Assalamualaikum..
Dah seminggu ni cuaca panas terik. Tetapi janganlah kita marahkan cuaca atau kejadian alam, kalau takmo dehydrate, minum air secukupnya. Kalau takmo hitam sunburn, stay indoor.
Semalam hujan selebat-lebatnya. Alhamdulillah bestnya tengok hujan lebat mencurah-curah. Sesekali petir guruh berdentum dentam. Bestnya berdoa waktu ini. Sekali lagi, jangan dimarah pada hujan. Kalau takut disambar petir, stay indoor. Kalau risau alat eletrik rosak disambar petir, off dan cabut cable. Kalau susah nak memandu dalam hujan lebat, carilah tempat selamat untuk parking sementara tunggu keadaan lebih selamat. Pendek kata, belajar2lah untuk bersyukur. Jangan merungut memanjang.
@@@@@@@@@
Setelah bertahun-tahun FB wujud dalam hidup kita, dah macam-macam ragam orang saya dapat tengok. Kalau mula2 dulu status macam malu2 nak update. "I'm at work", "I'm at home". Skema jek bunyiknya. Sekarang FB dah jadi tempat mencurahkan hasrat hati. Sehinggakan sekarang bukan susah nak selidik apa yang sedang berlaku keliling kita. Tak payah nak sok sek sok sek gossip korek rahsia. Segala-galanya dah terbentang terang-terangan di FB. Semuanya di hujung jari. Kadang-kadang yang ditulis tak bertapis. Habis semua pun dilambak. Daripada situpun kita dah boleh jumpa jawapan kepada soalan yang dicari. Ditambah dengan hujah2 yang saya terima, kaitannya memanglah sangat rapat. Saya takde degree mahupun diploma, tetapi saya mampu guna kehebatan IT sebaiknya. Dengan poyonya saya katakan, saya bersyukur walau tak belajar setinggi melangit, saya dikurniakan akal yang saya boleh gunakan sebaiknya. Kasi saya satu gajet, saya akan menakluki dunia ha ha ha.
Percaya atau tidak, saya juga bijak dalam membaca isi hati orang. Bagaimana saya lakukan, semua itu Allah punya kuasa, saya cuma pinjam je kelebihan tu. Ini bukan ayat poyo tau (walau tadi saya kata saya poyo). Memang betul saya boleh baca. Saya tahu bila ayat itu ditujukan kepada orang lain tetapi ditempiaskan kepada saya. Cuma saya gunakan kelebihan tu untuk diri saya je, saya tak komersilkan bakat saya hua hua hua. Nak tahu saya 'dah tahu sesuatu' atau tidak, senang aje. Saya lebih banyak diam daripada biasa. Itu tandanya ada sesuatu yang dah saya ketahui. Kalau anda rasa anda dah mula melihat saya dengan pandangan berbeza, menilai luaran saya, menilai aktiviti saya, percayalah satu perkara ini: I know a lot more than you think I do and you know less than you want to know.
@@@@@@@@@@@
Raya haji dah dekat. Beruntunglah kepada yang dipanggil menjadi tetamu Allah. Alang-alang dah sampai ke tanah suci, kalau rasanya teringat kat kawan-kawan kita, adik beradik kita, doakanlah utk sesuatu yang lebih bermakna. Adakah dengan berdoa supaya mereka menjadi seperti yang kita mahu itu doa yang tulus ikhlas? Apa yang penting, hati biar ikhlas....
@@@@@@@@@@@
Langit terus mendung sehingga ke petang. Hati sayu saya masih belum ceria. Orang tak tahu bagaimana saya menanggung rasa dalam hati. Orang tak tahu apa yang Allah duga saya. Sebab saya tak cerita, saya tak jaja. Saya lalui dengan tabah dengan redha. Sebab itulah bab-bab mulut orang atau judgement orang saya tak heran. Apa yang boleh saya katakan, bersyukurlah jika:
1. Anda mempunyai keluarga yang lengkap, ada ayah ada ibu, harmoni dan dihormati
2. Anda mempunyai pekerjaan dan pendapatan sebagai punca rezeki
3. Anda mempunyai suami yang baik, membimbing, solat, walau belum dikurniakan anak
4. Anda memiliki rumah walau bukan rumah sendiri, masih ada bumbung dan lantai
5. Anda mempunyai adik beradik yang akrab dan saling menghormati, bantu-membantu
5. banyak lagi. Kalau nak list memang seratus page pun tak habis.
Kita tak tau apa orang lalui. Berhentilah melihat sesuatu secara negatif, pandanglah sesuatu secara tulus. Persoalannya, "Adakah anda melihat sesuatu dan anda melihat kekuasaan Allah?"