Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Dalam Musibah Ada Hikmah

$
0
0
Assalamualaikum.

Seminggu sebelum ni saya dapat tahu sedara belah John (belah abahnya di kampung, dan belah maknya di KL) buat kenduri hujung minggu 15 Jun (semalam). Sabtu 14 Jun pun dikhabarkan ada majlis jugak kat kampung John. Ada sedikit rasa frust sebab Cik Rai dah saya daftarkan masuk Frozen Camp kat studio muzik anak-anak saya tu yg dijadualkan pada Ahad 15 Jun (semalam). Oleh kerana kita ni isteri yg cuba jadi taat, awal2 bila dapat tahu tu terus aje fikir Frozen Camp kena let go je. Tapi jari jemari ni mcm tak sampai nak whatsapp cikgu, bagitahu yg Cik Rai tak jadi join.

Dengan moto "Isteri merancang, suami menentukan", saya redha je. Namun begitu penentu terbesarlah yg akan menentukan apa yg John tentukan nanti. Jadi kita berserah la je.

Hari Sabtu, sebelum berangkat balik kampung, singgah De Palma Ampang dulu sebab ada majlis kahwin rakan John. Dia kahwinkan anak perempuan bongsunya. Rakan John ni pernah jadi 'boss' John masa John mula2 nak belajar selok belok bisnes. Sangat pemurah dan baik hati, sampaikan nak tolak majlis tersebut memang tak sanggup. Sampai sana, makan2, tengok penyanyi Nurul perform, pastu John kata dia dah nak pitam. Memang John ada ngadu cherry berry masa kat rumah. Dah telan spirulina dan cherry pun dah stop. Tapi mungkin sebab racun dah attack sendi2, John mula menunjukkan tanda2 sakit. Alamak.


korset macam salah size je. Awak perlukan DX dek!
Bila dah macam tu keadaannya, kami pun minta diri..... tapi kesian tengok John, sampai MEX saya offer drive balik rumah. Sampai rumah John memang melepek. Saya kasi panadol dan supplement pastu suruh rehat. Macam ni keadaan, memang tak jadi balik kampung. Bila dah nak malam tu, badan John panas. Uihhhh teruk nampaknya ni. Saya kasi panadol supaya panas badan turun, pastu saya kasi Elken Lactose utk detox keluar racun2 dalam perut tu. Dan setiap masa saya pantau keadaan dia. Spirulina, Ester C, saya kasi beberapa kali.

Besoknya John masih lemah. Tapi demam dah kebah. Kenduri yang ada terpaksa la kami tak hadir semuanya. Saya mohon maaf bagi pihak John. Tapi apa yg ajaibnya, Frozen Camp yg saya dah ikhlaskan utk kensel tu, dapat Cik Rai join. 

Ini yg dikatakan Dalam Musibah Ada Hikmahnya. 

Dan setiap yg dirancang oleh boss besar manapun, Allah swt jugak yang akan melaksanakannya.

Entry lepas ni saya cerita pasal kem pulak ok.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 514