Assalamualaikum.
Sekarang ni kat mana2 blog, twitter, fb, manjang orang cerita pasal durian crépe. Cara menyebut crépe yg sebenar bukan 'krip' ye.. Sila la google dulu. Sebagaimana saya salah menyebut cache, seperti itu jugalah ramai yg salah menyebut crépe. :P
Mula2 nampak gambar durian crépe ni, saya takdelah terliur sangat. Tapi bila beriya2 orang meniaga dan beriya2 orang membeli, saya teringin nak tau, apa benda durian crépe ni? Saya tau crépe ni sejenis penkek nipis yang orang selalu makan dengan ice cream tu dan berlipat segitiga tu. Tapi durian crépe? Takde pulak rupa crépe, tebal pulak, empat segi lagi.
Lalu saya google dan cari resepi. Ini resepinya:
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
Satu sudu teh vanilla
Satu sudu besar melted butter
2 cawan susu atau santan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Semua bahan diblend, ditapis dan dimasak ala penkek
Utk inti durian: isi durian diselang seli dengan whipped cream.
Senang aje. Untuk makan sendiri kira dah ok dah. Tapi ada org guna beberapa jenis tepung menggantikan tepung gandum untuk hasil yg lebih kawww. Yelah takkan la yg meniaga crépe kat Sunway Pyramid tu guna resepi simple mcm ni? Mesti la ada secret recipenya. Ada bahan spesel dia. Harga durian crépe berbeza2 mengikut penjual. Ada yg jual RM10 dapat 5 ketul. Ada yg jual RM10 dapat 3 ketul aje. Saya rasa tak berbaloi je beli benda yg saya boleh masak sendiri dengan jayanya hihihi. Pulak tu saya memang ada geng durian kat rumah. Tak terasa la membazir kalau buat durian crépe sendiri.