Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Patung Dan Teguran

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebenarnya saya ada banyak benda nak share. Cuma takde time nak menari2kan jari jemari ni kat mekbuku ni. Blogging pakai tab atau ipad sangat tak feel. Mekbuku jugak yg best.

Ada satu kisah.....

Pada tahun 2005 saya dinobatkan gelaran The Most Elegant utk pertandingan Mrs Corpsdereve Elken (skrg diorg panggil DX) yang mana, saya masuk pertandingan sebab upline suruh dan saya sendiri nak dapatkan voucher ribu2 utk produk Elken yg tak mampu saya beli masa tu. Selain voucher dan produk percuma, saya juga menerima trofi yg berbentuk perempuan dengan bentuk badan fewwwitttt kat atasnya. Lama saya simpan trofi tu. Memang sentiasa ada dalam simpanan (dalam almari tertutup).

Pada suatu hari.....

Saya terbaca satu tulisan di internet.

Katanya, malaikat rahmat tak masuk rumah yang ada patung dan anjing di dalamnya. Huraian yg saya baca pulak, katanya ia termasuk piala2 kemenangan. Boleh simpan piala tu tapi kena buang 'arca' yg berbentuk manusia/haiwan tersebut. 

OK. Saya tau saya tak simpan patung dalam rumah. Anak patung tu banyaklah tapi sebab ada kanak2 belum baligh yg masih main dgn patung tu, ia takpe. Tak dosa.

Masa saya tinggal kat Jakarta sekejap dulu, saya pernah beli satu ukiran patung kuda yg dibuat guna kayu. Diorg jual murah2 sampai tak sanggup saya nak lepaskan. Harga dalam Rp20,000.00 je masa tu. Saya bawak balik ke Msia, saya buat hiasan atas meja bulat kecik di sudut rumah.

Gambar hiasan pinjam dari www.patungkayumurah.com


Selang beberapa hari, angin bertiup, langsir melambai, langgar patung lalu jatuh dan pecah berderai patung tu. Patung tu boleh pecah sebab baru la saya tahu yg patung tu rompong di dalam.

Bila dah pecah depan mata, John perli, "Kan dah kena tegur". Ye... ia memang satu teguran. Walau masa tu saya masih belum jelas tentang hukum patung dalam rumah ni, John ada bgtau yg kalau arwah bapa mertua saya nampak, mesti dia marah. 

Berbalik kepada cerita yg saya baca...

Kebetulan artikel yg saya baca tu, beberapa hari sebelumnya saya keluarkan trofi kemenangan tahun 2005 tu dan hias atas piano. Jauh dari pintu, jauh dari tingkap dan jauh dari langsir. Saya hias sebab di sebelah2nya ada piala setiap pangkat dalam Elken yg saya dapat dari Manager sampailah ke Crown Director. Konon2 bermula dengan jadi ratu sampai la skrg dah naik pangkat.

Bila dah hias, terbaca artikel pasal patung tu. Tapi saya buat hukum sendiri, "bentuk trofi tu mcm bayang pompuan je, tak lengkap.. agaknya oklah simpan,". Sebenarnya sayang, tak sampai hati nak buang. Benda dah simpan masuk 10 tahun dah.

TIba-tiba....

Vrroom vroommm... kecepak kecepung... praaaanggggggg......

Anak saya yg tengah main2 tu terbaling apa tah atas piano. Terlanggar trofi lalu jatuh dan patah la bentuk pompuan kat atas trofi.

Saya sedar ia juga satu teguran. Tak perlukan angin utk bertiup, tak perlukan langsir utk melanggar. Anak sendiri jadi penyebab. Nak mengamuk tak guna sebab saya yakin ia teguran Allah utk saya. Padan muka. Saya ambil trofi yg patah, kutip badan pompuan tu, terus masuk tong sampah.


INI JE YANG TINGGAL

Saya bersyukur bila saya dapat teguran sebegini sekuat derusan ombak cewah. Tak semua orang dapat nikmat sebegini rupa. Semenjak itu, saya yakin setiap yg kita lalui, susah ke senang ke,.. ada sebab, ada musabab, ada teguran, ada kebaikan di sebaliknya. Orang kata, ada hikmah di setiap kejadian.

Sama jugak bila kita terima satu berita, kononnya si polan sedang ditimpa musibah. Perlu bantuan. Kenapa berita itu sampai ke telinga kita? Sebab Allah yang ingin ia disampaikan kepada kita. Bila dah sampai ke telinga kita ia telah menjadi tanggungjawab kita. 

Bantulah jika mampu. Tak dapat 100%, bantu 50%. Tak dapat 50%, bantu 10%. tak dapat 10%, bantu 1%. Kalau 1% pun tak mampu, tanyalah khabar. Tak dapat tanya khabar, doakanlah. Kalau apa pun kita takmo bantu, dengan alasan - hak masing-masing nak bantu atak tak, bersedialah dengan teguran daripadaNya. Teguran yg datang dalam pelbagai bentuk. Bumi ini boolat. Pusing pusing putar putar.

Sekian tazkirah hari ini. nak sambung vacuum karpet.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>