Assalamualaikum.
Ni cerita semalam.
Ni cerita semalam.
Saya ada urusan di Pos Malaysia. Ada benda penting nak buat. Nak atau taknak, saya mesti kena gi Pos Malaysia. Jadi saya memilih untuk ke Pos Malaysia Alamanda Putrajaya walaupun sebenarnya ada beberapa kaunter Pos Malaysia yang lebih dekat dengan tempat tinggal saya. Tapi saya pilih Alamanda jugak sebab nyaman dalam shopping mall.
Gigih betul rasanya saya nak ke sana. Atas alasan tayar dan lain-lain, John tak kasi bawak kereta saya. Dia suruh bawak jentera berat lagi satu. Padahal jentera berat tu terasa macam memandu bas mini. Setakat dekat2 ni saya ok aje. Setakat balik kampung pun saya ok tapi bila terfikir nak kena masuk parking, cari parking, keluar parking, parking dan parking, saya keberatan untuk bawak jentera tersebut. Semuanya kerana parking.
Tapi semalam, saya terpaksa. Pos Malaysia punye pasal. Saya gagahkan diri, masuk ke parking - lepas. Cari parking - senang. Pastu saya parking pun reverse hokey. Terel ke tak terel? Janji ada reverse camera, insyaAllah dah terel dah reverse parking hihihi.
![]() |
cemerlang. Gambar kat parking memang saya akan snap sebab nak send kepada John. Setiap aktiviti perlu dilaporkan. Kalau lupa parking kat mana, boleh rujuk kat gambar atau John hahaha. |
Pastu lepas lock jentera tu, saya masuk ke dalam Alamanda. Terus menghala ke Parkson, kat situ, sebelah Burger King, opposite Kenny Roger's Roasters sepatutnya terletaknya Pos Malaysia. Tapi bila sampai aje, saya dah nganga.... "Alamak.. mana Pos Malaysia?"
Saya terus duduk di kerusi yg disediakan kat sana. Lara. Duka.
Apa yg ada hanyalah sebuah kedai roti yg baru dibuka.
![]() |
gambar hiasan hasil gugelan |
Pastu saya termenung dan whatsapp abang John. Luah perasaan... uhuk..... John suruh tukar haluan. Cari Pos Malaysia yang lain tapi sebaliknya saya gugel dulu.... carian "Pos Malaysia Alamanda".
Lalu saya jumpa satu blog entry. Blog entry yang menyelamatkan saya daripada kena drive ke mana-mana tah bawak jentera berat tu.
Terima kasih sangat2 kepada http://nazarku.blogspot.com kerana telah menyelamatkan hari saya menjadi ceria semula selepas lara melihat kedai roti kat sebelah Burger King tu.
Lalu saya terus ke tingkat bawah, lalu Coach, ikut escalator kat food court, kat luar bowling alley tu, kalau kiri ke GSC, kalau belok kanan ada Pos Malaysia. Tapi dalam van bergerak aje. Takpelah panas sikit, janji ada.
![]() |
bila tengok rumah kampung sempena raya ni, terus suasana raya mula terasa. |
![]() |
lalu sini |
![]() |
tu dia dah nampak dah |
Yang bestnya, saya datang dalam 2pm. Ada cuma 3 orang sedang beratur. Kalau Pos Malaysia yang lama tu sentiasa penuh. Memang berjamlah nak tunggu nombor giliran dipanggil. Tapi menurut brader dalam van tu, kalau lepas2 4pm tu kadang2 beratur sampai 3 tiang! Kira nasib saya memang baiklah rupanya.
Walau hanya van kecik ni je yg beroperasi, segala urusan yang biasa dibuat kat Pos Malaysia, sama jugak boleh dibuat kat van Pos Malaysia bergerak ni. Donwori. Lenkali, kalau benda-benda gini berlaku lagi, jangan terus melenting. Kita gugel dulu.......
Dan saya keluar parking pun alhamdulillah ok aje. Tak perlu keluar dari jentera untuk cucuk parking tiket. Excellent!