Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Jimat Oh Jimat

$
0
0
Assalamualaikum.

Harga gula naik lagi? Oh maiiii....

Baru semalam beli gula kat Aeon BIG. Selepas berbulan2, ni baru nak refill gula di dapur. Rasanya harga RM2.50. Untuk sekilo saja dah cukup untuk kegunaan seluruh keluarga saya. Saya cuma ambil masuk troli. Benda duahengget, tak perlu 10 minit untuk berfikir. Lainlah kalau beli sekali 10kg. Mungkin kena fikir dan buat keputusan.

pinjam dari sukamakanbudak.blogspot.com

Dek kerana belanjawan semalam, hampir semua status berkenaan Budget yang disebut dalam FB adalah GULA. Ramai yang kata nak minum kopi tanpa gula, nak itu dan ini yang melibatkan gula. Padahal gula itu antara satu bahan penambah nikmat dalam kehidupan seharian. Seharusnya kita perlu fikirkan benda lain selain gula. Saya tak fikir nak kurangkan gula dalam teh O feberet saya. Teh O saya mesti kena sedap. Yang sedap itu perlu manis. Tak cukup manis tak cukup sedap, jangan kasi saya minum teh O. 

Teringat cerita Richie Rich masa kecik2 dulu. Bila Richie diberi kuasa dalam syarikat selepas kehilangan ibu bapanya, beliau menolak idea si jahat untuk membuang pekerja bagi mengurangkan kos sebaliknya beliau kata, mesti bermula dari PERUT para Director hehehhehe.

Simbolik kisah movie kanak-kanak tersebut ialah ada sikit kaitan dengan cerita harga gula naik ni.

Oleh kerana kenaikan harga gula akan melibatkan banyak benda, jangan la pulak sampai tak mahu kasi anak minum teh O manis atau tak mo bawak keluarga makan kat restoran dah. Itu kan antara nikmat hidup berkeluarga. Apa kata kita kaji balik gaya hidup kita selama ni. Berapa kerap kita tukar smartphone dalam masa 3 tahun? Sekarang ni antara satu teknologi ke satu teknologi, hanya mengambil masa kurang setahun. Note 1 ke Note 2 ke Note 3... semua ni dalam 3 tahun jek. Kena orang boros cam saya, smartphone tak habis warranty lagi, saya dah tukar yang lain. Tak dan nak calar, saya dah usha yang baru. Yang ni kena UBAH. Saya masih nak beli Note 3 tapi bukan bayar pakai duit 100% hehehhehe. Saya kumpul poin kad kredit untuk redeem voucher SenHeng haha. Setakat ni dah kumpul sampai RM600 voucher. Pastu kumpul duit sikit sikit dalam masa 6 bulan. Kad kredit skrg hanya untuk rolling bisnes. Bukan untuk swipe belanja barang peribadi. Kalau terswipe pun, saya akan pastikan saya bayar balik 100% ke dalam kad.

Lagi? Handbag... percaya atau tidak, tahun 2013 saya belum beli handbag. Dalam hati ni hanya saya yang tahu betapa meronta2nya jiwa nak beli handbag. Setiap kali dapat gaji, mata bersinar dan terbayang handbag idaman. Huaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

Tapi bagi mengelak terbeli handbag, cepat2 transfer duit masuk ASB. Selagi namanya akaun simpanan bank (dengan internet banking dan bank card), ia masih bukan akaun simpanan untuk saya. Bila jumlah duit dalam akaun bank tak berapa nak banyak, barulah kepala hotak bagi signal, "Tiada bajet untuk handbag" dan selamatlah diri saya daripada membazir. Dan beruntunglah anak-anak saya sebab mami ada bajet untuk belikan 'gula untuk buat teh O manis' macam biasa.

Untuk para suami pulak, mungkin boleh kurangkan kos dalam melayan hobi. Hanya orang lelaki yang tahu, berapa jumlah sebenar kos hobi masing2. Kalau nak kurangkan elaun anak atau isteri hanya kerana harga gula dah naik, rasanya itu tak patut kikikiki.

Sebenarnya jangan tunggu perbentangan bajet baru nak fikir hal jimat cermat. saya dah mula fikir tentang 'masa depan' beberapa tahun kebelakangan ni. Walau saya hanya seorang surirumah, saya bersyukur ada beberapa contoh kehidupan yang boleh saya jadikan contoh teladan atau sempadan dalam mencorakkan kehidupan saya pada masa hadapan kelak. Saya takmo jadi macam si polan yang begitu begini, jadi saya mesti buat begini begitu. Saya juga ambil setiap nasihat yang disampaikan kepada saya walau kadang2 ada yang susah saya nak terima. Walau seloaded mana pun suami kita atau keluarga suami kita, jangan fikir kita dah secured. Kita tetap kena ada 'standby'. Simpan seberapa banyak yang boleh. Bukan sebab nak bawak masuk kubur tapi sebab sebelum masuk kubur, itulah yang bakal jadi penyelamat kalau tetiba musibah melanda.

Surirumah sekarang dah pandai jana income. Anak satu atau anak 10, pasti ada jalan untuk standby untuk diri sendiri. Tapi kena pandai pilih apa nak buat. Jangan tiru-tiru orang. Nanti modal habis takde untung. Kalau tak yakin nak meniaga pun, masih ada jalan lain. Dua tiga hari ni saya ada baca satu blog tentang investment. Antara pelaburan emas, ASB, dan sepertinya. Carilah satu cara yang sesuai dengan diri kita. Pasti jumpa.

Kesimpulannya, sediakan payung sebelum hujan. Kita org perempuan memang cepat2 nak hulur segala apa yang ada kepada suami kita bila dia susah. Tapi pastikan mereka ganti balik apa yang mereka dah pakai. Istilah PINJAM itu masih wujud lagi. Ini yang dipraktikkan dalam keluarga kami. Kalau tak mintak balik, kita jugak yang gigit jari nanti sebab bila lelaki dah senang, belum tentu semua yang dia dapat akan sampai kat kita 100%. Kita jugak yang terkial2 mengumpul macam dulu balik.

Fikirkanlah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>