Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Cuti Sekolah Kali Ini

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah lebih seminggu beli kain untuk baju raya anak beranak. Baru hari ni dapat pegang. Banyak benar urusan rumahtangga yang jadi keutamaan. Riadah anak2 pun kena ambik kira. Percutian tak dirancang (cuti bidan terjun) juga menangguhkan projek menjahit. Kami ke Rantau Panjang satu malam, pastu turun balik ke Kuala Kangsar cari mana2 tempat yang boleh sambung cuti untuk satu malam lagi. Itu yg sampai ke Syamille Agrofarm tu.. 

Kat Rantau Panjang menghantar orang menikah, sempat la tinjau2 kedai2 dia, namun hanya satu kedai yg menarik perhatian, iaitu kedai jual tudung sebelah masjid Beijing, tudung instant dia murah2 belaka, RM18 sehelai. Beli lebih2 saya dapat RM13. Berbaloi betul! Kat FB saya tengok ada yg jual RM25, ada jugak RM40+ tengok material. 


masjid Beijing

try antara tudung2 instant murah. Tak gosok, kurang la cun dia. Dah gosok baru cun.


Kat Rantau Panjang wifi hotel (Zainun Palace) sangat selow. Hotelnya boleh tahan. Bilik besar muat semua anak beranak. Line (mobile data) umobile pun mengecewakan. Digi langsung tak dapat data. Boleh call in and out aje. Internet umobile kadang2 kalau beruntung, dapat la whatsapp. Celcom abg John cemerlang. Malam2 kitorg pakat mintak hotspot abg John. Entah berapa bil dia nanti he he he.

Satu malam aje kat situ, selesai majlis nikah kami terus turun ke Kuala Kangsar. Perlis, Penang, takde hotel yg available. Penuh semua. Cari pulaklah mana2 tempat holiday lain yg agak berbeza dari kebiasaan kami. Terjumpa Syamille Agrofarm Resort. Bercuti dalam hutan. Biliknya muat kami anak beranak, takde ekon okay. Kipas mencukupi. Nyamuk mengkenduri kami. Besar besar nyamuk dia. Nak tampar pun tak berani kih kih kih. Abg John tak kasi tampar. Dia kata, kita datang tempat dia, kita pulak nak tampar dia? 

Ada rusa, ada ikan, ada anak sungai. Wifi hanya kat restoran. Line internet Umobile dan Celcom keput, tapi Digi saya cemerlang yehaaaaaa......! Anak2 tension jugak sebab takde wifi. Saya tak kasi hotspot saya sebab saya punye prepaid. Jadi diorang terpaksa enjoy dan menikmati alam semulajadi. Main kejar2 dan main kat sungai. Seronok jugak. Asyik terjun swimming pool aje!



takde baju sesuai sebab tak rancang nak mandi sungai. Saya pinjam kemeja abg John heeeeee...

pokok pisang, durian, nangka, semua ada.


Besoknya, kami check out dan bersiap untuk pulang. Tapi kami sempat singgah Seri Iskandar, melawat kawan lama sekolah rendah. Hari tu dia datang KL, kami sempat jumpa dan minum petang. Kali ni apa salahnya membalas kunjungan, dapat jugak tumpang solat dan makan tengah hari. Alhamdulillah rezeki.

Begitu sajalah percutian singkat cuti sekolah kali ni. Tiada percutian mewah2. Hanya menikmati apa adanya.

OKBAIBAI.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>