satu mesin jahit tepi halus, dan satu lagi mesin coverstitch. Mesin jahit tepi halus khusus untuk tepi shawl atau tudung, mesin coverstitch biasa kita guna kat hujung tshirt atau hujung tudung lycra berawning atau syria. 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
gambar dari the curious kiwi
Hari2 cari pengedar mesin yang kasi offer paling best. Ada rezeki sok, nak sambar insyaAllah.

Antara pengedar murah berdiskaun ialah:

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Brother 2340CV Coverstitch Machine


Singer ada jugak mesin ni tapi lebih mahal sebab lebih canggih. 3 jarum dengan 5 benang kalau tak salah saya. Harga RM2k+++



Image may be NSFW.
Clik here to view.
mesin jahit tepi halus Brother M3034D



Bahagia betul kalau dapat dua2 mesin ni. Tunggu mana2 fund kalau ada tiba2 masuk, kan? Haish... tak sabar betul....

Saya dapat tips daripada tukang jahit berpengalaman, jangan beli mesin yg ada banyak function terutama yg share function jahit tepi dengan coverstitch sebab leceh nak kena tukar settinglah, tukar tapaklah, bukak pisaulah.. nanti menyakitkan hati. Sediakan mesin khas untuk satu2 function. Saya berhasrat menjahit sendiri tudung, jubah, baju melayu keluarga saya. Oleh itu takde masalah kalau nak ada 4 mesin dalam satu masa. Kan? Kan? Kan?


Untung Dan Nasib

Assalamualaikum.

Post hari ni sangat pendek.

Rajin2lah mendengar masalah orang lain, barulah kita akan sedar betapa beruntungnya kita selama ini.

Wassalam....

FM PERFUMES For Ladies & Men


Assalamualaikum.

Raya dah dekat, takkan beli baju je kot? Perfume takmo tukar? FM Perfumes sekarang ada offer untuk raya. Dulu saya mmg hantu beli perfume. Fikir2 balik, kemain lagi mak jemah ni membazir ye. Lalu kini saya setia kepada yang satu. FM Perfumes. Kenapa mesti bayar beratus-ratus untuk haruman yg sama? Bau sama, quality sama, malah FM Perfumes lebih pekat dan concentrated! Harga? MURAHHHHHH........ kenapa ia murah? Tak pakai ARTIS terkenal untuk promosi. Uols taulah kan, nak buat iklan kena bayar juta2 kat artis nun. Ingat JLO terima USD10k je untuk iklan perfume? Sorryyyy.... takde enam kali kosong, selamat tinggal ajelah kan. Oleh itu kalau jual, mesti kena huntung 10 kali ganda. Sebab tu harga perfume branded ni sangat mahal.

OK meh tengok harga baru FM Perfume lepas GST.  Tengok tulisan merah ye. Pastu nak tau inspired perfume designer brand apa, sila lihat caption kat bawah gambar.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
FM291 Parfum 50ml Emporio Armani Diamond Instense
FM292 Parfum 50ml Escada Ocean Lounge
FM297 French Collection (with pump)  Hugo Boss Orange Women Parfum 50ml
FM313 French Collection (with pump) Paco Rabanne Lady Million Parfum 50ml
FM283 EDP 100ml Paris Hilton Can Can
FM351 Parfum 50ml Burberry Body


Image may be NSFW.
Clik here to view.
FM321 EDP 100ml Jennifer Lopez Live Luxe
FM320 EDP 100ml YSL Parisienne
FM296 Parfum 50ml Versace Versense
FM317 Parfum 50ml Gucci Guilty
FM298 Parfum 50ml Gucci Flora
FM303 Parfum 50ml Naomi Campbell Cat Deluxe Night


Image may be NSFW.
Clik here to view.
FM323 EDP 100ml Masaki Matsushima - Mat Femme
FM147 EDP 50ml Dolce & Gabbana - The One
FM74 Parfum 50ml Ylang Ylang by Ylang Ylang
FM354 Parfum 50ml Masaki Matsushima - Shiro
FM353 Parfum 50ml Kilian Love Don't Be Shy
FM355 Parfum 50ml Trussardi - Donna

Image may be NSFW.
Clik here to view.

FM319 30ml Parfum Thierry Mugler Womanity
FM305 50ml parfum  Nina Ricci Ricci Ricci
FM306 50ml parfum Giorgio Armani Idole D Armani
FM356 Diane Von Furstenberg 30ml parfum 
FM318 Giorgio Armani Aqcua Di Gioia 50ml parfum
FM281 Escada Moon Sparkle 30ml parfum
Image may be NSFW.
Clik here to view.
FM308 Cacharel Scarlet 50ml parfum
FM309 Dior Escale A Pondichery 50ml parfum 
FM289 Lancome Magnifique 50ml parfum
FM162 Narciso Rodriquez 50ml parfum
FM293 Cacharel Amor Amor Tentation 50 ml parfum
FM286 Dior Midnight Poison 50ml parfum

Image may be NSFW.
Clik here to view.
  • FM352 Ellie Saab Le Parfum 50ml parfum 
  • Pheromone 18F Chanel Coco Mademoiseille
  • Pheromone Collection 23F Cacharel Amor Amor
  • Pheromone Collection 33F D&G Light Blue
  • Pheromone Collection 81F DKNY Be Delicious
  • Pheromone Collection 97F Gucci Rush 2
  • Classic Collection sila refer bawah



*** Pheromone adalah perfume daya tarik. Siapa pakai senang cari jodoh atau senang dapat client hahahaha
  • Pheromone 18F Chanel Coco Mademoiseille
  • Pheromone Collection 23F Cacharel Amor Amor
  • Pheromone Collection 33F D&G Light Blue
  • Pheromone Collection 81F DKNY Be Delicious
  • Pheromone Collection 97F Gucci Rush 2


FM Perfume; For her: Luxury / French / Rainbow / Crystal Collection

  • FM356 Diane Von Furstenberg 30ml parfum
  • FM281 Escada Moon Sparkle 30ml parfum
  • Fm318 Giorgio Armani Aqua Di Gioia 50ml parfum
  • FM291 Parfum 50ml Emporio Armani Diamond Instense
  • FM310 Parfum 50ml Guerlain Idyll
  • FM292 Parfum 50ml Escada Ocean Lounge
  • FM297 French Collection (with pump)  Hugo Boss Orange Women Parfum 50ml
  • FM313 French Collection (with pump) Paco Rabanne Lady Million Parfum 50ml
  • FM283 EDP 100ml Paris Hilton Can Can
  • FM351 Parfum 50ml Burberry Body
  • FM321 EDP 100ml Jennifer Lopez Live Luxe
  • FM320 EDP 100ml YSL Parisienne
  • FM296 Parfum 50ml Versace Versense
  • FM317 Parfum 50ml Gucci Guilty
  • FM298 Parfum 50ml Gucci Flora
  • FM303 Parfum 50ml Naomi Campbell Cat Deluxe Night
  • FM323 EDP 100ml Masaki Matsushima - Mat Femme
  • FM147 EDP 50ml Dolce & Gabbana - The One
  • FM74 Parfum 50ml Ylang Ylang by Ylang Ylang
  • FM354 Parfum 50ml Masaki Matsushima - Shiro
  • FM353 Parfum 50ml Kilian Love Don't Be Shy
  • FM355 Parfum 50ml Trussardi - Donna
  • FM319 30ml Parfum Thierry Mugler Womanity
  • FM305 50ml parfum  Nina Ricci Ricci Ricci
  • FM306 50ml parfum Giorgio Armani Idole D Armani
  • FM356 Diane Von Furstenberg 30ml parfum 
  • FM318 Giorgio Armani Aqcua Di Gioia 50ml parfum
  • FM281 Escada Moon Sparkle 30ml parfum
  • FM308 Cacharel Scarlet 50ml parfum
  • FM309 Dior Escale A Pondichery 50ml parfum 
  • FM289 Lancome Magnifique 50ml parfum
  • FM162 Narciso Rodriquez 50ml parfum
  • FM293 Cacharel Amor Amor Tentation 50 ml parfum
  • FM286 Dior Midnight Poison 50ml parfum
  • FM352 Ellie Saab Le Parfum 50ml parfum 
  • Pheromone 18F Chanel Coco Mademoiseille
  • Pheromone Collection 23F Cacharel Amor Amor
  • Pheromone Collection 33F D&G Light Blue
  • Pheromone Collection 81F DKNY Be Delicious
  • Pheromone Collection 97F Gucci Rush 2
******************************************


CLASSIC COLLECTION : 50ML EDP  RM 72.00 

  • FM25 Hugo Boss Hugo Woman
  • FM239 Burberry The Beat
  • FM264 Tommy Hilfiger Dreaming
  • FM81 Be Delicious DKNY
  • FM234 Estee Lauder Pure White Linen
  • FM34 Chanel Chance
  • FM257 Burberry London
  • FM32 Thierry Mugler Angel
  • FM286 Dior Midnight Poison
  • FM18 Chanel Coco Mademoiselle
  • FM80 Miss Dior Cherie
  • FM7 Giorgio Armani Aqua Di Gio
  • FM232 Estee Lauder Pleasures
  • FM5 Gucci Rush
  • FM12 Lancome Hypnose
  • FM6 Elizabeth Arden Green Tea
  • FM33 D&G Light Blue
  • FM315 Clinique Happy
  • FM101 Giorgio Armani Armani Code
  • FM180 Emporio Armani Diamonds
  • FM23 Cacharel Amor Amor
  • FM174 Lancome Miracle
  • FM97 Gucci Rush 2
  • FM125 Nina Ricci - Nina
  • FM237 Christina Aguilera 
  • FM10 DIOR J'adore
  • FM17 Paris Hilton
  • FM253 Escada Magnetism
  • FM21 Chanel No 5
  • FM132 Versace Crystal Noir
  • FM261 Issey Miyake L'Ea D'Issey
  
PERFUMES FOR MEN:

 Classic: RM72.00
  • FM57 Lacoste Pour Home
  • FM60 GA Emporio City Glam
  • FM83 Bvlgari Pour Homme Soir
  • FM110 JPG LA Male
  • FM188 Kenzo Tokyo
  • FM56 CD Farenheight
  • FM66 Giorgio Armani Attitude
  • FM226 Hugo Boss Boss Pure
  • FM64 Giorgio Armani Black Code
  • FM68 Dolce & Gabbana Men
  • FM208 Givenchy Play
  • FM43 Hugo boss Hugo energise
  • FM222 Lanvin L'Homme Sport
  • FM225 Lacoste Challenge
  • FM134 Giorgio Armani Aqua do Gio
  • FM135 Bvlgari Aqua Pour Homme
  • FM316 CK One
  • FM140 Giorgio Armani Emporio Remix
  • FM210 Hugo Boss XY Hugo
  • FM52 Hugo Boss Boss
  • FM224 Paco Rabanne Black XS
  • FM314 Davidoff Cool Water Game
  • FM189 Diesel Fuel For Life


LUXURY Collection RM98.50 :




  • FM325;  EDP 100ML Biotherm Homme Force
  • FM199;  EDP 100ML Paco Rabanne 1 Million
  • FM301;  EDP 100ML Diesel Only The Brave
  • FM329;  EDP 100ML Hugo Boss Soul
  • FM327;  EDP 100ML Chanel Bleu De Chanel
  • FM328;  EDP 100ML D&G The One Gentlemen
  • FM326;  EDP 100ML Hugo Boss Boss Bottled Night
  • FM195;  EDP 100ML Dolce & Gabbana The One Men
  • FM169;  EDP 100ML Dolce & Gabbana Light Blue Pour Homme
  • FM331;  EDP 100ML Shiseido Zen
  • FM155;  EDP 100ML Prada Pour Homme

 Luxury Collection RM103.00
  • FM330;  EDP 100ML Frederic Malle L'eau D'Hiver RM103.00
  • FM300;  PARFUM 50ML Christian Dior Homme sport RM103.00





 Crystal Collection, RM111.30
  • FM 302;  EDP 100ML Serge Lutens Ambre Sultan RM111.30

Pheromone Collection: RM82.60

Image may be NSFW.
Clik here to view.
  • FM52 Hugo Boss BOSS
  • FM56F CD Farenheight
  • FM110F JPG La Male
  • FM134F Giorgio Armani Aqcua Di Gio


*** Untuk mengesahkan bahawa saya adalah pengedar sah FM Cosmetics, boleh whatsapp saya di +60186676734. Bukan apa, skrg ni banyak sangat org tipu2 duit org bila meniaga online. Saya tak mahu pelanggan saya merasa was-was dengan perkhidmatan saya insyaAllah.

Berminat sila whatsapp ye. Penghantaran dalam masa 1 minggu. 
Postage flat rate RM8.00 (SM)/ RM10 (SS)

+60186676734 LYA

Koleksi Dress Muslimah Murah Untuk Raya 2015

Assalamualaikum.

Tinggal kurang sebulan lagi, Ramadhan akan kunjung tiba. Saya yakin masing-masing sibuk mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani dalam menyambut Ramadhan nanti. Biasanya masuk bulan Syaaban, kita mula meningkatkan amalan, memperbanyakkan puasa sunat, membaca Al-Quran dan belajar2 la solat sunat banyak2 supaya nanti bulan Ramadhan amalan-amalan tersebut jadi mudah untuk kita memandangkan pahala dan kebajikan yang dijanjikan Allah swt adalah berlipat kali ganda insyaAllah.


Seperti yang kita semua tahu, hari raya kita disunatkan untuk memakai pakaian yang indah2, yang istimewa. Masih ingat lagi tahun pertama kami berhari raya tanpa bapa mertua, mood raya memang tak ada. Tapi abg John kata, tuan guru berpesan supaya memakai pakaian istimewa jugak, jangan tidak. Walau sambutan kurang sikit, masak pun macam ada tak ada aje, kami masih berbaju baru.

Kalau 5 tahun lepas, asal raya mesti nak cari baju kurung. Sebenarnya saya ada masalah sikit nak cari baju sebab saya bukan 'kaki pusing satu KL' mencari baju raya. Kalau 1 tempat tu saya dah pergi, saya akan pastikan semua 7 anak beranak punya baju dan kasut setel dibeli di satu tempat, dalam masa 2 - 3 jam sahaja. Tak kuasa nak buang waktu, lebih baik balik rumah daripada merayau tak reti-reti nak balik. 

Sejak beberapa tahun ni, membeli baju raya bukan masalah lagi buat saya. Tak payah bazir waktu, bazir duit petrol, tol, parking, hanya untuk mencari baju raya yang belum tentu berkenan di hati. ONLINE kan ada????? Dewasa kini, ramai wanita mula bersikap terbuka daam memilih baju raya. Bukan terhad kepada baju kurung saja, dengan bermulanya revolusi fesyen yang semakin berkembang terutamanya fesyen muslimah di Malaysia, jubah moden dan dress muslimah kini menjadi pakaian alternative kepada ramai wanita.

ZAWARA, ZALIA, Luxe By Ethnic Chic merupakan jenama yang sangat-sangat menepati selera muslimah Malaysia kini. Paling best, pereka-pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Nurita Harith, Rizalman, Jovian Mandagie dan Syaiful Baharim turut sama memperkenalkan koleksi raya saban tahun. Koleksi baru mereka memang sangat dinanti-nantikan. 




Sekarang ni semakin ramai yang peka dengan perkembangan fesyen muslimah dan permintaan yg tinggi terutamanya di bandar-bandar besar. Koleksi Dress Muslimah online ni tidak terhad digunakan untuk musim raya aje, malah sesuai juga ke pejabat mahupun untuk bersantai hujung minggu.





Selain rekaan khas untuk wanita berhijab - longgar dan labuh, Koleksi Dress Muslimah online juga ditawarkan pada harga yang berpatutan. Serious cakap, sebagai penshopping yang dah banyak shopping kat sini, harga2 dress Muslimah ni memang sangat mampu milik. Jahitannya kemas, materialnya bagus. Berbaloi sangat. Baru-baru ni saja jalan2 cari jubah, bukan hanya tak berkenan tapi harganya juga membantutkan keinginan. Frust I....





Hmm... saya dah siapkan koleksi raya saya. Uols? Kalau belum apa kata consider sepasang dua Muslimah Murah Online untuk raya nanti?


Mesin Baru!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ada sedikit rezeki untuk saya beli mesin baru. Mesin yg saya idamkan, kini jadi milik saya. Terima kasih abg John sebab sponsor RM700 utk mesin ni. Kini, menjahit hujung tudung, hujung lengan, hujung itu dan hujung ini menjadi lebih mudah.

Dalam banyak2 supplier, saya memilih Lazada Malaysia. Memang harga di situ paling rendah berbanding tempat lain. Supplier yg men-supply pulak ialah LSN. Kat website LSN sendiri harga tak serendah yang diorang kasi kat Lazada. Mungkin sebab ini dropship aje, hantar dan tinggal, tak perlu nak tunjuk2 cara guna mesin, maka harganya dah tolak servis kot. 






Image may be NSFW.
Clik here to view.
Brother 3034D Overlock Machine


Walaupun beli tanpa ada yang tunjuk cara pakai dan setting, saya ok aje sebab sebelum beli mesin ni, saya dah kumpul seberapa banyak maklumat daripada internet termasuk Youtube. VCD Manual yang diorang sertakan pun sebenarnya sama aje dengan apa yang ada kat youtube. Untung jugak sebab saya dah biasa guna mesin jahit tepi (serger - mat salleh kata) Singer yang saya dah guna lebih kurang 15 tahun tu. Lebih kurang aje settingnya. Foot pressure, thread tension, width, semua tu antara term yang dah biasa dengar. 

OH lupa nak bgtau, saya order hari Ahad malam, Isnin diorang proses dan kurier, Selasa sampai. Siap ada tracking info. Nak gi layan Insidious Chapter 3 kensel hari ni kikikiki. Pospon la hari lain ye anak-anak. Mommy nak layan mesin baru.

Setting mesin ni senang aje alhamdulillah. Dah ada siap2 empat lembar benang yang tersedia untuk disambung dengan benang saya sendiri. Tak perlu la nak pasang benang selai2 ikut manual. Saya cuma sambung setiap satu benang tersebut dengan benang saya, pastu tarik. Terus jadi. Pastu saya tanggalkan jarum ke 2, tanggalkan stitch finger, set ke roll hem setting dan terus siap untuk jahitan tepi halus. Senang je bunyik dia kan? Ha Ha.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
unboxing

Image may be NSFW.
Clik here to view.
taraaaaa.....

Image may be NSFW.
Clik here to view.
antara isi kandungan

Image may be NSFW.
Clik here to view.
baaa..chak! Nampak tak ada benang kat atas mesin? Benang tu la yg perlu disambung nanti dengan benang saya sendiri. Pastu tarik. 

Cantik mesin nih. Teringat mesin jahit tepi Singer saya yang dulu pun putih melepak, sekarang dah kuning dah. Tapi masih berjasa sampai sekarang. Mesin tu tetap digunakan untuk jahit tepi biasa. Yg baru ni khas untuk jahit tepi halus aje. Tak kuasa nak tukar2 setting aih... (walau senang aje tak renyah mana pun).

Pastu... bermula la urusan menyiapkan tempat mesin baru ni. Ruang menjahit saya bukan luas sangat.  Kena kemas dan sediakan tempat baru. Saya pun meneliti setiap barang dalam rumah, memang ada yg jadi mangsa nanti ni.

Satu perangai saya memang suka alih2 barang dan suka tukar2 pakai brg/perabot dalam rumah utk tujuan berbeza. Ikut situasilah. Kali ni meja konsol yg saya guna untuk letak supplements kat ruang makan tu, saya kemas dan bawak ke ruang jahit. Kebaikannya ialah, berkurangnya ruang utk orang2 meletak barang sampai sepah. Dan kebaikan satu lagi, berkurangnya habuk yang terperangkap di ruang makan dan ruang menjahit sebab bila alih barang, confirm kena sapu dan lap.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
cantiknye lahaaaiiii.... bunyik dia pun... menusuk kalbu!



Image may be NSFW.
Clik here to view.
jahitan biasa

Image may be NSFW.
Clik here to view.
3 benang aje. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni yg saya nak. Halus.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
ada ruang simpan aksesori

Org tua2 kata, selalu2lah mengalih brg dalam rumah supaya takde jin bermastautin di perabot yang tidak pernah dialih. Huhuhuhuhu.....

Selalu2lah alih brg ye, elok jugak supaya rumah jadi dust free. Sejak saya rajin menjahit ni, cicak pun tak berani tunjuk muka dah. Kalau tidak, memang jadi sarang diorg kat ruang ni. Sakit hati tengok najis dia.

ALhamdulillah, lepas ni harap2 makin rajinlah. Baju tidur Cik Rai pun, semalam potong, hari ni siap dah. Namun kerja rumah dan rutin harian tetap tak boleh tinggal. Semua mesti kasi jalan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
amboi kemain lagi dia posing

Image may be NSFW.
Clik here to view.
happy sangat dapat baju tidur Frozen.
Happy sangat cik Rai dpt baju tidur Frozen. Tapi sebab dah berbelas tahun tak jahit gown budak, (kali terakhir bila saya menjahit untuk Karyaneka, jahit gown budak2 dengan kain corak batik yang diorg supply) ada sedikit pembetulan yg perlu dibuat untuk baju seterusnya. Biasalah, baju budak mana sama ukuran dengan org tua. Jatuh bahunya, lekuk lehernya... jenuh jugak. Ropol sana, ropol sini, mencabar kesabaran hehehe.

okbaibai.


Cuti Sekolah Kali Ini

Assalamualaikum.

Dah lebih seminggu beli kain untuk baju raya anak beranak. Baru hari ni dapat pegang. Banyak benar urusan rumahtangga yang jadi keutamaan. Riadah anak2 pun kena ambik kira. Percutian tak dirancang (cuti bidan terjun) juga menangguhkan projek menjahit. Kami ke Rantau Panjang satu malam, pastu turun balik ke Kuala Kangsar cari mana2 tempat yang boleh sambung cuti untuk satu malam lagi. Itu yg sampai ke Syamille Agrofarm tu.. 

Kat Rantau Panjang menghantar orang menikah, sempat la tinjau2 kedai2 dia, namun hanya satu kedai yg menarik perhatian, iaitu kedai jual tudung sebelah masjid Beijing, tudung instant dia murah2 belaka, RM18 sehelai. Beli lebih2 saya dapat RM13. Berbaloi betul! Kat FB saya tengok ada yg jual RM25, ada jugak RM40+ tengok material. 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
masjid Beijing

Image may be NSFW.
Clik here to view.
try antara tudung2 instant murah. Tak gosok, kurang la cun dia. Dah gosok baru cun.


Kat Rantau Panjang wifi hotel (Zainun Palace) sangat selow. Hotelnya boleh tahan. Bilik besar muat semua anak beranak. Line (mobile data) umobile pun mengecewakan. Digi langsung tak dapat data. Boleh call in and out aje. Internet umobile kadang2 kalau beruntung, dapat la whatsapp. Celcom abg John cemerlang. Malam2 kitorg pakat mintak hotspot abg John. Entah berapa bil dia nanti he he he.

Satu malam aje kat situ, selesai majlis nikah kami terus turun ke Kuala Kangsar. Perlis, Penang, takde hotel yg available. Penuh semua. Cari pulaklah mana2 tempat holiday lain yg agak berbeza dari kebiasaan kami. Terjumpa Syamille Agrofarm Resort. Bercuti dalam hutan. Biliknya muat kami anak beranak, takde ekon okay. Kipas mencukupi. Nyamuk mengkenduri kami. Besar besar nyamuk dia. Nak tampar pun tak berani kih kih kih. Abg John tak kasi tampar. Dia kata, kita datang tempat dia, kita pulak nak tampar dia? 

Ada rusa, ada ikan, ada anak sungai. Wifi hanya kat restoran. Line internet Umobile dan Celcom keput, tapi Digi saya cemerlang yehaaaaaa......! Anak2 tension jugak sebab takde wifi. Saya tak kasi hotspot saya sebab saya punye prepaid. Jadi diorang terpaksa enjoy dan menikmati alam semulajadi. Main kejar2 dan main kat sungai. Seronok jugak. Asyik terjun swimming pool aje!



Image may be NSFW.
Clik here to view.
takde baju sesuai sebab tak rancang nak mandi sungai. Saya pinjam kemeja abg John heeeeee...

Image may be NSFW.
Clik here to view.
pokok pisang, durian, nangka, semua ada.


Besoknya, kami check out dan bersiap untuk pulang. Tapi kami sempat singgah Seri Iskandar, melawat kawan lama sekolah rendah. Hari tu dia datang KL, kami sempat jumpa dan minum petang. Kali ni apa salahnya membalas kunjungan, dapat jugak tumpang solat dan makan tengah hari. Alhamdulillah rezeki.

Begitu sajalah percutian singkat cuti sekolah kali ni. Tiada percutian mewah2. Hanya menikmati apa adanya.

OKBAIBAI.
Viewing all 514 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>