Assalamualaikum.
Hari ni ada sedikit kelapangan. Dan mood utk meng-update blog. Tak. Sebenarnya hari ni saya terbaring kat bilik. Dah 18 kali kuar masuk toilet. Buang air kecik hujung2 sakit ngilu sampai kuar air idong. Dalam hati cuak betul rasanya. Batu karangkah? Infeksi kah?
Sekarang ni saya mmg dah termasuk kategori bizi tahap gaban. Anak sekolah lagi, kerja rumah lagi, anak buah nak gi keje lagi.. kalau abg John xde, kena jugak jemput dia (anakbuah) balik. Mak saya lagi.. laki lagi.. Dalam menjalani setiap urusan yg telah ditetapkan Allah ni, saya kena jaga banyak hati. Oleh itu jiwa dan fikiran saya juga turut sama letih. Itu yg tiba masa je saya call AMI mintak rescue.. ajak kuar gi buang angin kus kus dr dalam badan. Sebab AMI juga ada byk issues, maka kami luahkan apa yg patutlah masa dating tu.
Skrg ni kerja menjahit tergendala sebentar. Penat. Ada baju tinggal sambung lengan je pun, terbengkalai dah 2 minggu.
Skrg mak saya yg sakit kebanyakan masa ada dgn saya. Hal mak saya ni sebenarnya banyak gak isunya. Sebagai anak2 kami ni berusaha nak turut kehendaknya. Masing2 ada cerita masing2. Dulu apa yg mak saya mintak, saya turut aje tanpa berbincang adik beradik. Maksudnya, saya buat je la tanpa bising2. Lama2 kecewa sendiri. Skrg bila masing2 berkumpul dan mula bincang ttg mak yg kondisi kesihatannya semakin xbaik tu, baru la masing2 tau itu dan ini. Malah skrg ni pun masih banyak kehendaknya tp kami dah mula menapis2. Apa yg baik aje kami buat. Yg tak baik tak perlulah ditututkan.
Saya sgt berterima kasih pada abg John sebab izinkan mak saya tinggal dgn kami. Tp saya tak bolehlah nak ambik kesempatan atau membiarkan diri saya lalai dlm urusan rumahtangga saya. Sebab tu lah saya skrg kena fikir macam2. Buat apa2 mesti kena fikir hati suami. Setujukan dia? Ikhlaskah dia? Kalau sampai dia ajak balik kampung pun tak boleh sebab nak jaga mak.. rasanya dia boleh jadi marah sebab abg John juga ada mak dan abg sulungnya yg OKU.
Hari2 berdoa agar urusan kami ni dimudahkan. Urusan dunia mahupun akhirat. Bukan senang nak masuk syurga. Bila mak tinggal dgn kita, kita menempah salah satu tiket. Sama ada tiket ke syurga atau tiket ke neraka. Org pompuan lagilah. Silap2 terderhaka dgn suami tanpa sengaja sbb keputusan yg tidak dipersetujui. Habis tu apa daya kita org pompuan ni.. apa lagi kalau ada adik beradik lelaki yang tidak merancang kehidupan masa depan utk maknya sendiri.
Oleh itu kalau uols yg membaca ni ialah anak lelaki yg maknya masih hidup, tolongggglahhhh.. planlah masa depan mak tu. Anak sulung atau anak bongsu, tanggungjawab uols jaga mak adalah yg utama. Jgn serah bulat2 kepada adikbadik perempuan. Adikbadik pompuan ada laki, anak2 yg perlu diuruskan aktiviti sehariannya.
Selepas perbincangan sesama adik badik, kami setuju dptkan maid. Tongtong bayar agent, tongtong bayar gaji. Dah 3 hari khidmat maid digunakan. Walau saya dah kata TAKMO MAID DAH, uruskan apa yg ada pun dah sesak, inikan pulak nak tambah lagi dgn urusan maid.. tp nampaknya kehadiran cikmed baru byk membantu dlm menguruskan mak saya. Alhamdulillah semoga cikmed tak serik sebab nampak gaya mak saya mcm buli dia. Adoiyai. Tapi skrg ni saya biar ajelah cikmed ni nak apapun. Fon ada 2, ok. Ada fb, lantaklah. Mintak password wifi sbb rajin wasap dgn anak2 kat kg. Lantaklah. Janji dia tak 'balas dendam' kat mak saya kalau saya sekat itu dan ini.
Ok sambung lain kali sebab dah berkali2 gi toilet, makin lama makin sakit adoiii..