Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Calculator Dosa Pahala

$
0
0
Assalamualaikum.

Sempena hari Jumaat yang mulia dalam bulan Ramadan ni, saya nak ungkit sedikit tentang sikap kita yang kadang-kadang terleka ni..

Baru-baru ni di FB saya terbaca satu post yang orang share kat wall dia. Post tu tentang perbualan si anak dengan si emak tentang orang yg berpuasa tetapi tidak menutup aurat.

Awal perbualannya, si anak bertanya sama ada orang tak menutup aurat itu sah puasanya atau tidak. Dan si emak menjawab, 'sah' sebab membuka aurat tidak termasuk dalam perkara2 yang membatalkan puasa. Saya teruskan membaca sebab saya hanya bersangka baik aje. Mungkin akan ada kata-kata manis yang si emak nak 'ajar' atau tunjukkan kepada si anak yang sedang membesar. Semoga si anak akan membesar dengan baik......

Tapi jangkaan saya meleset sama sekali.

Si emak terus merumuskan orang yang tidak menutup aurat tetapi berpuasa hanya dapat 0 aje pada penghujung hari setelah pahala ditolak dengan dosa sebab tidak menutup aurat. 

Post tersebut mendapat perhatian daripada kawan-kawan kepada tukang share termasuk saya sendiri. Ada yang mula gaduh2 sebab post peribadi tersebut. Yang sedihnya, ramai yang pakai tudung tu mengomen menunjukkan sikap riak dan sombong sebab kononnya dah 'tutup aurat' dan pahala dia dapat ganjaran. Bila tak tahan membaca komen2 macam tu, saya terus pm kat inbox kawan saya, saya minta jasa baik dia supaya delete aje post yg dia share tu sebab orang dah mula gaduh dan ada juga yg riak. "Silap-silap kau pun sama mendapat", kata saya kat kawan saya tu. Dan kawan saya terus delete post tersebut.

Amat mudah seorang manusia biasa di FB menciptakan calculator bagi menghitung dosa pahala orang lain. Apakah si fulan sudah mengambil kira:-

- niat melakukan kebaikan
- amalan kebaikan yang dimulakan dengan niat pasal awalnya
- ibadah lainnya
- sedekahnya
- sikap baiknya terhadap jiran tetangga, rakan taulan
- sikap baiknya kepada ibu bapanya
- pahala solatnya apabila dia bersendirian di rumah, zikirnya, wiridnya
- dan berjota lagi perkara yang membolehkan dia mengumpul sedikit sebanyak pahala yang tidak kita ketahui
- amalan yang menggugurkan dosa
- amalan yang menghapuskan dosa walau sebanyak buih di laut
- dosa untuk niat yang buruk
- dosa kerana memulakan persengketaan
- dosa kerana riak 
- beramal untuk mendapat pujian
- beramal untuk mendapat pangkat
- beramal untuk mendapatkan ganjaran dunia
- hati yang puas bila melihat kejatuhan orang lain
- dosa ngumpat
- dosa mata
- dosa telinga
- dosa mulut
- dosa jari
- dosa hati
- dan banyaaaaaaakkkkkk lagi yang tak terhitung.

Beb.. 

Jangan isi masa lapang yang ada untuk mengira dosa pahala orang lain. Kalau ada masa sangat tu, kira dulu dosa pahala diri sendiri. Mana tahu, dosa yang kita tanggung kerana sibukkan dosa pahala orang lain itu lebih banyak daripada dosa 10 orang yang kita sibukkan dosa pahalanya.

Kepada kawan-kawan yang masih keberatan atau belum bersedia nak pakai tudung (saya kata pakai tudung sebab kita terlalu taksub dengan isu pakai tudung, bila dah pakai tudung terus nampak baik. Padahal tudung gaya over2 pun boleh 'mandapat' gak), marilah kita terus mendoakan mereka, terus berbuat baik kepada mereka. Sebab kena buat baik? Kalau kita yg dah pakai tudung ni terus berbuat baik kepada mereka, insyaAllah mereka akan suka dengan sikap kita dan mahu rapat dengan kita, dan menjadi seperti kita. Bayangkan betapa ramai yg menjauhi orang2 bertudung hanya kerana tak sukakan sikap riak orang2 bertudung ni. Bila kita dapat kawan yg tak bertudung, bila kita jenjalan dgn diorang, kita ajak la gi surau bila masuk waktu solat. Kita teman dia shopping, kita halang dia beli baju singkat2, bgtau dia yang labuh2 tu kalau dia pakai sangat cantik. Pastu dia teman kita shopping pulak, kita masuk kedai jual tudung, ajak dia try menerai sekali tudung2 yang sweet2 tu. Lama-lama boleh terbukak hati dia nak pakai tudung sebelum melangkah ke next step ---> tutup aurat dengan sempurna. 

Daripada kita sibuk2 cari formula membanyakkan dosa buat post2 merepek kat FB tu, menggalakkan org riak, menimbulkan lara di hati orang lain, lebih baik kita cari formula untuk gandakan pahala kita dalam kehidupan seharian kita.

Beb, soal dosa pahala kita serahkan kepada yang berhak sudahlah. Tak semua pahala kita naik sampai atas sana. Nanti kena edit, kena tapis, silap-silap apa yang tinggal hanyalah kosong aje.

OK meh saya share satu entry ni...

Baru terjumpa tadi.

Semoga kita dapat manfaat daripadanya. Salam 6 Ramadan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 514