Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Resepi Lagi: Cream Puff

$
0
0

Assalamualaikum.

 

Sorry ye sekarang ni mood memasak ON. Tekak ni ada aje yg nak ditelannya. Hari tu projek mendonut successssss. Skrg ni teringin pulak nak makan cream puff. Sebenarnya saya kurang yakin dgn pastry. Tp bila projek mendonut jadi best, saya mcm ada sikit konfiden untuk buat cream puff.

 

Sebelum saya dapatkan resepi yg menepati segala aspek, saya akan study dulu resepi2 yg saya baca drp blog2 orang lain. Saya cari yg bahan senang dapat, sukatan senang sukat, cara memasak yg lengkap bersama2 tips sekali dan pergi youtube untuk dapatkan gambaran sebenar proses pembuatan. Kebanyakan blog mengatakan kali pertama buat cream puff tak menjadi. Mesti ada yg terlebih terkurang tu. Jd, untuk mengelakkan bahan2 yg saya beli tu tak masuk tong sampah, saya kena pastikan resepi yg saya gunakan adalah yg terbaik. Adalah ditekankan di sini, resepi saya ini adalah resepi ubah suai.

 

Ok meh saya share resepi yg saya dah alter mengikut kesesuaian ni. Sukatan yg saya bagi sesuai untuk keluarga besar mcm saya. Boleh dpt dalam 80 biji creampuff size kecik.

 

Bahan2 Pastry:

 

200g tepung naik sendiri

100g tepung gandum biasa

200g mentega

1 sudu besar gula pasir

1/2 sudu teh garam

500ml air

6 biji telur gred A

Sedikit air untuk renjis

 

 

Cara:

 

 

  • Air, mentega, garam dan gula dimasak dalam periuk sehingga mendidih.
  • Bila dah mendidih, masukkan semua tepung yg telah diayak. Padam api dan sebatikan laju2. Kita akan dapat satu bancuhan berupa doh.
  • Sediakan mixer.
  • Semua telur saya pukul sedikit menggunakan whisk. Curah sedikit demi sedikit dalam bancuhan tepung tadi dan pukul menggunakan mixer sampai ia sebati cantik.

 

  • Sediakan oven, dulang pembakar (tray) yg digris atau lapik tray menggunakan baking paper. Ada dijual di pasaraya. Kertas ni tahan panas. Jangan salah guna kertas, dikhatiri terbakar dalam oven. Tak pasal2 kang. Dan kertas ni boleh diguna berulang kali untuk pembakaran seterusnya, tak perlu ganti kertas baru.

  • Dengan menggunakan piping bag dengan muncung bunga agak besar, acuankan keluar tepung bancuhan tadi. Susun atas dulang tu dengan jarak sesuai sebab puff tu nanti akan kembang sikit.

 
  • Ha yg ni penting. Dengan menggunakan jari yg bersih, celup air dengan jari dan titikkan air ke puncak setiap pastry yg hendak dibakar. Air tersebut penting dapatkan wap air semasa proses pembakaran. Saya renjis jugak sedikit ke seluruh dulang. Batter yg baik tak akan mencair semasa menunggu proses pembakaran tu. Ia juga tidak akan meresap air yg kita titikkan.
 

 

  • Bakar dengan suhu 220 darjah celcius selama 15 minit dan 180 darjah celcius pada 15 minit berikutnya. Guna api atas saja dan jarak dulang dengan heater jgn terlalu dekat.
  • Sementara menunggu masak, sediakan custard cream.


Bahan untuk custard cream:

4 sudu besar tepung custard

4 sudu besar gula castor

640ml susu segar

4 sudu teh mentega

4 penutup esen vanilla

 

Cara memasak:

 

  • Satukan tepung custard, gula castor dan susu segar ke dalam periuk yg bersih.
  • Gunakan api sederhana, kacau dengan whisk balloon sampai pekat.
  • Masukkan mentega dan esen vanilla. Tutup api dan kacau lagi.
  • Biarkan sejuk.

 

Penyediaan Cream Puff (langkah terakhir)

 

  • Pastry yang dah masak dan sejuk dibelah sedikit jangan sampai putus.


 

  • Menggunakan piping bag, pipe sedikit custard cream ke dalam pastry tadi.


Gambar atas: piping bag extra takde, saya guna plastik bungkus makanan.


  • Susun atas dulang/pinggan
  • Untuk hiasan, ambil sedikit gula aising, ayakkan ke atas susunan cream puff.

 

Gambar atas: siap packing nak bawak balik kampung


  • Sedia untuk dimakan bersama White Coffee Elken.

Untuk menjimatkan masa, boleh buat pastry besar2 pastu letak hirisan strawberry di celah custard cream. Gerenti sedap.

 

Selamat mencuba!

 

*credit buat anak saya yang membantu menghias-edit setiap gambar menggunakan Line Camera.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 514