Assalamualaikum.
Dah cerita ke belum ek citer ni?
Sekian untuk hari ini. Ngantuk.... zzzzzz.....
Dah cerita ke belum ek citer ni?
Itulah sekali sekala update blog, jadinya tak pasti dah penah citer ke belum. Tapi tak kisahlah, janji ada benda nak dicoretkan ye tak?
Sekarang ni pantang jumpa offer Photobook kat Groupon, saya MESTI beli. Kadang2 serendah RM35 dah boleh buat satu photobook. Photobook ialah satu trend baru menyimpan gambar2 terutamanya yang digital. Kalau dulu kita beli filem, snap, 'cuci' kat kedai, paling banyak satu filem ada 36 keping. Setiap pose kena pastikan yang terbaik sebab tiada istilah 'delete' atau edit pada masa itu.
Tak sama macam sekarang, bila gambar digital, boleh suka2 hati snap sampai beribu foto. Kurang cantik kita edit, terlebih huduh kita delete terus. Tapi tak semua gambar digital ni nak print. Selalunya memang hanya tersimpan dalam cd atau sd card aje.
Sekarang, dengan adanya photobook, kita boleh reka majalah keluarga kita sendiri, boleh buat kompilasi gambar dengan pelbagai topik, siap boleh tokok tambah design, dan sebagainya.
Ada 2 syarikat photobook menjadi pilihan.
1. Photobookmart Malaysia
2. Photobook Malaysia.
hari tu saya beriya design photobook... pastu nak masukkan discount code tetiba gagal... rupanya salah company daaaa..... design kat Photobookmart, masukkan discount code milik Photobook. Hambik kau. Nak buat balik memang malas, jadi terpaksa la beli lagi 1 discount coupon dari Photobookmart.
Setiap satu daripada mereka ada software tersendiri. Kena download, install dan designlah sendiri ikut citarasa sendiri. Mula2 memang kekok, lama2 expert.
Jom layan contoh photobook saya.
![]() |
photobook terawal - large, hardcover, imagewrap |
![]() |
medium, hardcover debossed |
![]() |
Softbook,small |
![]() |
kumbah gambar kawen, scan dan buat photobook. Baru terasa macam pengantin baru |