Assalamualaikum.
Saya bukan seorang yang beruntung dapat jenjalan ke sana ke mari masa saya bujang dulu. Dapat sedikit kebebasan masa duduk asrama kat Beseri dan Trolak. Kebebasan yang dicipta sendiri, tak minta izin mak bapak. Kalau mintak izin, confirm tak dapat jalan. Apa yang penting, jenjalan sendiri, ongkos pun sendiri. Pastu kami bukan beruntung jugak dapat jenjalan sama mak bapak. Tiada istilah percutian keluarga pun.
John pun sama aje. Tak mampu jenjalan bercuti satu family. Kalau naik kereta jalan jauh, balik kampung je lah haha. Bila dah pandai jalan jauh, barulah John selaku big bro bawak maknya dan adik beradik jenjalan. Inilah dia, tak semua orang dilahirkan beruntung. Dan tak semua orang lahir dalam keberuntungan itu akan terus beruntung.
Sekarang, saya dan John mula menikmati betapa seronoknya melancong. Dulu tak merasa, sekarang boleh la rasa. John dah pergi banyak tempat, saya je yang tak banyak tempat dah dilawat. John banyak jenjalan kerana urusan kerja, saya pulak tunggu John offer nak bawak jalan. Saya teringin nak ke Langkawi tapi sejak 10 tahun dulu John akan kata, "Langkawi tak ada apa". Frust.
Bila tiba musim cuti, kawan2 akan haplod macam-macam gambar percutian. Langkawi tak terkecuali. Orang lain seronok pergi Langkawi, John kata Langkawi tak ada apa. Mana satu yang betul?
Bulan lepas saya dapat sale DX dari orang Langkawi. Kawan lama sekolah CBN dulu. Dah menetap kat Langkawi lebih 18 tahun. Inilah masanya untuk saya ke Langkawi, atas alasan 'melawat client'. Hehehhehe.
Kali ni memang saya agak mendesak. Nak taknak, John terpaksa bawak saya ke Langkawi. Tapi satu hari satu malam aje. Jadilah.
Sampai sana, kami terus cari kereta sewa. Kawan saya dah atur semuanya. Kereta Toyota Vios yang cukup selesa.
Nak atau taknak, hari pertama sampai mesti nak kena ada aktiviti. Kalau tidak, masa tak cukup. Cuma ada 24 jam aje kat Langkawi sebelum penerbangan balik ke KL.
![]() |
Neslo kat restoran Sandy Beach Resort, milik bapa mertua kawan saya. Ingatkan dia punya, rupanya dah silap daaaa.... |
Sementara tunggu kawan saya free petang tu, kami jenjalan kat Underwater World. Kalaulah anak2 ikut, mesti diorang suka tengok ikan.
Tak besar sangat tapi boleh tahan....
![]() |
pose sikit |
Pastu bila kawan saya dah balik ke Cenang, saya dan John terus ke Sandy Beach Resort yang seberang sana (milik kawan saya dan suami termasuk Restoran Telaga Arabic / Telaga Seafood). Lepak jap kat rumah dia minum nescafe di petang hari...
Lepas check in, untuk makan malam kawan saya dah sediakan di Restoran Telaga Arabic. Wowwwwwww saya kagum dengan kejayaan kawan saya dengan suaminya. Sangat maju dan maju dan maju.
Walaupun bisnes dah maju, mereka masih lagi mencari peluang untuk lebih memajukan diri. Luarbiasa betul. Inilah dia orang Melayu yang rajin. Sambil dinner, sambil dengar cerita jatuh bangun mereka, saya kini sedar, kejatuhan bukan selamanya jatuh. Bila kita jatuh sepatutnya kita lebih kuat. Dia pesan pada saya, jangan tinggal solat dan jangan lupa bayar zakat dan sedekah. Sekali sekala, bangunlah solat tahajjud. Semoga dengki khianat manusia juga dapat dielakkan. Memang seronok berbual dengan kawan saya. 22 tahun tak bertemu, kali ini saya dapat sesuatu yang sangat berharga.
![]() |
appetizer (Arab food) |
![]() |
sedap gila.. ini resepi asli dari seorang chef Arab |
Saya bukan sengaja puji sebab dia kawan saya. Tapi ini memang layak dapat pujian. Makanan arab kat restoran Telaga Arabic di Pantai Cenang memang SANGAT fantastic! Kalau datang ke Langkawi, mesti nak kena try restoran ni.
Lepas dinner saya dan John ronda2 sepanjang jalan dan hulur kaki utk massage. Tapi takbleh lawan massage kat Haatyai. Habis satu badan dia tolong kepak-kepakkan. Nasib baik ai flexible macam plastic man. Mak rilek je.
Besoknya saya takmo kacau kawan saya dengan urusan harian dia. Saya dan John breakfast berdua di Breakfast Bar makan roti canai pastu pusing2 naik kereta sehingga saya berjaya 'pujuk' John naik cable car. Bukan senang nak pujuk dia ok.... penakut rupanya. Saya yang terlebih eksaited dapat naik cable car buat kali pertama seumur hidup! Seronok pulak tengok orang panic bila cable car bergegar hihihi....
Sekarang saya tahu kenapa John takmo bawak saya ke Langkawi.
1: Sebab dia tak suka naik cable car.
2: Sebab dia tau saya tak suka pinggan mangkuk haha
![]() |
pada ketinggian ini saya hanya yakin pada takdir |
Habis cable car, perut lapar. Terus ke Kuah cari makan. Pastu beli sesuatu kat Kompleks Haji Ismail Group. Takde plan nak beli belah sebenarnya. Pinggan mangkuk atau periuk belanga? Bukan saya....
Kawan2 yang terhidu tentang keberadaan saya kat Langkawi mula mengirim tuala dan coklat. Sebenarnya saya tak bersedia mengambil pesanan sebab masa dan ruang luggange yg terhad. Bayangkan coklat dan souvenirs untuk 5 anak saya dah sepenuh2 bag sampai saya terpaksa beli 1 bag extra. Tu belum masukkan tuala kiriman kawan2. Akibatnya, saya kena compress sepadat2 tuala yang nak dibawa balik dan malang sekali, cuma 1 bag aje yg boleh check in. Bila letak 2 bag, berat terlebih pulak. Kena la pikul sorang satu handcarry luggage + handbag yg sarat (dan John pikul backpack yg sarat jugak). Inilah dia bila orang mengirim.
Beli beli beli, terfikirkan barang untuk diri sendiri. Saya sempat beli kotak perhiasan. Yang lain2 semua utk anak2 saja.
![]() |
buat masa ni tak tau nak letak apa |
Dan 2 helai tuala. Sibbaik tak beli lebih. Mana nak sumbat?
24 jam tak cukup untuk saya. Mesti nak kena datang lagi. Kali ni nak bawak anak-anak. Dan lepas tu nak buat rombongan cik kiah. tak sabarnya....
Akhirnya saya sampai jugak ke Langkawi!