Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Frozen Camp

$
0
0
Assalamualaikum.

Akhirnya Cik Rai dapat pergi Frozen Camp bila John melepek lembek di rumah sebab demam. Dah rezeki memang tak ke mana. Camp yang 3 jam je tu, dengan bayaran RM50, apa sangat yang kami ibu bapa ni jangkakan hanyalah wajah riang anak-anak kita.

Tepat masa, saya dah sampai studio dengan Cik Rai. Mula2 dia ok aje, seronok nak join kem tapi bila sampai aje sana, masuk dalam bilik yang disediakan, Cik Rai mula tukar fikiran. Alamakkkk!!!!! Saya tau sangat macam mana pemalunya Cik Rai ni bila dengan orang2 baru. Tapi saya takmo la dia terlepas peluang menyeronokkkan ni sebab hari2 dia dok buat parody Frozen kat rumah sampai abang kakak dia naik jelak.

Mula2 saya duduk sama dengan Cik Rai kat dalam bilik tu bersama2 kanak2 yang lain. Tapi apake rupa saya sorang aje 'makcik' kat dalam tu, sementara anak2 yg lain nyanyi2 menari2 lagu Frozen? Cik Rai? Dia takmo langsung join. Dia kepit saya.

Sampai naik segan, saya terus keluar diikuti Cik Rai sama, dengan muka kelat dia. Puas saya pujuk tapi tak berjaya. 


ni malu tapi mahu
Tak lama lepas tu, cikgu kat dalam bilik 'Frozen' tu tutup pintu. Lagu dan aktiviti di dalam kami kat luar ni dah tak dpt nak tengok. Lepas sorang, sorang parent kat sana tegur dia sebab tak masuk dalam. Pada masa yang sama, saya racun, racun, racun.... dan racun kepala hotak Cik Rai sampai dia kata, "Nak tengok je", dan kebetulan masa tu cikgu kat dalam bilik Frozen bukak pintu dan panggil Cik Rai masuk. Cepat2 saya tarik dia ke dalam, pastu saya suruh dia duduk. Saya cakap kat cikgu, "Dia nak tengok aje", dan saya cakap kat Cik Rai pulak, "Mami sakit perut, mami pergi toilet kejap ye".

Saya keluar dari bilik Frozen dan duduk kejap...

Selepas beberapa minit saya tak dengar suara budak nangis pun. Dah ok la tu kot. Saya pun terus gi balik rumah hahahahaha.

Tepat 1.45pm saya sampai ke studio utk tengok performance anak2 ni. Ajaibnya, masuk aje dalam bilik Frozen, saya tengok Cik Rai tengah lompat2 hehehehehe. Kalau mami ada memang dia melekat dengan mami aje. Eloklah mami dapat lepaskan diri tadi.





bayangkan kalau saya gave up awal2.... mesti kesian kat Cik Rai kan?  Sibbaik ada adik yg baju biru tu. Agaknya dia suka tengok kawan baru dia tu pakai baju kaler Elsa.....












Dan sekarang Cik Rai makin ligat berparody. Dan asyik2 cakap, "Mami, nak pergi Frozen Camp". Bila saya kata nanti mami tanya cikgu... dia jawab, "Sekarang!!!!!" Haissshhh... dah satu hal pulak saya nak kena bertekak dengan Cik Rai setiap kali dia mintak nak gi Frozen Camp.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>