Assalamualaikum.
Salam Isnin, semua orang nampaknya bersemangat sebab hari ini hari pertama sekolah bukak lepas cuti 2 minggu ha ha. Ada yang tak siap homework, ada yang tak cuci kasut sekolah. Bagus... kipidap!
Budak2 zaman sekarang memang semuanya mua-mua belaka. Salah siapakah? Salah mak bapak agaknya. Dulu mak bapak ajar anak2 berdikari, urus diri sendiri, urus beg sekolah sendiri, urus kasut sekolah dan baju sekolah sendiri. Takde siapa nak tanya, "Homework dah buat? Beg dah kemas? Kuku dah potong? Kasut dah basuh?" TAKDE, MEKNON..... pegi balik sekolah hari2 jalan kaki sejauh 1km sejak darjah 1. Darjah 6 pindah CBN naik bas, hari pertama je mak hantar naik teksi. Hari ke 2 naik bas dengan kakak. Tapi dia jalan jauh kat depan nun, tinggalkan saya kat belakang macam malu nak jalan saing. Tak pernah bercakap walau adik beradik satu emak satu bapak. Malu kot.. takmo kawan kot.... tak standard kot bawak adik gi sekolah. Bila dah pandai naik bas, sendiri pandai la cari bas kan. Kecik2 pemendam, dah tua2 saya mula kenang semua kenangan 'manis' tu.
Bangun pagi pun sendiri. Siapa nak kejut? Anak2 sekarang selagi tak kejut, tak bangun. Saya gi Medan dengan abg John, anak2 tinggal satu hari satu malam aje dengan cikmed dan mak saya. PONTENG!!!! Alasannya, tak bangun. Memang kena amuk la budak2 termasuk cikmed tu. Kita berbuih mulut tinggalkan pesan kat semua orang dewasa dalam rumah. Tapi nak mengejut budak2 sekolah sorang pun tak mampu. Maunye tak angin?????
Agaknya memang salah mak bapak (saya la tu) sebab terlalu pandang ke belakang dalam mendidik anak2 saya. Saya nak kasi apa yg saya tak dapat masa kecik, saya cuba bagi semampunya tapi hasilnya? Anak2 jadi mua, manja, mengada. Rumah cuma sepelaung aje dari sekolah pun nak berjemput. "Panas" kononnya. Elok jugak takde cikmed. Banyak kerja rumah kena belajar buat sendiri. Tapi bukan selalu saya bernasib baik anak2 nak buat kerja tanpa disuruh. Kebanyakan waktu memang kena bebel baru nak gerak. Akhirnya saya jugak yang letih, sakit hati, sakit kepala.
Namun belum terlambat untuk mendidik. Hari2 adalah hari untuk belajar. Anak2 ni kena terus diajar, ditegur, dilatih. Tak boleh mengalah. Selagi ada kederat selagi itu la mak bapak ni nak kena terus berusaha mendidik, bukan hanya kasi makan dan hantar pergi sekolah. Mana boleh harapkan guru semata. Itukan tanggungjawab mak bapak? Sekarang malam2 mesti kemas dapur sebelum tidur. Tak boleh biarkan dapur tak berkemas semalaman. Saya selalu ceritakan tentang kehadiran 'jin' di rumah yang kotor sebab makanan mereka adalah tulang dan najis. Telah diciptakan mereka sedemikan rupa sebagai ujian buat manusia. Brg dalam rumah pun selalu2 saya alih sebab nak bersihkan habuk dan sampah terperangkap. Microwave dan oven biasa tu, kejap2 bertukar tempat sebab nak lap habuk dan nak spray outdoor spray buat halau semut dan cicak.
Lepas solat maghrib pulak adalah masa untuk hafazan. Menghafaz dari surah terakhir bawak ke depan. Alhamdulillah nampak peningkatan. Kagum tengok hafiz yang masih kecik2 belaka. Hidup ni kena seimbang dunia dan akhirat. Kat dunia ada tanggungjawab, kat akhirat apatah lagi. Seperti apa yg saya percaya, setiap benda bermula dari rumah. Bak pesan saya kepada anak saya, nak kenal sikap seseorang, pergilah skodeng dia kat rumah dia. Pembersihkah, pengotorkah, penyayangkah, pemalaskah. Kalau kat luar ni ramai aweks2 yang cun-cun belaka, selfie confirm cun. Tapi bila tengok rumah dia, selimut sejak hari pertama dibeli tak pernah dilipat. Katil tak pernah kemas sampaikan wujud lipas dan cicak celah2 cadar dan selimut pun tak sedar ha ha. Saya selalu bgtau, kenapa kena kemas katil? Supaya kita boleh jumpa barang hilang yang tersorok atas katil dan supaya kita sedar tiada kewujudan binatang yg tak diundang kat celah2 selimut kita. Kat hotel pun walau ada housekeeping, kami akan kemas katil sebab nak elak brg tertinggal. Kalau setakat pensel tertinggal takpelah, kalau talipon? Haru kan?
Kesimpulannya, hari ini sekolah bermula. Hari cuti bukan setakat cuti - hari mengajar buat kerja rumah. Hari membasmi habuk tersembunyi.
OKlah bai.