Assalamualaikum.
John pernah kata, saya ni perlu ditolak baru akan bergerak. 'Ditolak' maknanya ada desakan baru nak buat sesuatu. Ye ke? Entahlah. Apa yg saya tau, bulan2 pertama di Elken, takde siapa pun yang mendesak saya. Saya cuma set target dan capai. Saya happy buat orang jadi cantik, happy dapat duit bersama2 downline yang juga ada set target macam saya.
Bulan ke 3 di Elken saya naik jadi Ruby Manager. Dah rasa lega sebab saya dah layak dapatkan tiket pelancongan ke Korea. Saya cuma perlu maintain 2 manager di bawah saya selama 6 bulan untuk dapatkan 2 tiket (suami dan isteri) secara percuma. Dengan tenaga yang saya ada, dan aktiviti anak2 setiap hari, insyaAllah saya boleh maintain.
Bila saya dah layak sebagai RM, John dapat tahu tentang pelancongan ke Spain tetapi mesti capai Crown Manager paling lambat pada bulan ni (SV5). Jadi, dia beriya nak capai CCM sebab kalau tengok pada pencapaian kami dan downline yg nak fight naik manager memang ada harapan. Jadi kami pun target untuk melonjak daripada Ruby terus ke Crown Manager (lompat Emerald dan Diamond). Awal2 perancangan memang ok. Lepas sorang, sorang kami dapat bantu untuk naik manager dan maintain point sebagai manager.
Masuk minggu ke 2 cabaran mula datang. Dalam grup saya hanya saya dan AF yg ada sample bag. Downline lain belum dapat lagi nak labur sample bag, jadi diorang hanya bergantung kepada saya dan upline saya Cath. Tapi masalahnya Cath juga dah ramai yg booking dia. Saya takde upline lain. Cuma Cath sorang. Saya tak boleh minta AF bantu saya kecuali dia bantu downline dia aje. Sideline tak boleh. Dah menyalahi sistem Elken. Oleh itu, apa yg saya buat, saya kerah tenaga saya tak kira masa, saya turutkan aje bila ada yg nak minta saya bantu fitting. Kadang2 saya tak sempat makanpun. Waktu saya patut berehat holiday pun saya kena panggil fitting orang, waktu orang santai2 hujung minggu pun saya keluar seret sample bag. Pendek kata, saya bagaikan takde cuti, saya cuma bekerja round the clock semata2 nak kejar CROWN MANAGER.
Saya ikhlas bekerja tetapi sekali sekala saya harap sangat bila waktu saya nak luangkan masa dan spend untuk diri sendiri, saya harap ia akan berlaku dengan smooth. Tapi apabila tiba waktu, saya rasa saya tidak diendahkan. Keinginan saya tak dilayan. Saya ditolak ke tepi, saya bagai satu objek yang tak penting untuk dibelai mahupun dijaga. Saya cuma alat untuk kebahagiaan orang lain. Nak makan ikut tekak pun takde yang endah. Penat lelah saya seharian, bila balik saya akan makan nasi goreng masakan cikmed yang baru belajar masak tu. Sedangkan dalam grup Whatsapp kawan sekolah, hari2 diorang upload gambar makanan yg sedap2 mewah2 padahal masing2 bekerja ikut time tetap tak macam saya, kerja macam nak mamp. Ternyata mereka lebih mewah hidup daripada saya. Sempat bercuti ke pantai, ke sana sini waktu cuti sekolah tapi saya? Inilah yg saya kena buat setiap hari macam takde kesudahan.
Kadang2 terfikir apa yang saya kejar sedangkan saya sebenarnya dah lapang hidup semua benda cukup? Tapi sebagai housewife orang tak berapa nak hormat saya kerana saya tiada kerjaya. Semuanya anggap saya cuma menadah tangan meminta suami menyediakan semua. Saya nak lari daripada tanggapan itu. Saya nak dihormati. Saya nak merasa adanya achievement dalam hidup. Dan inilah harga yang perlu saya bayar. Walau berkali2 upline kata saya boleh capai CCM bulan ni, kadang2 saya rasa saya tak berdaya. Kalaulah John boleh bantu fitting orang, mmg dah lama saya suruh dia ganti2 tempat saya. Tapi kerja fitting hanya milik pompuan. Jadi John cuma perlu bagi arahan ajelah sebagai mandur. So far water filter RO tak pernah kami jual lagi. Kami hanya concerntrate kat DX. Kalaulah John ambil peluang jual RO agaknya terbahagi sikit kerja saya, tak perlu kejarkan fitting aje hari2.
Saya boleh bgtau upline saya nak berhenti berehat. Takde yang akan terjejas pun. Tapi downline saya akan terjejas. Jadi saya akan terus bantu selagi terdaya. Cuma saya sangat berharap downline saya faham yang upline hanya bagi guidance. Downline mesti sediakan alat bantuan, AEON forms, member forms, dan belajar cara fitting, filing dan closing. Dan tidak berharap upline akan selalu drive bawak kereta, jemput dan hantar. Ini adalah usaha bersama. Kalau kita bahagi2 tugas pasti lebih smooth. Ingat - Elken adalah bisnes MLM yang adil. Bukan sistem pyramid yang bagi lebih duit kepada orang yang di atas. Oleh itu downline kena cepat2 berdikari, dapatkan alat bantuan secepat mungkin. Lambat berdikari, lambatlah berjaya.
Sekian, doakan saya lebih bertenaga bagai Superman. InsyaAllah selagi ada daya dan upaya saya akan kejar mana yang boleh.