Assalamualaikum.
Lama dah kisah ni saya simpan. Tapi tadi tetiba teringat, lalu saya ceritakan pada John. John kata, "Apesal tak tanya balik?"
Kisahnya begini....
Beberapa tahun yang lalu.....
Tak lama sangat lah. Tapi masa tu FB dah ada dah. Ramai dah pandai guna FB untuk sharing segala. Saya tak terkecuali. Pastu makin lama makin la terjumpa kawan-kawan lama. Seronok jumpa kawan lama ni. Ada yang masih sama rupa macam dulu, ada yang dah terkecil, ada yang terbesar sikit. Ada yang berjaya, ada yang masih mencari-cari dan mengejar-ngejar.
Semestinya saya dah 'berjaya' memproduced 6 anak dalam masa kurang 15 tahun. Yang lain-lain tu bonuslah Allah nak kasi lebih, alhamdulillah. Tapi takdelah niat dalam hati nak menunjuk. Kalau saya nak tunjuk pun, ada la sorang dua saya nak tunjuk tapi awal-awal saya dah block diorang dari FB atau apa saja, bererti tak berpeluang la orang tu nak nampak apa-apa.
Pada suatu hari saya terima panggilan telefon daripada seorang kawan sekolah yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Panjang cerita. Habis ditanya segala, laki keje apa, kita keje apa, anak berapa, rumah kat mana, jenis rumah apa, berapa harga, segalanya dikorek. Bila saya bgtau rumah saya ni intermediate aje, teres lama yg dah berusia lebih 4 tahun sebelum saya pindah 7-8 tahun dulu, dia terus bgtau saya, rumah dia corner lot, harga (lebih mahal dr rumah saya), itu ini segalanya nampak lebih bagus dari saya. Alhamdulillah, baguslah. Berjaya kawan saya ni.
Borak-borak kosong ni tak meninggalkan apa-apa kesan pada saya. Saya dan John bukan sekolah tinggi sangat. John tinggi sikit dari saya. Apa kejayaan yang John bawak balik ni bagai satu anugerah tak terhingga. Jadi tak heranlah kalau orang2 yang belajar tinggi tu lebih berjaya dari kami. Kami kagum. Serious.
Tapi hari ni saya terkenang akan 'borak-borak' kosong kawan saya tu.....
Dah beberapa kali saya pergi rumah dia....
Mungkin dia terlupa dia pernah gebang macam-macam dengan saya......
Tapi sampai hari ni saya tak nampak yg rupa bentuk rumah dia jenis corner lot. Kalau mata saya tak rabun lagi, rumah dia intermediate gak. Bukan sebelah corner lot pun. Saya tak nampak begitu dan begini, tak selari dengan cerita dalam phone.
Tapi saya tak kisahpun. Saya bukan seorang pelupa. Mungkin lupa sekejap, tak lama lagi saya ingat balik. Masa pertama kali ke rumah dia, saya dah terdetik dalam hati tapi saya bolayan saja. Malas nak fikir. Tapi bila berlaku satu insiden baru-baru ni (sori tak bleh cerita), saya terkenang balik. "Dia ni sebenarnya ada apa masalah dengan saya?"
Cuba berlawan atau bersaing?
Tak puas hati tang mana agaknya?
Tapi yang kelakarnya, nampaknya dia berusaha menaikkan kedudukan dia lebih tinggi dari saya. Dari dulu mula-mula bersua kembali kat FB, sampai sekarang masih berusaha menang. Nak menang? Menanglah.... ambik la semua. Saya kasi free. Yg penting jgn ganggu keluarga saya, sudah.
Bahaya betul media sosial. Boleh membangkitkan pelbagai jenis perasaan. Kat media sosiallah kita boleh jumpa macam-macam. Yg sayang kita, yang suka kita, yang dengki kat kita, yang tak puas hati, yg perli2, yang tak hormat pun ada. Jgn kerana kita 'cemolot' kita boleh komen apa saja. Apa lagi ttg perkara2 sensitif. Belajarlah daripada pengalaman. Silap-silap kena remove friend atau kena block terus. Paling tidak masuk 'restricted list'.
Ha Ha Ha.