Assalamualaikum.
Hari ni aktiviti anak2 penuh!
Hari ni aktiviti anak2 penuh!
Semalam cik sulung ada birthday party pastu sleepover kat rumah birthday girl. Sebelum hantar dia, saya sempat buat urusan kat Elken stockist dan Poslaju dan Giant.
Hari ni pagi2 dah kena hantar 3 lagi anak untuk ke karnival sekolah SKPU3 yang sebenarnya saya tak pasti di mana. Tapi saya dengan kondifennya nak guna Waze seperti biasalah. Eksyen pulak tu tak tanya John direction atau landmark. Biasanya pakai Waze mesti sampai, takkanlah setakat 4 - 5 km dr rumah tak boleh sampai ye tak?
Jam 9am saya dah mula start enjin dan bawak anak2 saya ke sekolah tersebut. On Waze dan ikut je direction. Bila sampai ke sekolah lama anak2 saya iaitu SKPU1, Wazey kata SAYA DAH SAMPAI DESTINASI (You have arrived at your destination). Hantu betul. Salah sekolah la dey! Lalu saya cari lain punye direction ikut Foursquare yang orang2 sebelumnya check in dan GO. Kali ni jalannya lebih mencabar, ikut jalan belakang. Dan totally jauh beza dari direction sebelumnya. Ngok sungguhlah. Masa ni la dia nak macam2. Tetapi sampai satu apartment, Wazey kata saya dah sampai. Mana sekolahnya???? Haiyooooo.... ada yang makan talipon ni karang. Perut lapar ni!
Saya hangin satu badan lalu call John. John kata, balik rumah, biar dia drive. Saya pun balik rumah dengan hati kurang sejuk.
Bila John yang bawak, baru la saya tau betapa senangnya nak cari sekolah ni. Entah kenapa Foursquare kasi salah location. Siapa la yang bongok check in tapi letak nama salah? Sengal betul.
Lepas hantar anak2 ke sini, dan lepas saya bagi arahan dan sedikit tazkirah pada 3 beradik ni (dos and don'ts) kami jemput anak sulung kat rumah kawan dia dan bawak dia bersama2 kawan dia ke pusat music pulak sebab anak sulung ada persembahan pinano utk Open Day. Sekali lagi, saya tak dapat nak tunggu sebab kena balik rumah uruskan hal laki pulak.
![]() |
3 sekawan 3 gaya - masa saya pilihkan baju dia semalam, saya sempat pesan, "Walau skrg zaman colorblock, jangan bergaya bagai badut" |
Setel sediakan lunch, layan laki makan jap, tiba masa menjemput anak2 pulak. Phewwww..... bukan senang jadi housewife. Anak berderet, lagilah macam2 hal. Anak remaja lain hal, anak kecik lain hal, anak jantan lain hal. Anak2 Elken pulak sekarang ni tengah belajar kat Manager Workshop. Maaflah kali ni saya tak dapat nak layan. Kesian anak2 yg di rumah, 8 bulan saya konsentrasi pada anak Elken, dah tiba masa saya capai balik apa yang saya terlepas beberapa bulan ni.
Saya tak maulah kejar kejar kejar tapi anak yang di rumah tercicir segala urusan. Itu dah sangat tak patut. Sekarang memang saya nak tarik handbrake sikit dan dah tiba masa saya meminta anak2 Elken berdikari. Bimbingan tetap ada tapi kalau nak suruh teman sepanjang masa ke aktiviti, itu tak dapatlah saya nak tolong.
Masa saya tulis entry ni, masih ada lagi urusan hari ini yang belum selesai. Memang seronok sebenarnya menguruskan hal keluarga. Selepas lebih 8 bulan saya pulun buat Elken, tiba satu ketika saya sangat rindu nak jadi fulltime housewife balik. Bayangkanlah, hari Sabtu pun saya dan John keluar ke mastering class untuk bagi semangat pada rangkaian (untuk datang belajar dan mendalami bisnes Elken). Lepas mastering class kalau downline minta tolong pergi sharing, kami turun padang. Kadang2 tengah malam baru balik, dan anak2 dah tidur. Hari Ahad pun belum tentu free lagi. Kadang2 ada pulak kursus itu dan ini. Bak kata John, nak buat apa2 biarlah betul2. Nak main motor pun kena betul2. Kalau nak, John belikan sebijik motor. Eh tetiba jek.
Tapi apa2 pun mesti dirancang betul2. Jadi sekarang, saya tengah rasa nak tumpukan pada hal anak2 yang memang tengah banyak hal sebelum cuti sekolah bermula. Saya tak mampu nak capai 2 benda dalam 1 masa. Dah try dah. Macam nak mamp rasanya. Tapi ada sedikit lega sebab rangkaian dah mula terbina dan ada yang boleh dah jalan sendiri walau tak satupun boleh bergerak pantas macam yg saya dah buat dalam masa 6 bulan pertama. Take your time..... berapa lamapun mereka perlukan, saya sedia menunggu.
Adios.