Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

From Turkey With Love Day 2 : Bursa Ke Kusadasi

$
0
0
Assalamualaikum.

Bermula hari ke 2 trip ke Turkey.

Pagi2 sarapan dulu kat hotel. Masa ni semuapun sedap aje. Maklumlah baru masuk hari ke 2. Semuanya indah-indah belako.




Lupa nak cerita. Hari pertama saya bawak camera Canon Powershot SX40HS saya. Hari ke 2 saya bawak John punya camera Olympus Tough TG2. Masa kat Korea John bawak satu camera, saya bawak satu camera (NIKON DSLR D5200) tapi bila buat photobook, ada masalah sikit dengan gambar2 dari TG2 John sebab resolution yg kecik. Rupanya tuan punya camera tak reti setting mengikut mode yg digunakan kekekkekekeke. Bila dapat kat tangan saya, saya explore sampai resolution dah jadi besar. Jadi takde masalah nak print besar2 utk photobook.

Pagi-pagi lagi dah hujan dah. Kami dibawa ke Grand Mosque untuk lawatan seterusnya. Bila sampai masjid tu, keadaan agak berbeza dengan Blue Mosque jadi saya tak pasti kalau masjid memang masjid yg sepenuhnya untuk solat atau dah tukar jadi muzium macam Blue Moqsue. Tapi, ustaz Aiman ada kata, kalau nak solat dhuha boleh la solat dalam masjid. Jadi, saya menolak untuk masuk ke dalam masjid sebab saya dalam keadaan tak bersih. Saya cuma bergambar di luar.






Gambar2 di atas adalah gambar yg diambil oleh rakan saya. Memang cantik juga Grand Mosque ni. 

Selepas Grand Mosque kami melawat Green Mosque (Yeśil Mosque) Green mosque ni ialah private mosque untuk sultan. Binaannya sangat unik dengan marmar biru-hijau yang sangat cantik. Saya masuk Green Mosque sebab hujan kat luar sana. Tapi bila masuk, ruang yg kami lawati tu tak berapa besar, ada fountain di tengah2, ada beberapa ruang yg menurut wikipedia ianya ruang diraja. Masa kat dalam masjid, hanya grup kami yg daripada Malaysia. Pengunjung lain nampak macam pengunjung Timur Tengah.


salah satu ruang tinggi tempat kerabat diraja Ottoman

saya suka betul gambar ni. Belakang kami bukan makam tapi water fountain.

Ada kawan di Malaysia (FB) tanya, "Balak mana tolong ambikkan gambar?". Maaf ye, kami tak heran dengan balak atau kayu balak. Kami setia pada yang satu. Saya bawa mini tripod yg sesuai digunakan bersama camera TG2 dan telefon Samsung S4 Zoom saya. 




Dalam hujan kami redah juga untuk ke Silk Bazaar. Ini tempat shopping pertama kami dan memang tak boleh nak lepaskan. Patutnya hari pertama kami ke Spice Market di Istanbul tapi tak sempat lalu dijadualkan akan ke sana semula pada hari terakhir.



pilih2 selendang sutera. Harga berpatutan dalam TL30.00


Kat Silk Bazaar saya beli 3 helai selendang sutera @TL 20 - 30 dan 2 tasbih natural stone hadiah untuk 2 orang istimewa pada harga TL135.00 setiap satu. Yg murah2 memang ada tapi untuk orang istimewa mesti ambil yg istimewa jugak. Lepas ni, saya teman kawan cari shisha sampailah tour guide bang Brahim cari kami yang tak naik2 bas hahaha. 

Tapi bagus jugak kami lambat (sebenarnya tak tau mana nak cari bas parking kat mana - sibbaik bang Brahim jemput, jumpa dia kat tengah jalan).. sebab masa jemaah lain menunggu, ada peniaga yg akan approach jemaah dalam bas untuk beli brg dengan harga murah. Masa tu jemaah dapat la beli karpet murah2 pada harga TL20. Jadi, kalau uols yg ke Turki lepas ni rasa brg kat kedai yg tour guide bawak tu mahal melampau, beli aje dr peniaga yg jual brg kat bas uols ok. Gerenti murah. Biasanya karpet, sejadah, turkish delight dan t-shirt memang boleh dpt murah.

Lepas shopping kat Silk Bazaar dan atas bas, kami menuju ke distinasi seterusnya iaitu Kusadasi. Dari Bursa ke Kusadasi tak dekat. Lebih kurang 423km dengan perjalanan selama 6 jam dengan bas. 6 jam???? Ye..... 6 jam bebeh!!!!

ni namanya kebab, sayur mentah dan nasi

ni namanya salad. Telan mana boleh je lah.

Dalam perjalanan tu kami singgah ke Candy Factory. Kat sinilah ada banyak candy (Turkish Delight dan sebagainya) dijual pada harga yang melampaui batas hahahhaha. Kalau sedap macam Ferrero Rocher ai ok aje. Tapi satu candy pun saya tak tertelan sebab manis melampau. Satu kotak Turkish Delight dijual pada harga USD10. Siapa yang beli memang menyosa. Tapi mmg ada yg beli. Saya dan kawan2 tak kuasa nak beli. Ada banyak hari lagi nak harung, tak sanggup nak kehabisan wang sebelum menjelma hari terakhir. Bayangkanlah... kat depan BB Plaza KL aiskrim Turki dijual pada harga RM5. Kat Turki ia dijual pada harga TL5 (kira-kira RM10). Memang kena jimat duit. Tak boleh hambur sesuka hati. 


kami dihidangkan dengan semua ini secara percuma. Bak kata pompuan Turki tu, "Boleh makan semua"

boleh makan semua.. sebab harga beli sekotak dah cover kos untuk semua ni hehehhe

Lepas 'beli' dan 'belah' dari kedai candy ni, kami terus ke hotel. Dengan cuaca sejuk tu, jangan risau kalau asik nak terkucil terbeseee sebab akan ada toilet break dari semasa ke semasa. Minum ajelah air mengikut keperluan badan anda. Jangan dehydrate dan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Sebab baru-baru ni saya dengar ada seorang pengikut tour ke negara orang yang pengsan dehydrated sampai kena panggil ambulance. Paling pelik, dia xminum air cukup sebab was was dengan air mineral yang disediakan. OH EM JI........ kalau was- was mengapakah ke luar negaraaaaa????? Setidak-tidaknya perlu memahami maksud 'darurat'. 


Inilah hotel penginapan di Kusadasi. Kusadasi agak jauh dari town. Inilah yg terbaik. Janji ada wifi.
Bila rindu kat Cik Rai, saya check Photo Stream kat iPad..... sebab iPad dia pun saya on Photo Stream
...

ini yg saya jumpa hehehheeheh
 - to be continued -

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>