Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Kasih Suami Sanggup Bertukar Nyawa

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebak. Sebak betul semalam bila tengok MHI. Agak lambat on tv semalam, itupun selepas dapat whatsapp daripada kawan tentang ketibaan 9 jenazah mangsa nahas MH17 yang mana salah seorang daripada mereka adalah bapa saudara kawan kami yg merupakan ahli wasap group tersebut jugak. Beliau terbang ke Amsterdam bagi menguruskan hal berkaitan dan tiba bersama jenazah.

Bila on tv, apa yg tinggal utk saya tonton adalah temubual keluarga mangsa. Kawan saya bukan antara yang ditemubual. Yg ditemubual adalah keluarga mangsa yg telah tiba sebelumnya (kalau saya tak salah).

Antara yang tak dapat saya tahan airmata ni bila isteri kepada mangsa (yg ditemubual sambil mendukung bayinya) menceritakan tentang detik2 akhir sebelum nahas. Sang suami pernah bermimpi yang dia sedang memandikan jenazah isterinya, mengkafankan dan mengimamkan sembahyang jenazah isterinya. 

Lepas tu sang isteri berkata, "Tapi saya belum bersedia bang. Anak-anak kita masih kecil". 

Suami berkata, "Abang dah solat hajat, biarlah abang gantikan tempat sayang. Abang tahu sayang kuat untuk membesarkan anak-anak kita", terus berjurai airmata saya. Sayu betul suasana masa tu. Sangat kuat panggilan ilahi terhadap suaminya sehinggakan dia bagai redha untuk dijemput kembali.




Sayangnya sang suami terhadap isterinya. Tetapi kalau saya diberi pilihan, saya berdoa supaya saya dapat menua bersama2 suami saya. Saya nak tengok muka kerepot dia. Saya nak tengok kulit menggeleber dia. Saya berdoa kami dipanjangkan jodoh dan dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dan juga semoga apabila tiba masa kami pergi, biarlah kami pergi dengan mudah, harap tidak membebankan anak cucu lama-lama.




Dan kepada sang isteri, juga seluruh keluarga mangsa MH17, saya doakan Allah akan terus memberikan rahmat dan permudahkan segalanya.

Amin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>