Assalamualaikum.
Hari ni saya pegi kenduri kahwin. Kawan satu MRSM yang kahwin dengan pilihan hatinya. Hajat di hati nak ber-reunionlah konon tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa hadir agak lambat. Nasib baik dapat jugak jumpa kawan lama 3 orang kat sana dan salah seorang daripada mereka tu ialah kawan yang agak rapat dengan saya. Masih cantik, masih hot, walau anak dah 4 orang, yang hampir-hampir sebaya anak-anak saya.
Ok jugak datang lambat, orang dah tak ramai, pengantin dah tak berapa sibuk. Dan saya pun boleh ambik kesempatan berselfie. Ruginya tak bawak monopod!
Biasalah lepas selfie, tampal pulak kat IG. Dan dari IG dia link pulak kat FB sebab kawan saya yang comel tu katanya IG dia punya password dah lupa pulak. Dari FB, saya tag la nama dia. Daripada situ, kawan-kawan (dan lawan yg ada dalam senarai friends list kawan saya) boleh la tengok gambar yang saya tampal tu.
Jadi, komen yang saya terima untuk gambar tersebut bukan daripada senarai 'kawan' saya sahaja tetapi termasuk 'kawan' kepada kawan2 yg saya tag tu sekali. Apa yg tak best, bila ada dua komen berturut-turut daripada orang yang sama, menegur...
Bunyik dia lebih kurang macam ni.. "Tutuplah auratmu dengan sempurna" dan "InsyaAllah nanti masuk syurga" (yg ni tak pasti ayat sebenar tp maksud dia itu lah dia).
Saya tengok profile pic sedari tersebut, ye memang bertudung elok tapi muka masih bercalit mekap agak tebal. Tak kisahlah dia nak tegur ke... tapi nak tegur biarlah berhemah ye. PM la. Dah la tulis kat ruangan komen, kat gambar milik saya pulak tu (friend of friend). Kalau gambar ditampal oleh tuan punye badan, itu satu hal lain. Saya sendiri kurang senang dengan teguran tersebut, apatah lagi orang yg ditegur pulak? Malu la!
Lalu saya tempek benda ni kat ruangan komen.....
Saya tahu saudari tadi akan dapat notification ttg komen saya.
Pastu saya delete kedua2 komen terlebih sudah tu. Saya harap saudari tersebut akan sedar yg cara dia kurang manis.
Di sini biarlah saya cerita sikit tentang pengalaman saya sendiri. Takyah ambik cerita orang lainlah. Saya sendiri pakai tudung pun lambat. 10 tahun kahwin dengan anak ustaz, belum pernah sekali saya dipaksa pakai tudung oleh mertua saya (ustaz). Dan percaya tak, sehelai tudung pun takde dalam koleksi walau untuk pergi kenduri. Saya sangat degil, tak terfikir nak pakai tudung langsung! Tapi mertua memang tak pernah berhenti beri nasihat, share hal-hal agama (saya kata SHARE sebab ia dalam keadaan tak formal - lepas makan, masa minum petang, masa duduk2 borak, dll). Mertua saya banyak bagi tunjuk ajar, dan berpesan - solat tu mesti jaga, sedekah, rezeki kita ada hak orang lain jugak. Doa2, amalan2, solat sunat dan lain-lain...
Pada suatu hari, saya bangun dengan hati yg bagai diterbalikkan.
Pada hari itu jugak saya malu nak keluar rumah tanpa kain yg menutup kepala saya. Saya yakin perubahan ini adalah kerana doa2 mertua dan John untuk saya selama ni. Ada org lepas kawin terus bertudung, bila berpisah buang tudung. Tapi saya berdoa yg hati saya takkan dibalikkan lagi walau apa pun yg akan terjadi.
Saya tak keluar rumah sampailah tudung2 baru sampai ke rumah kiriman Poslaju. Sibbaik la hari ni order besok sampai. Sejak hari itu saya mula kenal dan belajar pakai tudung yg mana sebelum ni saya tak pernah ambik kisah. Mula-mula memang tak sempurna. Malah bagi saya, saban hari kita masih belajar untuk jadi yg lebih baik. Kini lebih 3 tahun dah berlalu, saya akui saya masih belum sempurna mana. Saya masih berdosa. Saya masih banyak kena mintak ampun. Saya masih belum yakin akan masuk syurga kalau saya mati hari ini.
Jadi, kesimpulannya di sini, kalau kita nampak orang tak tutup aurat dengan sempurna, adakah kita yakin yang kita lagi baik dari dia? Bagaimana kalau suatu hari nanti apabila dia diberi hidayah, bertaubat sebenar2 taubat, entah2 dia akan jauh lebih mulia di sisi Allah berbanding kita. Bila kita menegur orang secara terang-terangan sehingga menjatuhkan air muka org tu, ia seolah2 kita nak bgtau yg kita ni baik, pandai, alim... padahal dalam Islam dah diajar supaya tidak mengaibkan orang lain kalau kita tak mahu diri kita diaibkan. Kalau ikut cara saya, berbuat baik ajelah sesama kita. Tak kisahlah orang Islam atau tidak, berbuatlah baik. Dalam hal yg ini, paling tidak kawan saya ada niat nak baiki diri. Mungkin perlahan-lahan... Dan saya tahu dia sangat menjaga solatnya. Kita takkan pernah tahu rahsia Allah dalam soal mengawal hati kita. Tak ada yg mustahil bagi Nya.
Saya pernah ditanya, kenapa menyumbang kepada badan kebajikan (OKU) bukan Islam? Yg kebetulan wakilnya selalu datang ke kawasan rumah saya naik lori badan kebajikan mintak derma, mintak brg2 terbuang utk recycle atau mesin2 yg rosak. ***kalaulah wakil rumah kebajikan/anak yatim Islam juga lakukan seperti ini..... bukan semata2 minta bantuan ikhlas yg entah sahih atau tidak
Jawapan saya ringkas...
"Manalah tahu di kalangan mereka yg saya bantu ada insan yang Allah pilih"...
Pendek cerita, berbuat baiklah sesama kita. Sekali sekala bersikap curiga terhadap hati kita sendiri.
******* sebab tu saya kata saya tak suka FB!
******* sebab tu saya kata saya tak suka FB!