Assalamualaikum.
Cuti sekolah tapi kami bizi. Cuti 2 minggu tapi kejar sana kejar sini, bantu downline fitting, fitting, fitting... anak2 punya waktu cuti hsmpir dilupakan. Last week ke JB tak dapat nak layan anak2 mandi swimming pool atau apapun. Betul2 ke sana untuk fitting orang dan John pulak memang ada program. Kasihan anak-anak... mami dan abah sibuk kerja. Terasa bersalah pulak.
Nak atau tak, minggu ke 2 cuti sekolah, kami dah tetapkan sama ada hari Rabu atau Khamis kami mesti bawa anak-anak bercuti dan layan diorang sepuas-puasnya. Destinasi kali ini ialah Penang. Lama tak ke Penang tapi atas rekomendasi seorang kawan, Parkroyal Penang menjadi pilihan kali ini. Kami bertolak lambat sebab sebab bertolak saya diminta downline untuk fitting 3 orang lagi di Putrajaya. Petang 5pm baru selesai. Lps 5pm jugak baru saya sempat lunch. Dan kami tiba di Parkroyal pada jam 2 pagi.
Ini kali pertama kami menginap kat hotel tu. First impression memang sangat positif. Masuk bilik hotel, lagi la rasa best. Ini antara hotel terbaik untuk kami. Keesokan harinya lagi best. Pemandangan dari dalam bilik melihat ke luar pun sangat best. Walau di tingkat 2, kami bagai ada taman sendiri. Boleh lepak2 minum kopi sambil rasa angin laut bertiup.
![]() |
luar bilik |
Memang sepanjang short trip ni, kitorang tak ke mana-mana kecuali menikmati semua yang disediakan kat hotel. Memang berbaloi. Ada pantai, ada swimming pool, ada slide mcm waterpark tu, ada buffet dinner dengan pemandangan matahari tenggelam, ada staff hotel yang ramah dan sangat membantu. Pendek kata semuanya bestlah.
Sebenarnya masa ke sini, hampir semua anak saya demam kemungkinan panas melampau beberapa hari ni. Tapi sebab dah janji, kami teruskan percutian. Saya bekalkan supplement Elken seperti spirulina dan Kington termasuk ubat dari klinik. Satu hari saya sumbat 6 ampule Kington sampai habislah satu kotak Kington yang saya bawa. Alhamdulillah walau demam on off, masa berendam kat pool semuanya sihat walafiat. Dalam masa 2 hari semuanya nampak sihat takde melarat pun. Memang sejak saya sumbat Kington kalau anak-anak demam, saya takde masalah macam dulu, demam berpanjangan sampai seminggu sampai terpaksa habis beratus-ratus sebab kena pergi specialist dek kerana ubat klinik biasa tak lut. Sebenarnya amalan pengambilan supplement lebih menjimatkan berbanding nak keluar belanja beratus-ratus kadangkala beribu2 bila sakit. Cuma kesedaran ini tak semua orang ada. Dan insuran yang kita bayar setiap bulan tu sebenarnya dah boleh jadi savings atau investment bila kita tua, tak perlulah dijadikan persediaan kalau kita sakit. Rugi bayar berpuluh2 ribu kat hospital, lebih baik guna duit utk pencen haha.
Berbalik kepada percutian pendek kami, Jumaat malam saya dan John sempat jalan2 kat night market luar hotel dan ber-reflexology selama sejam. Ini pengalaman kali pertama untuk saya tapi berkali2 untuk John. Maklumlah saya ni baru nak melihat indahnya dunia. Hihihi. Reflexologypun tak pernah buat. Best jugak. Balik ke hotel dapatlah belikan ole2 buat semua anak2 saya dan cikmed sekali. Tepat 12pm Sabtu kami check out. Percutian pendek tapi sangat bermakna dan berbaloi. Ikut hati memanglah nak cuti lama2 tapi apakan daya.... tapi sebelum balik, kami pergi shopping kasut raya untuk anak2 kat Gurney Plaza. Saya dan John sama-sama berkongsi belanja kasut anak. Besar hati John, besar hati anak jugak. Tak sanggup hampakan permintaan Cik Rai bila dia mintak kasut baru. Sorang dapat, semua mesti mendapat jugak. Bukan ke belanja anak-anak merupakan satu sedekah? Dan bukankah sedekah merupakan sesuatu yang mulia, dan insyaAllah boleh melipatgandakan rezeki? Saya boleh berangan-angan nak beli beg baru ***** sebelum raya, setakat kasut anak-anak apa la sangat. Ingat ye... jgn ketepikan hajat anak terutamanya waktu kita mampu. Kalau tak mampu, biarlah kita lakukan mengikut kemampuan saja. Semua ni saya belajar drp John jugak. Sebab tu la rezeki kita ni kita tak boleh nak bolot sorang2. Dalam 100% rezeki yg kita dapat, ada juga bahagian milik orang lain. Kalau bukan secara sukarela, ia mungkin ditarik secara paksa. Pilih mana satu nak. Paksa atau sukarela?
Harap-harap satu hari nanti kami ada peluang untuk bercuti lagi ke Parkroyal Penang lama-lama. Masih terkenang-kenang ni hehehhehe...