Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

The Hobbit : Desolation Of The Smaug

$
0
0
Assalamualaikum.

Balik dari Penang saya dah tergedik nak tengok Hobbit baru. Hari Khamis 12 Disember baru start main wayang, hari Rabu saya cepat2 beli tiket online pakai GSC App. 7 tiket berjaya dibeli, dan masa pilih seats memang tengah kosong lagi.

Tiba hari tayangan, saya tengok panggung penuh. Tempat duduk kosong kat sebelah kami yang tinggal 1 tu pun ada orang. Memang biasanya port kitorang adalah di seat kiri sekali yang sama ada cuma ada 2, 3 atau 4 seat dalam satu baris. Tak suka ambik seat tengah2 sebab asyik kena tengok vontot orang lalu lalang depan kita. 

Tak peduli la review orang kata selow ke, tak puas hati ke, apa ke... pada saya, membeli tiket Hobbit lebih berbaloi daripada beli tiket filem lain buat masa ni. Orang kata Hunger Games best, saya tak terliur nak gi tengok sebab bila tengok prequel kat Astro, citer dia kisah memburu dan membunuh orang (oleh remaja), yang pada saya, idea vongok. Tak taulah sequel ni kena buru apa pulak, tapi lantaklah. Baik tengok Hobbit dan Dwarfs bunuh menatang-menatang pelik lagi ok.

Dalam Hobbit kali ni tak banyak sangat makhluk pelik yang ditonjolkan melainkan Orcs yang diketuai oleh Azoq. Pastu ada watak2 utama yang baru seperti si hensem Bard. Tak ketinggalan watak si rambut lurus panjang Legolas (elf lelaki) dan Tauriel (elf pompuan) yang cekap memanah. Dan kali ni si dwarf Kili agak menonjol kehensemannya.

OK John dah panggil nak kuar. takbleh citer panjang ni. 

Jom tengok gambar je la. saya ambil dr FB milik Hobbit tapi saya dah edit guna Samsung S4 Zoom app.














Ada komen2 mat minah saleh tension dan komplen kenapa bukan Hobbit yang bunuh naga (Smaug).... helo helo.... dah sah-sah filem ni adaptasi novel tahun 1937. Dia buat citer ikut buku la beb. Lagipun ok apa kalau si hensem dan gagah perkasa yang bunuh Smaug? Tapi kena tunggu sequel baru : There And Back Again.

Sekian.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514