Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Koleksi Dress Muslimah Murah Untuk Raya 2015

$
0
0
Assalamualaikum.

Tinggal kurang sebulan lagi, Ramadhan akan kunjung tiba. Saya yakin masing-masing sibuk mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani dalam menyambut Ramadhan nanti. Biasanya masuk bulan Syaaban, kita mula meningkatkan amalan, memperbanyakkan puasa sunat, membaca Al-Quran dan belajar2 la solat sunat banyak2 supaya nanti bulan Ramadhan amalan-amalan tersebut jadi mudah untuk kita memandangkan pahala dan kebajikan yang dijanjikan Allah swt adalah berlipat kali ganda insyaAllah.


Seperti yang kita semua tahu, hari raya kita disunatkan untuk memakai pakaian yang indah2, yang istimewa. Masih ingat lagi tahun pertama kami berhari raya tanpa bapa mertua, mood raya memang tak ada. Tapi abg John kata, tuan guru berpesan supaya memakai pakaian istimewa jugak, jangan tidak. Walau sambutan kurang sikit, masak pun macam ada tak ada aje, kami masih berbaju baru.

Kalau 5 tahun lepas, asal raya mesti nak cari baju kurung. Sebenarnya saya ada masalah sikit nak cari baju sebab saya bukan 'kaki pusing satu KL' mencari baju raya. Kalau 1 tempat tu saya dah pergi, saya akan pastikan semua 7 anak beranak punya baju dan kasut setel dibeli di satu tempat, dalam masa 2 - 3 jam sahaja. Tak kuasa nak buang waktu, lebih baik balik rumah daripada merayau tak reti-reti nak balik. 

Sejak beberapa tahun ni, membeli baju raya bukan masalah lagi buat saya. Tak payah bazir waktu, bazir duit petrol, tol, parking, hanya untuk mencari baju raya yang belum tentu berkenan di hati. ONLINE kan ada????? Dewasa kini, ramai wanita mula bersikap terbuka daam memilih baju raya. Bukan terhad kepada baju kurung saja, dengan bermulanya revolusi fesyen yang semakin berkembang terutamanya fesyen muslimah di Malaysia, jubah moden dan dress muslimah kini menjadi pakaian alternative kepada ramai wanita.

ZAWARA, ZALIA, Luxe By Ethnic Chic merupakan jenama yang sangat-sangat menepati selera muslimah Malaysia kini. Paling best, pereka-pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Nurita Harith, Rizalman, Jovian Mandagie dan Syaiful Baharim turut sama memperkenalkan koleksi raya saban tahun. Koleksi baru mereka memang sangat dinanti-nantikan. 


http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/jubah/

http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/jubah/

Sekarang ni semakin ramai yang peka dengan perkembangan fesyen muslimah dan permintaan yg tinggi terutamanya di bandar-bandar besar. Koleksi Dress Muslimah online ni tidak terhad digunakan untuk musim raya aje, malah sesuai juga ke pejabat mahupun untuk bersantai hujung minggu.


http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/jubah/

http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/jubah/


Selain rekaan khas untuk wanita berhijab - longgar dan labuh, Koleksi Dress Muslimah online juga ditawarkan pada harga yang berpatutan. Serious cakap, sebagai penshopping yang dah banyak shopping kat sini, harga2 dress Muslimah ni memang sangat mampu milik. Jahitannya kemas, materialnya bagus. Berbaloi sangat. Baru-baru ni saja jalan2 cari jubah, bukan hanya tak berkenan tapi harganya juga membantutkan keinginan. Frust I....


http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/jubah/

http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/jubah/


Hmm... saya dah siapkan koleksi raya saya. Uols? Kalau belum apa kata consider sepasang dua Muslimah Murah Online untuk raya nanti?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>