Assalamualaikum.
Sekarang ni upline tersayang saya dah berada di Spain, Elken Crown Council Members' Invitation 2013. Saya dan John tercicir tak dapat ikut. Sedih sedih sedih!!! Baru plan nak beli handbag baru kunun.. Ada beberapa CCM baru yang tempah tiket express ke Spain, tahniah saya ucapkan. Tak kurang juga yang takde rezeki macam saya, tapi dah berusaha keras sebaik mungkin.
Walau tak dapat ke Spain, alhamdulillah kami berjaya ke Korea main salji. Walaupun orang kata sana bukan tempat shopping, takpelah kita jalan-jalan aje tengok tempat orang. Yang mana yang fight nak gi Spain tapi tak lepas tu, insyaAllah rasanya semua lepas ke Korea. Harap-harap trip kami sama dengan sideline dari Kuantan. Ada kawan hehehe. Harap-harap lepas ni saya dapat ke overseas trip bersama downline saya. Buat apa jenjalan overseas sendiri2 tapi downline tertinggal? Tak seronok!!! Tapi kalau downline betul2 nak ke overseas trip, saya cuma boleh galakkan, bagi cara dan bimbing, selebihnya kena buat sendiri. Kejarrrrr!!!!!!
Saya akan berangkat ke Korea selama seminggu pada awal tahun 2014. Sekarang tengah fikir2 tentang urusan anak-anak yang bakal ditinggalkan kat rumah bersama kucing-kucing kesayangan. Maklumlah kita ni semua pun kena fikir sendiri. Bukan senang nak minta tolong sana sini.
Nanti saya balik dari Korea saya haplod gambar k??? Hehehhehehe
Jom layan keseronokan yang dinikmati upline saya dan sideline saya kat Spain. *jommakanhati*
![]() |
ini CP Shin suami Catherine |
![]() |
Cath & Shin |
![]() |
happynyeeeeee |
![]() |
kat sana pun masih review downline. Luarbiasak la upline! |
![]() |
Wan Rohani ex cikgu, cikgu Rahim, Wan Rohayu ex manager kedai emas, Norazni CCM baru. Semuanya sideline saya daripada Kuantan. Rajin semuanya!!!!! Income tak kurang RM20k sebulan. |
Makan hati sungguh. Tapi takpe.... Elken bukan setahun dua. Dah 9 tahun jadi ahli pun Elken masih kukuh dan makin kukuh. Pelan-pelan kukuhkan rangkaian sendiri, yang dihajati insyaAllah akan tercapai jugak. Kepada downline saya yang kejap muncul kejap tenggelam, harap2 jiwa dan hati masih bersama Elken. Kalau perlukan saya, sila la contact. Saya sentiasa menanti. Bersedia.
Dalam apa saja yg kita buat, kalau kita putus asa itu bermakna kita gagal. Sama macam mendidik anak-anak, sekali anak kita kurang berjaya tak bermakna dia akan gagal sampai dewasa. Sebagai ibu bapa kita mesti terus membimbing, membimbing, membimbing. Itu adalah tanggungjawab ita sebagai orang tua. Mereka adalah amanah, kalau kita tak pegang amanah betul2, silap2 nanti kat sana nanti berjawab.