Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Infeksi

Assalamualaikum.

Semalam terasa sakit ngilu masa buang air kecil. Sebenarnya sakit dia tu makin lama makin teruk. Saya kerap buang air, kali pertama ngilu sikit, kali ke 2 ngilu lebih sikit, kali ke 3 makin ngilu, kali ke 4 mcm nak menjerit, kali ke berapatah masa hantar anak ke kelas muzik, singgah toilet mula kuar darah.

Darah keluar bersama air mata, bukan kerana takut tapi sakit gila. Saya dah maklumkan abg John awal2 dan patutnya dia yg hantar anak tp sebab saya tengok jam dah mcm xsempat, saya aje yg pergi menghantar. Abg John menyusul kat belakang sebab anak saya sempat whatsapp dia, bgtau saya sakit sambil driving.

Bila dah mcm tu, kenalah abg John yg drive kete saya lps urusan semua selesai dan tinggalkan kete dia kat sana. Balik tu abg John nak hantar saya ke spital terus tp saya mintak nak mandilah, nak tunggu maghriblah... yg sebenarnya susah hati kalau2 kena tahan wad ke.. kan susah. Anak2 nak exam besoknya (hari ni). Nanti ada pulak yg terlupa bangun pagi sebab tukang kejut pagi2 memanglah saya. 

Diorg jemaah kat bawah, saya pulak awal2 dah solat sendiri sbb tak larat berdiri lama - urat varicose vein bengkak sebab kerap ke toilet. Ini adalah antara masalah saya jugak. Bila terlebih kerja atau kerap ke toilet atas urusan besar atau kecik sekalipun, rahim boleh turun menyebabkan urat2 kaki jadi bengkak. Mengangkat mak saya duduk baring pun boleh membengkakkan urat2. Kita bisa dengar org bising2 suruh jaga itu ini, pantang la, jgn buat kerja masa lps beranaklah.. tp org mana tau yg kita ni adakalanya takde pilihan. Pakai setokin, jaket, bengkung, jaga makan, makan jamu.. semua tu saya mmg buat. Tp kalau nak suruh saya jadi 'queen' terbaring je lps beranak, itu memang bukan bahagian saya. Kalau tak buat kerja, tak berasaplah dapur. Tak dptlah abg John nak cari duit, tak dptlah anak2 nak makan. Tak dapatlah anak2 gi sekolah. Kerana itu jugaklah 'hasil' drp perjalanan hidup saya selama ini ialah 'sedikit nikmat kesakitan' yg sedang saya tanggung skrg. Kenapa saya kata nikmat? Bila saya sakit abg John akan lebih caring kikiki. "Ayang rehat, biar abg hantar anak hari ni.". Nikmat, kan?

Sambung citer tadi...

Abg John nak bawak gi spital, saya mintak gi klinik je sebab sementara tunggu diorg jemaah saya sempat google pasal sakit kencing berdarah ni. Sebelum ke klinik saya minum air segelas dulu sebab air tadi dah habis dibuang semua kat rumah. Nanti doktor mesti nak cek air kencing kan.. nak tadah haper pulak ye tak?

Sampai klinik ramai pulakkkkkk.... sementara tunggu giliran tu, saya dah mula tak bisa menahan adeh. Tp kena sabar jelah. Bila dah jumpa doktor dan buat apa doktor suruh, doktor pun cek la chart. Katanya infeksi atau bahasa mudah fahamnya - jangkitan kuman. "Not too worry sebab perempuan memang mudah dijangkit berbanding lelaki", katanya. Perempuan punya saluran besar dan kecil lebih rapat berbanding lelaki. Lelaki punya jauh. Ooooooo.... purak2 la tak tau.

Saya diberi 2 jenis ubat. Antibiotik dan serbuk yg bila letak dalam air dia mcm ENO ada gas dan bubble tu. Rasa mcm 100plus. Itu untuk kasi lawas.




Habis urusan klinik, abg John belanja makan kat Papparich. Dengan muka sembab, jaket, memang nampak sgt rupa org sakit. Kejap2 kuar masuk toilet. Tensen ai. Saja pilih Papparich sebab toilet dia bersih dan selesa. 

Tidur malam terasa demam la pulak. Lepas makan ubat, kekerapan ke toilet berkurang. Ada la 3 kali je bangun malam tadi. Pagi ni bangun 6am kejutkan abg John supaya dia kejutkan anak2. Saya pulak lps subuh saya sambung zzz... demam kan.... 

Nikmatnya jadi org sakit. Tapi saya berharap kesakitan ini hanya sementara. Badan sihat lebih best drp sakit. Hari ni abg John hijack kereta saya. Dengan harapan saya tak ke mana2. Tapi dia silap, saya masih ada kaki untuk berjalan ke kedai (nak beli barley hihi). 

Akhirkata, jagalah kesihatan uols. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514