Assalamualaikum.
Hari ini cucu-cucu kucing saya berumur 7 minggu 4 hari. Sikit lagi nak masuk 2 bulan. Seperti yg dijanjikan, ini dia gambar2 buat tatapan semua....
![]() |
bukan senang nak ambik gambar diorang beratur mcm ni. Dari kiri: Bobo, Mojo dan Jekki | | |
|
|
![]() |
Bobo ni feberet semua. Paling besar, aktif tapi friendly. |
![]() |
Jekki si belangtarung. Tak berapa suka kat orang. Mungkin ada trauma sebelum ni sebab dia ada parut luka di kepala dia. Tu pasal kurang friendly |
![]() |
Mojo. Sebelum ni nampak macam mama dia tapi bila dah besar sikit baru nampak corak pusar yg cantik kat badan dia. Agak garang. Bila main dengan dia, suka geget orang! |
![]() |
Hai Bobo. Paling banyak jadi model. |
Saya agak bernasib baik sebab kucing2 saya agak senang nak dijaga. Sangat mudah sesuaikan diri dengan persekitaran, tak banyak ragam, tak perlu nak groom lebih2. Macam bela kucing kampung aje. Sebelum ni saya pernah bela kucing kampung dengan kucing siam yg agak ramai... memang tak banyak ragam. Sekali dua je bawak pegi klinik.
Puas jugak saya meneka2 baka apa yg saya beli ni. Petshop kasi surat beranak, dia tulis Mixed Persian. Tapi kalau tengok pada rupa dan sikap, saya agak mixed maine coon. Kucing kampung campur Maine Coon kot. Tapi tak kisahlah. Kalau orang tanya, saya kata pan asian hehehhe.
Kucing2 saya ni makan makanan yang baik. Sesuai dari kitten sampai yg dewasa.
![]() |
tiada pewarna |
![]() |
nutram |
Sebelum ni kucing2 saya makan brand lain. Royal Canin tapi tah kenapa tah, tiba masa, diorang dah tak mo makan. Sampai saya terpaksa tukar2 makanan cari yg laing diorg suka. Dan yg diorg tak suka, saya kasi kucing luar makan. Dari kitten sampai dah besar kucing luar tu dapat makanan berkhasiat, sebab kucing dalam rumah ni cerewet memilih makanan. Tapi bila jumpa je brand Nutram ni barulah saya senang sikit. Kucing luar masih dapat makanan, tapi bukan Royal Caninlah.
Satu perkara penting yg perlu dititikberatkan oleh pencinta kucing, janganlah kasi makanan yg ada pewarna. Tak bagus. Air minum yg bersih perlu ada setiap masa. Kucing juga boleh kena penyakit batu karang. Kencing berdarah boleh bawak maut. Jadi, adalah lebih baik kasi minum air RO / air tulen / air suling / H2O ok. Air paip atau air tapis yg tak tapis habis ni sama bahaya untuk buah pinggang mereka dan kita manusia jugak.
Dan pada usia diorg dah mula boleh makan makanan pejal, saya dah mula ajar cucu2 saya membuang kat pasir. Cara dia lebih kurang macam ajar anak pegi toilet hahaha. Bawak diorg ke pasir setiap sejam. Kalau ada, ada la. Kalau xde, xde la. Ikut nasib. Tapi kalau sesekali terlepas kat lantai tu, jgn la marah. Sabar ajelah. Dah nama pun budak kecik hihihihi. Kalau anak sendiri saya boleh ajar buang pampers seawal usia 1 tahun 10 bulan - 2 tahun, inikan pulak anak kucing.... sapsapsoi lah. Anak2 saya buang pampers sepenuhnya (siang malam) seawal usia 2 tahun. Paling lambat usia 3 tahun (buang malam). Saya ngeri sikit kalau budak2 umur 4 - 5 tahun masih pakai pampers walaupun waktu malam saja haha. Ingat lagi dulu saya bangun jam 2 pagi, 4 pagi untuk kejut anak saya yg umur 2 tahun ke toilet. Sebulan aje renyahnya. Diorang ni lebih cepat belajar berbanding yang dah besar. Bila dah terbiasa, kalau terasa nak kencing, diorg sendiri akan bangun dan kejut mami dia utk ke toilet. Tapi utk jalan selamat, sebelum tidur pergi kencing dulu. Takdelah tidur kita terganggu.
Samalah halnye dengan anak kucing. Malam2 saya masukkan diorg dalam cage yg siap makanan, minuman dan toiletnya. Terpaksa pisahkan kejap mak dan anak sebab kalau dibiarkan open, nanti mak dan bapak kucing akan membuang kat pasir si anak ni. Dan si anak akan membuang merata2 kat belakang tu. Padahal utk mak bapak kucing ni, diorg ada toilet khas diorg sendiri yg lebih besar dan tertutup. Pagi2 baru kasi lepas dalam rumah.
Pendekkan cerita yg macam terlebih panjang ni, nak bela kucing kena bersedia mental dan fizikal. Kalau rasa2 nak pegang kucing pun geli-geli, membuang merata habis dimaki, baik fikir semula. Dan kalau bela kucing tapi tak boleh kasi kucing keluar sangkar, dikurung 24jam, baik fikirkan jugak lagi. Kesian diorang.