Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Raya datang lagi 2013, Bazaar, Zalora dan Lain2

$
0
0
Assalamualaikum.

Memang bersawang-sawang blog saya ni. Sayang sekali tiap-tiap bulan bayar kat Google untuk extra space untuk gambar tapi blog tapi tak berapa nak aktif. Banyak benda nak saya ceritakan kat blog, contohnya tentang bazaar Ramadhan di Putrajaya yang sangat menarik dan buat hati tertarik, ..

sedap gila kambing madu ni

memang banyak sangat gerai dan banyak gila menu pelbagai

tiada yg lebih menarik dari bazaar putrajaya ni. Tahun depan mesti datang melawat

karipap ni pun orang berbaris panjang

Tentang DX Charms yang kini menjadi milik saya....


1 Ogos dah berada di pasaran tetap Elken

bukan cantik je tapi selesa gila, lebih baik dr DX brown

Tentang pencapaian downline saya yang berjaya dengan biz Elken...


Dr Ain dan suami

hampir menyamai gaji pemegang PHD yg beliau miliki

rakaman ini boleh ditonton di Youtube

lebih banyak dari gaji sendiri sebagai guru

terlalu banyak MLM yg mengecewakan beliau tetapi tidak di Elken

pegawai kerajaan

juga pegawai kerajaan tapi dah hampir nak pencen. Harap nak pencen awal kalau Elken meletup!

Tentang saya sendiri yang kekal 5 figure (jumlahnya biar saya rahsiakan kikikiki) walaupun sekarang dah lebih kepada membantu downline, bukan cari sale sendiri... *bantu orang dapat duit untuk sendiri dapat duit juga*

Dan juga cerita persiapan raya yang tak berapa nak siap. Saya kurang waktu terluang untuk shopping, jadi saya hanya shopping baju2 di Zalora. Rasanya 3 pasang baju moden daripada Vercato.

 


Pastu saya beli 2 jubah kat Plaza KM di Seremban, 1 baju kurung di kedai baju dan tudung kat luar Aeon Big kat rumah saya ni. Last minute punye nafsu, 6 pasang baju saya rembat. Berminat jugak nak beli koleksi Hatta Dolmat tapi bila tengok size, macam kena beli size XS dan ia macam terlalu ikut badan takde ruang nak bernafas. Kalau beli S macam oversize.

Dan saya juga sebenarnya dah order satu peplum dari Zalora. Saya biasa beli baju size M, jadi saya order size M. Bila sampai ia terlalu besar. Takde rupa baju dah bila masuk ke badan. Jadi saya return balik baju tu. Caranya:

1. Saya masukkan balik dalam kotak Zalora dalam keadaan asal, tag tak tanggal, dan masih dalam plastik.

2. Isi borang Return Slip

3. Pergi Poslaju dan pos ke alamat yang diberi (guna Form Poslaju yg disertakan)

4. Dalam masa 24 jam selepas mereka terima barang tu, saya terima Store Credit senilai harga baju dan saya boleh beli baju lain guna Store Credit. Mudah je.

Pendek kata, urusan dengan Zalora memang sangat mudah. Saya pernah guna COD service, tapi biasanya bayar dulu guna kad. Antara 1 ke 2 hari akan sampai. Dan kini saya ditawarkan butler service di mana saya boleh pilih sehingga 10 pasang baju untuk saya cuba sendiri di rumah. Kalau suka saya terus bayar pada wakil yg datang hantar baju, kalau tak suka boleh pulangkan. Masalahnya tarikh yg ditawarkan tu saya dah balik kampung. Tak dapat la nak terai menerai baju...

Besok dah last day of puasa. Lusa raya. Tahun ni memang rasa cepatnya masa berlalu. Sebabnya aktiviti penuh sepanjang hari sepanjang bulan. Semoga umur masih panjang untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Dan pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin jika saya ada terkasar bahasa dalam penulisan.

Hari raya nanti jangan berlebih makan. Kalau nak kontrol nafsu makan, sarungkan DX setiap kali pergi beraya. Yg lelaki pun pakai waist nipper bagi mengelak boroi hihihi...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>