Assalamualaikum.
Tiba2 aje tekak nak makan donut yg biasa tu. Yg bergula tu. Selalunya kalau donut tepi jalan beli gerai pagi2 tu memang saya tak berapa minat tp kalau donut yg beli kat Aeon Big atau Giant tu menjadi feberet saya. Dan entah mood apa tah, tiba2 nak mendonut sendiri. Saya pun google dan jumpa la resepi donut yg senang gila nak tiru. Saya ambil dari sini:
Dan bermulalah projek mendonut saya.
Bahan-bahannya:
1kg tepung superfine
1 paket 11g yis kering Mauri-Pan
1/2 cawan iaitu 120ml minyak masak
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu pekat
550ml air RO (air minum yg bersih dan selamat diminum).
Cara mendonut saya tak ikut cara tukang tulis resepi ni. Saya study kat youtube pastu saya buat ikut yg mana saya selesa. Ini adalah cara selesa saya:
1. Tepung dan yis dicampur dan digaul rata.
2. Larutkan garam, susu pekat ke dalam air RO.
3. Masukkan minyak ke dalam campuran tepung - yis dan gaul gentel2 hingga cantik sebatian tu.
4. Pastu buat 'perigi' kat tengah2 sebatian tepung dan curahkan air yg dicampur susu dan garam.
5. Gaul sebati dan uli sampai jadi doh. Mula2 memang melekit2. Gunakan tangan yg bersih untuk menguli selama kira2 sepuluh (10) minit untuk mendapatkan doh yang cantik.
6. Tutup doh dengan kain dan biarkan kembang selama sejam di tempat yg kering dan suam.
Sementara itu bolehlah sediakan peralatan untuk menerap donut. Peralatan rumah saya memang kurang lengkap jadi saya hanya gunakan cawan dan tutup botol. Tepung gandum biasa juga diperlukan semasa proses menerap supaya doh tak melekat kat tempat menerap. Biasanya saya akan menerap kat satu area atas dapur ni tapi sebelum tu saya basuh bersih2 dengan sabun dan air dan lap dengan tisu dapur (bukan kain buruk ok).
Proses menerap memang seronok. Tak sangka la pulak donut ni senang dibuat. Lepas terap tu, saya biarkan lagi sebab ia boleh mengembang lagi. Nanti masa goreng pun dia akan kembang lagi. Jangan lupa sediakan kuali dengan minyak yg cukup untuk menggoreng. Gula castor utk salutan gula. Boleh campurkan sikit serbuk kulit kayu manis ke dalam gula jika suka.
Selebihnya, takkan nak makan semua sekali kan? Boleh la simpan donut lebih tu ke dalam freezer untuk breakfast besok lusa. Tapi cara penyimpanan mestilah digoreng dulu sedikit sebelum disimpan. Jgn goreng sampai masak ye. Goreng sikit je supaya dia keras sikit. Rupa dia pun cantik nanti. Tak benyek.
![]() |
menggoreng dalam minyak penuh |
![]() |
test dulu yg boolat kecik. Salut gula pastu ngap. Baru tau jadi ke tidak hahaha |
![]() |
Ini yg lebihan selepas diterap. Malas nak uli balik, saya pintal ajelah. |
![]() |
Ni baru donutnya |
![]() |
budak2 memang suka yg comel2 macam ni. Takpun, cucuk dengan lidi dalam 5 biji. |
![]() |
menyelerakan... yummy... |
![]() |
gebu. Gebu ke? Boleh la... buat makan sendiri. |
Percubaan kali pertama ni memang succeeeessssssssss. Terima kasih kepada yg berkongsi resepi. Cuma saya rasa tepung donut agak tawar, jadi saya rasa mungkin garam dan susu saya tak cukup sukatan. Tapi kalau kasi markah tu, cikgu kasi 80% lah he he. Dan saya try simpan donut yg dah goreng tu sampai malam. Masih lembut dan gebu. Lepas ni memang keraplah saya mendonut. Tapi saya yakin, tak boleh lawan kak Zalin Zalina punye donut heeeeeeeeeeeeeeeeeee..............
Yang boolat boolat tu Cik Rai makan sampai habis.
Tengok tu abg John hadap satu pinggan. Makan bersama white coffee Elken, terangkat!