Assalamualaikum.
Sekrang ni kecoh cerita adik Firdaus dan ibunya Puan Lola yg dikatakan kejam mengurung anak sendiri sampai kurus kering macam mayat hidup. Memang sayu hati lihat keadaan adik Firdaus. Namanya indah, ahli syurga.
Bila cerita tentang ini tersebar, rata2 orang cakap-cakap pasal si ibu. Kecam, hina....
Saya tak sampai hati nak mempertikaikan nasib orang lain. Kenapa? Sebab saya tahu kita yang duduk selesa dalam rumah lengkap perabot, ada aircond, ada meja makan ada kerusi, ada wifi, ada tv, ada astro, memang takkan faham apa yg membuatkan keadaan adik Firdaus jadi begitu. Kenapa si ibu buat begitu.
Kalaulah benar si ibu ni kejam, tak jaga anak, tak kasi makan, tak salinkan baju, Allah swt dah hantar 'wakil' untuk selamatkan adik ini. Alhamdulillah kini adik Firdaus dah berada dalam jagaan yang baik, dah dikasi rawatan, dah dikasi makan, dah dikasi minum, dah dikasi baju dan perhatian seluruh rakyat Malaysia. Tapi rakyat Malaysia tak henti2 mengecam ibu ini. Tak henti2 menyalahkan ibu malang ini, tak henti2 menghina ibu ini.
INGATLAH SAUDARA SAUDARI, INI BUKAN HANYA UJIAN UNTUK DUA BERANAK INI, TETAPI UJIAN UNTUK KITA JUGAK.
Ramai yang mempertikai...
"takkanlah nak beli baju RM5 pun tak mampu"
"takkanlah itu pun tak boleh"
"takkanlah begini pun tak boleh"
Memang pada kita RM5 tu kecik. Memang pada kita, setakat pegi pasar malam beli selai dua baju untuk anak tu adalah sesuatu yang amat mudah. Tapi adakah kita tahu bagaimana sebenarnya dugaan yang Allah turunkan kepada setiap hamba yang Dia pilih?
Kadang2 kita memang takkan faham kenapa dan bagaimana? Kadang2 kalau kita tak rasa sendiri kita memang takkan faham.
Tapi pernah tak terdetik kat hati kita, beranikah kita untuk MEMOHON dan BERDOA seperti ini:
"Ya Allah aku sangat musykil dengan nasib yg ditimpa oleh sifulan. Maka KAU berilah aku kesempatan merasai nasib yang sama persis sepertinya".
SANGGUPKAH?????????????? BERANIKAH????
Dan ingatlah bahawa Allah berupaya menterbalikkan nasib kita sekelip mata. Jangan dok mintak2.
Saya tak berani.... kalau John takde projek berbulan pun dah terasa susahnya. Padahal masih mampu makan ayam goreng lagi. Masih mampu tengok wayang lagi.
Ramadhan bakal muncul. Cukup2lah cakap hal orang. Marilah kita banyak2 beramal.