Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Ada sedikit rezeki untuk saya beli mesin baru. Mesin yg saya idamkan, kini jadi milik saya. Terima kasih abg John sebab sponsor RM700 utk mesin ni. Kini, menjahit hujung tudung, hujung lengan, hujung itu dan hujung ini menjadi lebih mudah.
Dalam banyak2 supplier, saya memilih Lazada Malaysia. Memang harga di situ paling rendah berbanding tempat lain. Supplier yg men-supply pulak ialah LSN. Kat website
LSN sendiri harga tak serendah yang diorang kasi kat Lazada. Mungkin sebab ini dropship aje, hantar dan tinggal, tak perlu nak tunjuk2 cara guna mesin, maka harganya dah tolak servis kot.
![]() |
Brother 3034D Overlock Machine |
Walaupun beli tanpa ada yang tunjuk cara pakai dan setting, saya ok aje sebab sebelum beli mesin ni, saya dah kumpul seberapa banyak maklumat daripada internet termasuk Youtube. VCD Manual yang diorang sertakan pun sebenarnya sama aje dengan apa yang ada kat youtube. Untung jugak sebab saya dah biasa guna mesin jahit tepi (serger - mat salleh kata) Singer yang saya dah guna lebih kurang 15 tahun tu. Lebih kurang aje settingnya. Foot pressure, thread tension, width, semua tu antara term yang dah biasa dengar.
OH lupa nak bgtau, saya order hari Ahad malam, Isnin diorang proses dan kurier, Selasa sampai. Siap ada tracking info. Nak gi layan Insidious Chapter 3 kensel hari ni kikikiki. Pospon la hari lain ye anak-anak. Mommy nak layan mesin baru.
Setting mesin ni senang aje alhamdulillah. Dah ada siap2 empat lembar benang yang tersedia untuk disambung dengan benang saya sendiri. Tak perlu la nak pasang benang selai2 ikut manual. Saya cuma sambung setiap satu benang tersebut dengan benang saya, pastu tarik. Terus jadi. Pastu saya tanggalkan jarum ke 2, tanggalkan stitch finger, set ke roll hem setting dan terus siap untuk jahitan tepi halus. Senang je bunyik dia kan? Ha Ha.
![]() |
unboxing |
![]() |
taraaaaa..... |
![]() |
antara isi kandungan |
![]() |
baaa..chak! Nampak tak ada benang kat atas mesin? Benang tu la yg perlu disambung nanti dengan benang saya sendiri. Pastu tarik. |
Cantik mesin nih. Teringat mesin jahit tepi Singer saya yang dulu pun putih melepak, sekarang dah kuning dah. Tapi masih berjasa sampai sekarang. Mesin tu tetap digunakan untuk jahit tepi biasa. Yg baru ni khas untuk jahit tepi halus aje. Tak kuasa nak tukar2 setting aih... (walau senang aje tak renyah mana pun).
Pastu... bermula la urusan menyiapkan tempat mesin baru ni. Ruang menjahit saya bukan luas sangat. Kena kemas dan sediakan tempat baru. Saya pun meneliti setiap barang dalam rumah, memang ada yg jadi mangsa nanti ni.
Satu perangai saya memang suka alih2 barang dan suka tukar2 pakai brg/perabot dalam rumah utk tujuan berbeza. Ikut situasilah. Kali ni meja konsol yg saya guna untuk letak supplements kat ruang makan tu, saya kemas dan bawak ke ruang jahit. Kebaikannya ialah, berkurangnya ruang utk orang2 meletak barang sampai sepah. Dan kebaikan satu lagi, berkurangnya habuk yang terperangkap di ruang makan dan ruang menjahit sebab bila alih barang, confirm kena sapu dan lap.
![]() |
cantiknye lahaaaiiii.... bunyik dia pun... menusuk kalbu! |
![]() |
jahitan biasa |
![]() |
3 benang aje. |
![]() |
Ni yg saya nak. Halus. |
![]() |
ada ruang simpan aksesori |
Org tua2 kata, selalu2lah mengalih brg dalam rumah supaya takde jin bermastautin di perabot yang tidak pernah dialih. Huhuhuhuhu.....
Selalu2lah alih brg ye, elok jugak supaya rumah jadi dust free. Sejak saya rajin menjahit ni, cicak pun tak berani tunjuk muka dah. Kalau tidak, memang jadi sarang diorg kat ruang ni. Sakit hati tengok najis dia.
ALhamdulillah, lepas ni harap2 makin rajinlah. Baju tidur Cik Rai pun, semalam potong, hari ni siap dah. Namun kerja rumah dan rutin harian tetap tak boleh tinggal. Semua mesti kasi jalan.
![]() |
amboi kemain lagi dia posing |
![]() |
happy sangat dapat baju tidur Frozen. |
Happy sangat cik Rai dpt baju tidur Frozen. Tapi sebab dah berbelas tahun tak jahit gown budak, (kali terakhir bila saya menjahit untuk Karyaneka, jahit gown budak2 dengan kain corak batik yang diorg supply) ada sedikit pembetulan yg perlu dibuat untuk baju seterusnya. Biasalah, baju budak mana sama ukuran dengan org tua. Jatuh bahunya, lekuk lehernya... jenuh jugak. Ropol sana, ropol sini, mencabar kesabaran hehehe.
okbaibai.