Assalamualaikum..
Siapa yg cari mineral?
Kenapa nak cari mineral?
Siapa yg cari mineral?
Kenapa nak cari mineral?
OK meh saya cerita sikit pengalaman saya akhir-akhir ni tentang pengetahuan orang kita tentang mineral, terutamanya mineral yang dalam air.
Dari mana datangnya sumber air yang kita dapat setiap hari? Hujan? Laut? Sungai? Tasik? Perigi? Mat Tahir eh mata air atau PAIP?
Sila jawab.... sila jawab...
atau adakah kita sangat bertuah dapat guna AIR ZAM ZAM setiap hari sebagai sumber air minuman setiap hari?????
OK saya ni bukan nak promote water filter (tapi kalau nak beli boleh la call) tapi sebenarnya bagi memberi kesedaran tentang air yang kita guna setiap hari, yang dibekalkan oleh mereka kepada kita iaitu air paip.
Jom tengok gambar..
![]() |
proses penjernihan air. Masukkan bahan kimia berlabel tengkorak |
Dan mineral apakah yang kita cari daripada air yang dikitar semula ini?
Dalam proses sharing saya dan John tentang rawatan air RO kepada kawan dan kenalan, ada pelbagai pendapat dan penerimaan yang kami jumpa. Ada yang terkejut dengan 'hasil' yang kita jumpa dalam air paip dan air tapis, ada yang belum apa-apa dah angkat tangan dan berkata, "Air Elken saya tak mahu sebab dia kosong takde mineral" dan berbangga dengan air HaiHai yang ber'Aura' yang dikatakan ada mineral yang bagus untuk kesihatan. Selalunya kami takdelah nak berdebat mempertahankan Bio Pure Elken tapi kami biarkan saja mereka dengan air 'mineral' mereka. Kamikan tak suka memaksa, kami cuma share je. Sebabnya, cakaplah apa saja, tunjuklah gambar apa pun, demo apa pun, bila mereka awal2 dah diserapkan dengan pengetahuan bahawa air mineral (dari mesin dia) bagus dan air RO tu paling tak bagus, memang agak susah nak kasi tukar.... (walaupun boleh tukar tapi kami malas nak kasi tukar).
Tidak dinafikan air zam zam memang sangat tinggi kandungan mineral. Sangat bagus, sangat terpuji dan telah dikaji oleh pakar. Tetapi kalau sampai nak membandingkan air yg ditapis dari air paip yg telah dikitar semula dengan air zam zam, memang agak keterluan la kawan....
Air zam zam kan air yang diberkati, mana boleh dibandingkan dengan air lain dalam dunia ni apa lagi air paip yang ditapis. Apabila dikaji, telaga air zam zam tak ada sedikit lumut pun yang tumbuh, memang terbukti bersih sangat dan mengandungi anti kuman semulajadi. Tapi cuba check kita punya filter, selepas sebulan apa rupa dia....
Jom cerita lagi pasal air paip..
Apa sebenarnya yang terkandung dalam air paip?
Memang pasti akan ada mineral yang baik untuk tubuh dan tak dinafikan sangat banyak juga mineral yang tak baik untuk badan kita. Mineral tak organik ialah logam berat yg terlarut dalam air seperti kromium, arsenik, tembaga, dan lain-lain. Mineral yang kita perlukan adalah mineral organik yang boleh diserap oleh tubuh yg terdapat dalam sayur dan buah seperti juga yang terdapat dalam air zam zam, manakala mineral yang tak organik hanya akan ditapis oleh buah pinggang dan 'hasil tapisan' akan berkumpul dalam buah pinggang... ada mineral2 tersebut yang boleh keluar semula melalui proses perkumuhan (kencing) tetapi ada banyak jugak yang terkumpul meninggalkan batu karang. Bila buah pinggang rosak, kena keluar belanja puluh2 ribu la jawabnya utk rawatan. Rawat, rawat jugak.... tapi tahap kesihatan dah menurun, badan sakit2, silap2 kena ganti buah pinggang baru.
Bagaimana sebuah mesin penapis air boleh mengasingkan mineral baik dengan mineral tak baik? Adakah satu teknologi yang boleh mengasingkan 2 mineral ni? Sedangkan virus, bakteria, parasit, racun rumpai, pharmaceutical drugs berukuran sangat halus sehingga ada yg bersaiz 0.001 micron DAN sistem rawatan air dalam pasaran seperti brand ****** berpenapis dengan size hanya 0.2 micron saja? Dan ada juga sistem rawatan air RO dalam pasaran yang hanya berfilter saiz 0.001.
Jadi, untuk mendapatkan air bermineral baik, adakah kita harus membenarkan juga mineral berbahaya ni masuk dalam sistem tubuh kita? Adilkah kita kepada tubuh badan kita hanya kerana kita selfish nakkan mineral daripada air sedangkan mineral sebenarnya boleh didapati daripada sumber yang lebih mudah dan selamat iaitu makanan (dan supplements).
Sebab itulah rumah saya ada 2 mesin rawatan air Bio Pure. Berpenapis 0.0001 mikron, seperti sehelai rambut dibelah 50,000 kali. Sangat halus sehinggakan terpaksa menggunakan water pump untuk memaksa air melalui penapis tersebut.
Yang ada air bersuhu bilik saya letak kat bilik, bangun pagi terus tekan je pastu keluarlah air minum yang bersih dan nyaman kat tekak...
Yang ada air bersuhu bilik saya letak kat bilik, bangun pagi terus tekan je pastu keluarlah air minum yang bersih dan nyaman kat tekak...
Pastu satu lagi saya pasang kat dapur. Ada suam dan panas. Tak perlu masak air, tak perlu kettle tambahan. Tekan je air pun keluar.
Servis? Seluruh Malaysia ada, tak payah risau2. Yang bagusnya Bio Pure ni, ada sistem auto back wash. Setiap jam dia akan bersihkan sendiri filter dalam mesin tu (backwash) dan filter akan kekal bersih dan tahan lama. Cukup masa, pihak Elken Service akan call kita untuk peringatan supaya mengganti filter dalam mesin iaitu setahun dan setahun setengah (ikut filter). Caj servis cuma RM60 sekali datang tapi filter kena beli la. Ada orang kata mahal servisnya tapi sebenarnya setiap kali technician datang, mereka akan offer yg promotion terkini iaitu beli 2-3 filter dapat percuma itu ini. Memang la kalau beli banyak2 kena bayar mahal tapi kalau tolak promo dan beli apa yg kita perlu saja, ia jadi la tak mahal.
Mula2 saya beli mesin Bio Pure ni dulu sebab saya dan 4 anak saya sakit akibat keracunan air. Kos berubat adoiyai punyala mahal. Bayangkan kalau sakit yg lebih kronik mcm mana nak tanggung? Kan adalah lebih baik belanja extra sikit untuk long term yang lebih baik? Bab kesihatan, kami memang sangat peka.
Dan Bio Pure sangat diakui sebab mendapat pensijilan dan award yg terbaik. Plastik yg digunakan sebagai tangki penyimpanan air adalah ABS food grade quality yg mematuhi FDA. Tak perlu risau kalau air panas yang melalui saluran tu akan bertindakbalas dengan plastik dan menghasilkan bahan lain (larutan resap plastik/bahan kimia)... ia dijamin selamat. Ada segala ISO dan anugerah Mohor Emas S300 WQA (satu-satunya di Asia, dalam dunia cuma 4 syarikat je yg dpt sijil ni).
Juga mendapat pengesahan daripada pakar air yg bertauliah termasuk pakar air bertauliah VI (pangkat tertinggi) iaitu Michael R Long - CWS VI.
Apa lagi yang kita cari daripada Bio Pure? Kita cuma perlu komit dan beli... installment baru seratus lebih je sebulan. Dapat memberikan air berkualiti yg bersih untuk seluruh keluarga kita.
CALL/WHATSAPP : 0186676734 untuk demo air percuma di kediaman anda.