Assalamualaikum.
Hari ni anak tolong masak lagi. Kemain seronok dia nak tolong saya masak. Kalau semalam nampak macam kekok ke dapur, hari ni nampak ada peningkatan.
Meh la tengok gambar. Menu hari ni, dim sum goreng, sayur siew pak choy tumis dan kari kepala ikan merah perrrrggghhhhh......
![]() |
almerez orang Filipina kata - tumbuk lesung orang Melayu kata. |
![]() |
ada gaya? |
Hari ni masak lewat sikit. Lepas jemput anak2 lelaki balik dari solat Jumaat baru start masak. Sementara tunggu lauk siap, kami bedal dulu Big Apple Donut dan Aunty Anne's Pretzel ~ Caramel Almond feveret saya tu, yang saya singgah beli kat Alamanda. Dah lama tak makan pretzel. Dulu masa masih bujang, tiap2 minggu melintas dari rumah ke seberang jalan ke Sunway Pyramid. Ingat lagi, my ex besfren (ex lah... skrg tegur dalam fb pun tak pernah) yang ajar makan pretzel Caramel Almond tu. Perasa lain ai tak bleh nak telan. Hari ni saya 'ajar' anak-anak saya pulak makan pretzel, perisa yang sama.
Sorry kepada yang terliur...
Sekarang ni orang2 Elken sibuk nak kurus badan dengan Sensualite, saya pulak 'ghairah' melahap sesuka hati. Rasanya berat dah melebihi tahap selamat. Pasti lebih 56kg hihihi. Tapi kalau ikut BMI saya boleh pulun sampai 59kg. Bukan tak sayang badan, cuma masa saya kurus 50kg, muka saya jadi sangat kecik dan cengkung. Sekarang tambah lemak, tambah kolagen El Marino Blanc, ada la bulat sikit pipi ni. Bila ketawa, mata hilang sebab pipi dah tolak ke atas.
Pendek kata kepada cerita hari ni, sedapnyaaaaa makan!