Assalamualaikum.
Hello hello.... happy hari ni? Memang happylah gaji Elken baru masyukkkk... awal masyuk gaji neh bulan ni, mungkin sebab hari tu closing pun awal sehari sebab CCM semua nak ke Spain. Pastu mana2 yang tertinggal tu nak siap2 beli baju winter untuk Korea Trip hihihi... TQ Elken sebab sangat memahami!
Dan bukan pasal duit aje buat happy. Ni kekasih hati dah selamat tiba ke pangkuan selepas 5 hari pergi ride tinggalkan saya kat rumah. Seronok nampaknya apalagi dia dah ada gadget baru kan? Olympus TG2 tu, puaslah ambik gambar. Cuma sekarang ni satu keping pun saya tak tengok lagi. Tak transfer lagi ke iPad agaknya.
Malam Isnin John bawak saya makan seafood kat Paradise Lodge. Dulu panggil Travel Lodge. Suka betul saya ke sana sebab ada kolam. Macam romantik je hihihi. Kalau orang sangka saya dan John dah hilang kemanisan lepas hampir 14 tahun berkahwin, memang silap besar sebenarnya. Makin lama kami makin love love muah muah. Kami sedar hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.
Hari ni John ada meeting kat Avenue K. Dia ajak saya join. Macam pelik je... selalunya hal keje saya memang tak campur. Tapi ini macam dah kali ke beberapa kalilah John ajak saya. Ai ok aje. Yg penting ada makan. Apa diorang nak bincang ke nak sembang, ai tak kisah. I boleh main fon sambil makan minum.
Saya tak pernah ke Avenue K tu. Selama ni dok lalu depan KLCC nampak ada H&M besar tepi jalan. Terfikir gak, macam mana nak pergi sana? Kena parking KLCC pastu lintas jalan? Hari ni baru saya tahu yg saya boleh ke H&M tu melalui laluan bawah tanah dari KLCC. Ikut jalan nak ke LRT station tu je. Teruk betul 'bekas orang KL' ni, dah macam rusa masuk kampung. Apa pun tak tahu.
Boleh tahan la Avenue K tu. Tak semak dan tak sesak macam KLCC yang sentiasa ramai orang. Lepas minum kopi, kami terus ke H&M, yang selama ni saya tengok dari tepi jalan tu. Best nih. Ada can nak beli selai dua baju. Buat2 sengkek pasti dapat pau big boss.
Saya tak sempat nak snap-snap gambar. Saya curi gambar dari beberapa blog yg saya google seperti fashiono.my:
Dapat sambar 2 helai blouse yang sangat menyerlahkan kesopanan saya hehehe.
TQ John.
Pastu baru terasa lapar, pergi makan kat Chinoz. Pastu saya tinggalkan John kat suatu tempat sebab dia nak lepak2 dengan biker kawan-kawan dia.
Pastu bila balik saya sambung tugasan sebagai ibu kepada 5 anak-anak saya. Lepas music class macam biasa saya singgah Aeon Big untuk solat maghrib. Masa tu ternampak satu baju tergantung cantik kat kedai yg biasa saya singgah. Baju pesen Waka-Waka namanya. Macam cantik je.... eh memang la cantik. Beli la selai. Memang nak kena rombak lemari saya. Kena ganti baju2 pesen baru. Walau pesen Waka-Waka ni dah agak lama tapi nampak design yang ni macam extra cantik. Sori la malas nak snap gambar. Tapi percayalah, orang yang selalu jumpa saya akan kata saya sekarang dah dressing lain dari biasa.
Gaya tahun baru? Heh heh heh....
Agaknya la kan.
Penutup entry ini ialah, hari ni saya happy. Saya dapat luangkan masa bersama suami, anak-anak dan mama saya yang dah balik ke rumah lepas tukar angin beberapa bulan kat tempat lain. Selain daripada itu, saya juga happy dengan downline saya yang rajin tak putus asa. Downline yang mengejar kejayaan dengan usahanya sendiri, tanpa sogokan, tanpa bantuan berlebihan daripada upline. Ini baru fighter! Saya berdoa agar beliau dan keluarga akan dimudahkan perjalanan bersama Elken, dapat mengubah nasib menjadi lebih cemerlang. Hari ni beliau hanya mekanik repair bas Rapid KL, mana tahu setahun dua lagi akan memegang title jutawan Elken!
Amin.