Assalamualaikum.
Hari ni saya terima panggilan telefon.
Caller: "Hello, ni Lya ye?"
MrsLya: "Ye saya"
Caller: "Saya nak tanya pasal Sensualite"
MrsLya: "OK"
Caller: "Awak ada stok Sensualite perasa Vanilla?"
MrsLya: "Saya kena check dulu kat stockist. Boleh saya call balik?", lalu saya tanya nama dia.
Saya dah biasa layan call, sms, whatsapp, email yang mana semuanya adalah kerana entry blog yang saya tulis mahupun produk yang saya jual. Saya pernah kata kadangkala saya bosan dah nak layan soalan terutamanya yang berkenaan KASTAM. Hanya kerana 2 pengalaman saya ambik beg kat kastam, saya dianggap pegawai kastam bertauliah. Sejak kebosanan itu, saya dah tak layan email atau komen di ruangan komen yang tersebut.
Pastu sejak saya buat Elken, memang ada banyak jugak orang contact saya. Alhamdulillah bisnes berjalan lancar. Tapi kadang2 saya rasa ada orang yang rasanya macam kurang berakal yang menggunakan saya untuk kepentingan diri tanpa memikirkan perasaan saya sebagai pengedar Elken. Dalam Elite seminar ada belajar ni... agaknya diorang ni tak pergi kelas, tak belajar etika sebagai pengedar, sebab tu la jadi gitu.
Hari ni saya terima panggilan telefon.
Caller: "Hello, ni Lya ye?"
MrsLya: "Ye saya"
Caller: "Saya nak tanya pasal Sensualite"
MrsLya: "OK"
Caller: "Awak ada stok Sensualite perasa Vanilla?"
MrsLya: "Saya kena check dulu kat stockist. Boleh saya call balik?", lalu saya tanya nama dia.
Selepas itu saya terus call stockist dan tanya stock. Masa ni saya tengah masak asam pedas ikan tenggiri kat dapur. Siang tadi saya tak masak sebab kami semua makan kat kedai. Bila balik 3.30pm tengok2 cikmed tak masak apa pun. Entah apa yg dia makan, saya tak tau. Kalau kita tak masak dia tak masak, tak makan. Nanti balik Filipina komplen la saya tak kasi makan agaknya. #hangin. Padahal macam-macam ada dalam fridge. Makin lama makin buat darah naik tau cikmed ni.
Lepas call stockist saya call la 'makcik' tadi.
MrsLya: "Gayah, Sensualite Vanilla ada stock. U nak beli?"
Caller: "Oh, jadi kat stockist Seri Petaling ada stock la ye?"
MrsLya: "Saya tak ambik stok dari Seri Petaling. Saya ambik kat tempat lain"
Caller: "U ambik stok kat mana ek?"
MrsLya: "Dekat stockis dot dot dot"
Caller: "Kat mana alamat dia?"...
Dan saya dah rasa dipermainkan. Lalu saya tanya dia...
MrsLya: "Awak ni ahli Elken ke?" dengan suara kurang mesra la kan. Hangin aku. Dah la kacau orang tengah masak!
Caller: "Ye".. pecah rahsia kan?
Saya mula buat suara mcam takmo layan sebab dia tak sepatutnya call saya untuk butiran seperti itu. Ini sudah dianggap tidak ada etika. Takyah cakap pasal pahala atau dosa atau amal ibadat kat sini. Kita ikut sistem pendidikan Elken aje sudah. Lalu si Gayah kata takpelah dia akan cari sendiri tempat tu. Clever... nak kejar target pun bukan ini caranya. Ikut sistem la baru betul. Pergi naik atas cari upline. Bukan pergi cari saya, sideline anda!
Dan ini bukan kali pertama. Beberapa kali saya 'melayan' soalan orang hanya sebab upline masing-masing tak buat kerja!!!!!! Dan saya pernah layan downline saya punya soalan yang dia dpt daripada downline orang lain. Bila saya dapat tahu, saya kata, jangan layan lagi lepas ni. Biar diorang cari upline masing-masing.
Tujuan blog bisnes www.cucimatashop.com saya dicipta adalah untuk mencari pelanggan, bukan untuk tujuan amal. Kalau ada orang mendapatkan faedah secara tak langsung, alhamdulillah saya ikhlaskan. Tapi kalau sengaja call atau whatsapp walau awak dah jadi ahli Elken, saya harap anda hentikan hubungi saya atau jangan terfikir langsung la nak buat. Yang belum jadi ahli pulak, anda bebas membuat pilihan. Nak beli daripada saya atau orang lain.
Entry ni kedengaran macam sombong.... bukan sombong ye, tapi saya cuma minta hak saya aje. Sekian.