Assalamualaikum.
Dah banyak kali saya lepaskan peraduan2 yg dtg melalui telefon mahupun email atau apa saja bentuk. Sebabnya saya tak percaya yang saya ni sangat bernasib baik untuk menang segala macam peraduan. Lagipun mengikut pengalaman, saya dah John bukan senang2 nak dapatkan sesuatu secara percuma. Segalanya perlu usaha. Perlu wang. Memang memanjang tak mengena!
Tapi bila baca tentang Got 1 Got Cash Back yang dijalankan oleh sebuah bank tempatan, pastu lepas gesek kad saya ternampak approval code saya ada 3 kali nombor 1, saya terus la daftar walaupun dalam hati hanya serahkan pada takdirlah.
Cara peraduan ialah menggunakan kad kredit bank tersebut, gesek paling kurang RM50, pastu cek Approval Code. Jika terdapat no 1 pada Approval Code sebanyak 1 atau 2 kali, kita layak dapat cash back 11%. Kalau 3 atau lebih kali nombor 1, layak dpt 111% cash back.
Banyak gak transaksi saya buat guna kad tersebut. Kalau biasanya saya guna kad lain, kini semua pakai kad yg satu ni sebab nak masuk peraduan. Menurut customer service, pemenang akan dimaklumkan melalui sms. Dan nak tau apa saya dapat?
Yg atas ialah penyertaan pertama, yg 2nd adalah penyertaan ke 2. Nampaknya kedua2nya dah mengena sasaran. Yg best tu dapat 111% cash back! Saya ada byk lagi penyertaan sebenarnya. Yang paling ditunggu2 ialah penyertaan pada 3 September sebab kalau mengena, situ saya dapat hampir RM700 cash back!
Peraduan ni masih berjalan sampai bulan November. Oleh kerana dua dah mengena, saya mula yakin yang saya ni masih ada harapan dalam hal2 "tembak mengena" ni.
Dan hari ni ada satu lagi peraduan yg saya baca.. Best jugak walau yang ni nampak peluang ala2 tipis...
Yg ni tak rugi.. Menyimpan atau melabur dalam amanah saham memang digalakkan. Apalagi kalau ASB, dijamin kerajaan! Ini salah satu galakan untuk bumiputera supaya rajin menyimpan duit. Tak joli manjang. Cuma, kalau sebelum ni buat secara online, sekarang kena la beratur kat RHB Bank untuk menambah pelaburan!
Minimum penambahan pelaburan ialah RM1000.00. Untung2 menang RM1000 yipieeeee !!!!! Hahhahaha...
Oleh kerana saya dan john ada banyak perancangan masa depan, sememangnyalah kami kena banyak2 cari duit dan simpan duit. Nak kena kerja lima kali ganda lebih rajin. Walaupun sehari dua ni tembak mengena saja, saya masih percaya kalau tak rajin, takdelah boleh jadi kaya. Lainlah kalau ibu bapa kita mmg dah jutawan, diwariskan kita berbillion harta, duduk je la goyang kaki sampai habis duit dijoli hehehehe. Bukit kalau ditarah hari2 pun boleh gondol.
Pendek kata, hidup masih perlu berusaha.