Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Menilai Diri

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebenarnya macam malas nak update blog tp sebab saya tersedar yang saya bayar US$4.99 sebulan untuk 'sewa' ruang kat Google utk isi gambar bersize total 100GB, macam rugi pulak kalau tak nulis blog dan upload gambar. Kalau dulu sampai terpaksa nak delete banyak gambar dari entry lama sebab ruang dah tak ada nak upoad gambar baru, sekarang dengan modal kira2 RM15 sebulan saya dapat tulis blog dan upload gambar sesuka hati tanpa masalah.

Layan gambar dulu... (seratus gambar pun tak abes pakai 100GB rasanya)






OK jom cerita lain lak.

Sebelum cuti sekolah macam-macam plan dah buat. Nak ke Italy lah, ke Rome lah, Dubai lah, Hong Kong lah....

Tapi macam tahun-tahun sebelumnya, bila akhir tahun adalah masa-masa gila kerja untuk John. Kalau dapat berjalan tu kira curi-curi time la tu. Tapi macam biasa jugak, akan nampak pose-pose begini sepanjang masa...


atas katil hotel

lounge hotel

lunch di Johnny's

Paradigm

Langkawi

dinner kat coffee house

coffee house
check in hotel

Pendek kata, di mana saja, bila-bila masa, John tak boleh lekang dari phone. Kerja di mana-mana pun tetap kerja.  Ni saja je la nak kata, John memang kuat kerja, takyah kata kat rumah, kat ofis pun jarang nampak muka. Kalau masuk ofis pasti ada banyak benda nak sign, nak buat meeting dengan staff atau ada kerja2 yang memerlukan dia kat ofis. Kalau tidak, memang manjang takde kat ofis sebab memenuhi appointment atau pergi cari job/buat marketing.

Yang kelakarnya, saya diberitahu bahawa seorang exstaff komplen John takde kat ofis kebanyakan waktu utk 'tunjuk ajar' kerja kat staff. Oleh itu staff 'tak reti keje', bagi assignment sampai sebulan apa pun tak ready, draft pun takde, sedangkan bukankah masa interview boss dah siap-siap memilih yang layak saja, bererti:

1. berpelajaran dan berkelulusan; sekolah tinggi pasti cepat belajar

2. berdikari - takkan nak kena ajar A sampai Z baru nak paham? Bagi guidelines dah la. Kan ada GM kat ofis utk guide?

3. gaji ribu-ribu bukan untuk menyemakkan kepala boss. Kalau semak kepala baik ambik lulusan SPM keje kerani.

Dan.....

Kalau boss asyik duduk ofis, bersiap sedialah untuk dibuang kerja sebab boss dah tak mampu nak bayar gaji. Almaklumlah boss asyik duduk ofis goyang kaki tak cari job tak buat marketing. Apa yang diorang nampak, boss asyik merayap. Dia tau tak betapa susah hati saya sebagai isteri bila contact suami saya tanya keberadaannya, jawapan yg saya dapat macam ni lebih kurang....

"abang kat KL ada meeting, tadi kat PJ jumpa dot dot dot, sebelum tu ke Seremban bawak mak ke hospital, lepas ni nak ke Shah Alam pulak hantar company profile...."

Dan bila dah pukul 3am tak balik2, call dia rupanya tengah rehat kat tepi jalan sebab "tadi terlelap sekejap tengah drive, tu yang tido jap kat stesyen minyak" 

Ingat senang nak hidup senang? Apa saja yang kita dapat, semuanya hasil titik peluh dan penat lelah. Mana ada benda free dalam hidup? Janganlah simpan perasaan dengki sesama manusia. Kita nampak orang hidup lebih sikit kita dah iri hati. Tahu ke tidak bagaimana payah orang tu nak berusaha naikkan taraf kehidupan?

Meh citer sikit sebelum John mula berniaga, John kerja kat syarikat milik orang Cina. Macam mana John diperah tenaga dan kudrat dan akal sehingga beliau layak dijadikan asset syarikat. Sama jugak tak lekat kat rumah. Outstation memanjang. Sama aje macam sekarang. Bezanya dulu kerja makan gaji, sekarang kerja sendiri. Masa tahun2 pertama John mula bukak company sendiri ada banyak pelabur Cina cari John untuk ajak John bergabung sebab 'aset' yang John ada tetapi bak kata John, enough is enough. Dah sampai masanya John buat sesuatu untuk diri sendiri. Bisnes atau makan gaji, kalau kita kerja secara ikhlas seharusnya kita kerja sungguh-sungguh. Kalau makan gaji sekalipun, bila kita kerja sungguh2 secara ikhlas insyaAllah suatu hari nanti usaha kita akan dibalas. Kalaupun boss tak kasi bonus lebih, Allah akan bagi ganjaran cara lain. Mungkin peluang yang lebih baik. Allah takkan terlepas pandang. Yakin je la. Jangan iri hati dengan orang lain.

Kesian John. Sebagai isteri kadang2 rasa serba salah. Kadang-kadang makan pun tak sempat. Sebab tu John beli Sensualite untuk diminum waktu beliau tak sempat nak cari makan. Sensualite kan meal replacement yang berkhasiat dan boleh bagi rasa kenyang. Setidak-tidaknya takdelah gastrik.


nak order meh contact saya

 Pendekkan cerita, sebelum kita menilai orang lain, apa kata kita menilai diri sendiri dulu. Adakah gaji yang kita terima tiap2 bulan tu, layak kita terima? Jangan tau2 nak smash orang esp boss kita sepanjang masa. Dulu masa saya kerja pun, tak berani nak datang lambat. Keluar dan balik dr lunch pun tepat masa, takde ambil time off. MC jarang2 cuma bila betul2 demam panas. Itupun saya pernah dtg ofis masa demam sebab nak siapkan gaji staff. Kalau saya tak datang nanti staff lain tak bergaji pulak. Waktu solat tak curi time lama2 (tido dalam surau mungkin?). Habis kerja ofis terus ke KL kerja part time. Hujung minggu banyak terima tempahan andaman. Malam masih part time. Saya bekerja 7 hari seminggu. Alhamdulillah skrg saya dapat suami yang rajin bekerja. Itulah yang saya katakan 'ganjaran kerana kerja dengan ikhlas'. 

Allah Maha Melihat.

Wassalam.


 








Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>