Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

From Turkey With Love Day 3 : Kusadasi Ke Pamukkalle

$
0
0
Assalamualaikum.

Macam hari semalam, pagi2 lepas breakfast nak check out hotel penginapan. Hari ni lepas aktiviti sekitar Kusadasi, kami akan ke Pamukkalle.






Di Kusadasi, orang kata leather diorang adalah yang terbaik di Turki. Dan memulakan hari tersebut, kami bermula dengan Leather Factory dulu, konon2 ada sesuatu yg menarik kat leather factory ni. Entah apa yg menarik tah?


Eh sebelum terlupa... kami dah 'geng' dengan jemaah2 yg lain tak kira pangkat tak kira umur. Sebab masa hari semalamnya kami dah suai kenal dalam bas. Baru la tak keras membatu.

Sampai aje kat dalam Leatherium tu, kami dipersilakan masuk ke satu ruangan khas. OOOOOOOOO rupanya diorg nak buat fashion show.....



Saya ok aje tengok show. Tapi kesian tengok pakcik makcik... macam tersipu2 malu. ustaz pun tak kelihatan kat dalam tu. Dia duduk luar agaknya. Apa yg saya tahu, setiap itinerary dibuat mengikut garis panduan pihak Turki. Tak boleh nak ubah. Jadi, bila tour yg melibatkan usahasama antara pihak tour Malaysia dengan tourism Turki, setiap itinerary perlu ikut garis panduan. Dan salah satu antaranya adalah ini la dia. 

Memang la lawo-lawo jaket kulit dia. Kulit kambing... kulit rusa..... hati saya berbunga2. Saya memang peminat jaket, juga peminat 'kulit'.


sempat mencuba

Tapi bila tengok harga diorang... USD1000.00+.... lepas diskaun dpt USD700+++... terfikir di hati nak roger abang John kat rumah tapi tak sampai hati la pulak. Baru hari ke 3, saya nak spend kat jaket kulit yg baru jumpa? Tak try lagi tempat lain, masih ada 5 hari lagi. Jadi, saya ikut ustaz dan jemaah lain, cepat2 keluar ikut pintu belakang. Ambik gambar lagi baik. Masa lalu kat laluan belakang, saya nampak beg2 yg diorang jual. Ada diantaranya yang ada brand. Tapi, bayangkanlah. Alain Delon leather bag diorang jual pada harga USD300????? USD400???? WTF????? Kat Msia tak sampai RM200 dah dapat Alain Delon. Kat Giant Puchong tu ada.

Sebenarnya kan, saya dok bebel2 gak sebab sepanjang perjalanan ke Kusadasi semalam, ada banyak outlet yg kami lalu tapi satu pun tak benti. Diorang ni memang saja aje takmo bawak ke outlet. Diorg bawak ke tempat2 yg ala2 hiclass sebab pihak tour guide ada kepentingan diorang jugak. Komisyen.


ni namanya pose mencari signal - padahal itu bukan ifon5 saya pun
Lepas lari dari Leatherium tu, kami dibawa pulak ke Ephesus.


Di Ephesus terdapat banyak runtuhan2 binaan iaitu Artemis Temple yg merupakan antara Seven Wonders Of The Ancient World. Temple tersebut adalah Greek Temple yg musnah pada tahun 401. Kat sini panas sikit. Tak sesuai berjaket. Ambik gambar memang cun gila. Kat sini juga ada kucing2 yang sangat pandai posing. 





ada cahaya suci yg mahal tu

masa ni memang orang ramai.

kucing pose gedik


ni namanya jamban. Kalau yg berbatu marmar adalah jamban diraja. Dibawahnya ada air yg mengalir. Tapi sekarang takde dah air tu.

Dan jangan rimas bila ada paparazi yg mengikut ke hulu dan ke hilir.....


Kerana di depan pintu bas nanti akan ada pameran... gambar2 yg paparazi ni ambik akan dijual kepada anda sendiri. Antara nak beli atau tak. Kalau tak beli, saya tak tau apa diorg buat pada gambar2 uols. Oleh itu, saya beli semuanya pada harga TL20 utk 4 keping. Size 6 x 8 inci.



Sepanjang jalan sebelum sampai pintu masuk, dan sepanjang jalan kat luar pintu exit sebelum sampai ke bas, ada banyak kedai yg jual macam2 barang yg menarik. Tapi kami bagaikan tak dibenarkan berhenti untuk membeli belah. Bang Brahim suruh cepat2 masuk bas. Masa ni la kami terdengar sorang peniaga bgtau, tempat2 mahal yg diorg bawak tu diorg dapat hempatpulohpersen. Tapi bila kami mula komplen, Bang Brahim kata dia akan kasi masa untuk beli belah nanti. 

Dalam bas, ustaz announce dalam bahasa Melayu yang tak dipahami dek Bang Brahim.. kalau nak ke mana2 biar dalam kumpulan. Jadi, bang Brahim dan driver nak taknak kena la tunggu. Oleh itu, kami mula memasang strategi baru.

lunch hari ni best boleh tahan

salad dan sup mesti ada
Tapi sebelum strategi dilancarkan, kami kena la bincang2 dulu. Sementara itu, kami ke Cotton Castle dulu iaitu Antique City of Hierapolis. Kat sini ada kolam thermal semulajadi yg kaya mineral.  Diorg kata dulu Cleopatra mandi kat sini sebab tu dia awet muda. Satu pemandangan yg sangat luarbiasa, permukaan kolam thermal ni terbentuk permukaan putih (calcium carbonate) yg bagai kapas dari jauh. 

Masa ni hari hujan, jadi kami kena la berpayung. Pinjam payung dari dalam bas persiaran.





dr pintu masuk nak ke kolam, kena lalu sini dulu

masing-masing nak merasa.. tapi kami tak kuasa. Memadai dengan awet muda yg kami ada.

Subhanallah, inilah ciptaan Allah.



Letih lama2 posing dan selfie kat situ, kami cari kopi kat cafe berhampiran.

kopi dan hot choc yg tiada rasa kopi dan tiada rasa choc .... RM12 secawan
Pastu kami ambik gambar lagi dan lagi sampai habis time yg diperuntukan. 



Dan kami terus ke hotel, check in dan dinner di hotel.......

- to be continued - 









Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>