Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Networking

$
0
0
Assalamualaikum.

Entry saya berlabel "Entry Sengal" sebab saya type dalam keadaan jiwa sengal. 

Tajuk kali ni memang bunyinya tak best. Tak memberangsangkan langsung. Tapi saya sebenarnya nak educate sikit para MLMers sama ada yg betul2 serious nak buat duit atau saja cuba2 tentang apa sebenarnya MLM atau networking business.

Kalau dalam biz Elken, kami galakkan para CBP fighter untuk fight buat income besar RM10k pada bulan pertama. Mula-mula beli twinset untuk diri sendiri lepas tu kenalkan kawan 7 orang yg beli twinset DX jugak. Dengan RM190 installment sebulan, memang senang aje buat biz ni. Memang tak semua orang akan achieve target RM10k tapi walau tak dpt kenalkan kepada 7 kawan, kalau sempat kenalkan kepada 3 kawan je pun, dah dapat RM4k.

Maknanya, walau buat sambil-sambil pun masih ada income yang lumayan.


banker, Ajie. Manager saya yang pertama


Dr Ain dan suaminya Sableh

Yg aktif ialah suami, tapi kerana sayang isteri, cek atas nama isteri.

sebahagian drp mock cheque milik saya dan downline


Guru, Cikgu Amalina. Walau terpaksa bawak 2 anak ke mana2, ia tidak menjadi penghalang untuk berjaya


Puan Alena yg buat sambil2 pun dah dapat cek untuk kali ke 3
Yg kat atas ni semua downline saya. Kami sama2 berusaha untuk memajukan diri kami. Apa yg penting, kami sama2 mahu. Mahu berubah, mahu berjaya, mahu berusaha. Insyaallah akan ada hasilnya.

Dan selain drp mock cheque di atas ini, ada ramai lagi yang terima cek RM500 - RM1000 yang sebenarnya tak sangka boleh terima bonus sebanyak itu. Bayangkanlah... kalau cek RM500 boleh buat downline saya bersorak, apa lagi yang terima cek RM5000 - RM10,000 tu? Dan bayangkan perasaan saya sendiri bila setiap bulan saya menten dengan income 5 angka. Sangat banyak buat seorang surirumah yg tak ramai kawan macam saya. Apa rahsianya? Saya cuma IKUT CAKAP UPLINE. Apa dia suruh buat, saya akur dan ikut saja. Sistem pendidikan ELKEN memang sangat luarbiasa. Ikut saja sistem, insyaallah akan berjaya.

Lepas dah berjaya dapat income besar, barulah kita mula kembangkan rangkaian. Kita lahirkan manager dalam rangkaian kita. Dengan income besar yg kita dah dapat pada bulan2 terawal,  memang akan jadi mudah nak ajak kawan-kawan kita supaya join aktif dalam bisnes Elken. Bukan kita je ada income besar, kawan-kawan pun sama boleh dapat income besar. Sama-sama merasa.

Namun begitu, masih ada yang tak faham dengan bisnes networking ni. Biz networking bukan bisnes sebulan dua. Seharusnya ia menjadi bisnes seumur hidup. Yang akan diakhiri dengan RESIDUAL INCOME. Kalau dalam Elken, bila network dah berkembang, kami cuma perlu menten 200sv je sebulan dah cukup utk menikmati koman-koman RM50k income sebulan. Itulah residual income yang kami mahukan dalam bisnes networking Elken ni. Tapi walaupun semua MLM menjanjikan perkara yg sama, hanya Elken syarikat MLM Malaysia yg kukuh dan masih bertahan malah makin maju dan boleh diharapkan sehingga hari tua kami insyaAllah.

Oleh sebab itulah, setiap client, kami cadangkan supaya join jadi member. Jadi member baru RM75, dapat product percuma bernilai kira2 RM100. Lepas tu akan dapat semua faedah yang disediakan oleh Elken. Faedah pertama ialah diskaun. Beli barang dengan harga ahli. Dah jadi member boleh pulak apply Aeon untuk bayar ansuran produk Elken. Lepas tu setiap barang yang dibeli ada pulak point dan setiap point terkumpul akan ditukar menjadi bonus dalam bentuk cash/voucher atau kedua-duanya sekali. Selain itu ada kempen pelancongan, bonus hujung tahun, tabung kereta dan tabung rumah. Kadang2 Elken tawarkan insentif tambahan. Insentif ni biasanya 6 bulan je tapi mcm sekarang nampaknya insentif tambahan utk produk DX dilanjutkan hingga 9 bulan. Pemurah betul. Saya sendiri adalah penerima insentif setiap bulan drp January sampai Jun. Tak miss.

Walau untuk permulaan, client tersebut hanya sebagai product user saja dan tidak berminat nak buat biz, bila mereka jadi ahli mereka akan repeat sale dan mana tahu lama2 terbukak hati nak buat biz? Takde benda yang mustahil kan?

Contohnya saya sendiri yg menjadi pengguna setia produk Elken untuk 9 tahun. Lps 9 tahun baru berminat nak biz. Terus melompat dalam 6 bulan naik Crown. Antara nak dengan taknak je. Dulu mmg taknak. Cerita la apa pun, saya mmg hanya nak guna produk je.

Jangan berfikiran cetek, sempit dan tamak.... ada orang bila dapat client, dia nak semua sale masuk bawah nama dia sendiri, tak mahu offer client tu jadi member. Memang dengan cara itu boleh dapat Performance Bonus 20% bulat-bulat untuk diri sendiri tapi rugilah sangat dari segi bonus-bonus lain terutamanya Leadership Bonus yang menjadi kunci kepada income puluh-puluh ribu malahan ratusan ribu seperti yg telah dinikmati oleh kebanyakan CCM dan MCCM Elken. Bila kita tamak haloba, (dengan alasan kalau sale semua masuk akaun sendiri, kita tak payah nak maintain 200sv tu sebab org lain punye sale dah cover), ia tak akan berpanjangan sebab perkara ini (tidak telus dengan customer) boleh membuatkan client lari, tak mahu repeat sale (kerana bila kita tak bgtau dengan jadi member, diorg boleh dpt extra bonus dan benefit lain - mereka akan rasa rugi berurusan dengan kita yg tak jujur), oleh itu network tak akan berkembang. Ia akan berhenti setakat itu. Lepas sebulan dua buat perkara sama, bisnes akan terhenti sebab dalam Elken kita perlukan network. Kita bukan salesman atau insurance agent yang kena cari personal sale setiap bulan. Dalam biz Elken, hanya 6 bulan pertama aje yg kita kena kerja lebih. Selepas itu bila network mula berkembang, tanggungjawab kita adalah membantu downline. Tak perlu buat personal sale lagi. Cuma perlu beli brg sendiri 200sv je. Yg lain2 adalah dari network iaitu downline2 yg kita bantu. Senang je kan? Memang senang dan tidak membebankan kalau kita faham. Kalau tak paham, segalanya akan jadi susah dan leceh.

Hari ni seorang manager saya minta tolong saya rekemen apa produk untuk dia beli sebagai maintenance bulanan (200sv) dia. 



Semuanya barang keperluan harian. Dengan maintenance 200sv sebulan, boleh hasilkan income ribu2. Kenapa nak lokek duit RM400-500 sedangkan kita memang setiap kali memang kena beli barangan harian kat pasaraya. Bezanya kita beli kat Elken, pastu dapat point, dan dapat bonus. Kalau mcm downline saya yang sorang ni, saya yakin income dia memang ribu2 sebulan. Bukan ratus2. Dia cuma berbelanja secara bijak, ganti product Giant atau Carrefour atau Nestle dengan product Elken. Simple.

 Bukan dalam biz networking saja, dalam kehidupan seharian kalau kita tak rajin, tak jujur, tak amanah, kedekut, lokek, kuat merungut, tak bersyukur, tak hormat orang, tak hormat suami, keras kepala, langgar undang-undang, memang susahlah nak berjaya. Kalau berjaya mungkin tak lama. 

Pokok pangkal, kalau kita buat sesuatu tapi tak menjadi, kita kena pandang diri sendiri di cermin. Nilaikan diri sendiri dulu barulah nilaikan orang/benda lain. Kalau duit manjang tak cukup, mungkin sebab kita banyak sangat makan kat restoran, suka shopping, suka pergi bercuti, shopping nak yg branded je. Hujung2 ngadu takde duit, susah, sesak... dan satu kesilapan besar bila hidup bermewah2 haplod pulak kat FB. Tetiba manjang kata susah. Siapa nak layan???

Baru semalam saya borak dengan John... "Dulu masa kita susah, kita makan ala kadar, tak makan kat luar, tak pergi bercuti, tak masuk shopping mall, tak shopping.. Hidup mengikut kemampuan. Orang sekarang mengadu susah tapi bercuti tak miss, upload gambar makan restoran mahal kat FB sebulan ada 3-4 kali, shopping brg mesti nak brand. Bukan brand LV pun koman2 nak Guess atau Levi's. Pakai baju ikut trend terkini. Bila susah sikit sebab duit tak cukup mula la komplen sana sini. Padahal diri sendiri yg tak reti manage diri sendiri. Sendiri kena fikirlah kan.

Dan lately bila saya renung-renungkan, saya bersusah-susah cari duit, harapan saya dapatlah saya menabung untuk hari terdesak. Manalah tahu kan... kita mana tau apa rancangan Allah untuk kita. Sebab itulah saya berusaha kerja keras untuk masa depan. Maka dengan itu kalau ada yg rasa saya dan John boleh jadi alat bantuan waktu org lain susah, kami awal2 minta maaf sangat2. Enough is enough. Kalau perlu bantuan, usahalah macam kami. Join la Elken. Tak perlu modal besar, tak perlu ada ijazah. Kami boleh bantu bagi peluang, kami tak dapat bantu lebih. Bantulah diri sendiri, jgn terlalu harap orang lain akan bantu (tetiba emo). 

Sebelum meleret2, saya perlu berhenti sekarang untuk bagi laluan kepada tekak saya minum Elken Everyday White Coffee kegemaran saya...

Sehingga ke entry berikutnya, selamat malam.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>