Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Kami Benci Kaki Tipu Online

$
0
0
Assalamualaikum.

Sekarang ni kecoh tentang online shoppe yang menipu duit orang. Bukan saja puluh2, ratus2, malah beribu2 pun ada. Yang peliknya, lagi ramai yg dah kena tipu, makin ramai yang bagai menyerah diri supaya ditipu. 

Kebanyakan cerita online shoppe yg menipu ni adalah kedai yang menjual brg branded. Kononnya menjual Chanel, LV, pada harga yg murah. Murah tak murah ia tetap mahal, beribu2 sampai enam tujuh ribu pun ada. Letak gambar cantik2, harga runtuh gila2, pasti ada yang tertarik. Padahal gambar pun curi dari store orang lain. Paling senang curi aje gambar daripada official website brand itu sendiri pastu kata la kita jual murah daripada kedai. Dan zaman sekarang ni semua orang nak merasa pakai barang mahal tapi nak beli murah2. Mampu tak mampu, belakang kira. Kalau dah mampu kumpul duit gaji pelan2 sampai cukup tu, dah masuk kategori mampulah. Sedangkan 'mampu' mengikut orang zaman dulu adalah berbeza pengertiannya terutamanya tentang barang yg bukan keperluan, hanya barang mengikut selera dan nafsu.

Namun begitu itu semua masing2 punya cara. Saya sendiri dulu memang mampu beli satu handbag setiap bulan tapi sekarang saya sedar saya tak mampu lagi nak mengikut hawa nafsu macam dulu.  Nak beli aksesori bag pun tak mampu. Kumpul2 duit pun tak payahlah. Saya bukan orang yg kumpul duit setahun untuk beli satu barang. Tak boleh pegang duit banyak2. Skrg ni, jual mana yg tak berapa pakai, guna saja yang mana praktikal dan ada kenangan tersendiri. Lainkali kalau dah mampu macam dulupun mungkin akan berfikir banyak kali untuk belanjakan banyak2 untuk satu tuntutan hawa nafsu. Maaf kalau ada yang terasa. Namun ini satu teguran membina utk diri saya sendiri jugak, supaya kita lebih beringat.

Tapi drp satu sudut lain, apalah jugak salahnya kalau nak menghadiahkan diri sendiri dengan barang mahal sekali sekala. Penat2 kerja, penat2 kerah tenaga, tak salah kalau nak beli handphone/ handbag/ kasut mahal yang terbukti boleh tahan bertahun2. Alah membeli menang memakai, kata orang tua. Tapi caranya biarlah betul. Jangan sampai diri tertipu. Penat2 kerja dan kumpul duit sekali tu duit lesap ditipu orang. 

Kat sini saya nak bagi tips sikit untuk beli brg online agar tidak ditipu. 

1. Jangan mudah percaya kepada follower yg beribu kat Instagram untuk satu online shoppe. Kadang2 yg tak ramai follower tu la yg sebenarnya jujur. Sebab brg mahal ni tak banyak stok yg ada kat tangan. Kalau dia gi beli stok kat luar negara pun rasanya modal takdelah beratus ribu untuk hanya gi shopping stok betul tak? Sebab tu tak banyak gambar yg dapat diupload. Mungkin kena tunggu dia gi bercuti setahun sekali dua baru dapat bawak balik stok. 

2. Check review. Google la nama Seller. Banyak ke review yang bagus2, atau banyak ke komplen tentang seller ni. Skrg ni semua pun dah pandai up FB, pandai berforum di laman sesawang, pasti ada review tentang seller. 

3. Carilah online shoppe yang ada phisical shop. Bukan semata jual online. Sebab kalau kita tak mahu berurusniaga secara online 100%, kita boleh request nak tengok barang kat kedai/rumah seller sebelum buat decide terutamanya yg mahal2 tu. Kalau berdolak dalih takmo kasi tengok barang, hati2lah. 

4. Kalau barang yang tak berapa mahal macam aksesori telefon, baju, dan sepertinya, memang lecehlah kalau buyer mintak nak tengok barang bagai. Barang doploh tiga ploh hengget, kita kasi kautim la cepat2. Untung tak berapa banyak, nak close deal kemain leceh. Jgn susahkan seller macam ni. Memang ramai seller kecik2 mcm ni akan enggan berleceh-lecehan. Yg ni kira pejam mata ajelah membeli. Kalau yakin belilah. Kalau tak yakin, jangan beli. Tapi biasanya saya akan ke website beli belah yg diperakui seller2nya. Contohnya ebay - yg mana seller menerima pembayaran guna Paypal. Ada protection untuk pembeli sampai 45 hari. Sebab duit yg kita bayar guna Paypal akan dipulangkan kembali oleh pihak ebay lepas kita buat aduan mengikut prosedur yg betul. Yg ni seller tak boleh lari. Tp jgn lupa check rating seller dulu.

5. Beli belah di www.lelong.com.my di mana seller menerima pembayaran melalui Netpay. Kita boleh check detail seller untuk meyakinkan diri sendiri. Ada sekali saya punya brg tak sampai, dan seller kembalikan wang saya secepat mungkin. Ni kes pre-order (saya tak sedar brg diorder drp China lepas kita bayar - bukan ready stock. Kes tak baca habis2). Tapi banyak barang di Lelong ni yg murah2 berbanding kedai. Kalau casing fon kat kedai RM40, kat Lelong hanya RM29. Contohnya casing fon HTC memang susah nak cari kat kedai tapi ada melambak kat Lelong.


ni profile saya di Lelong sebagai pembeli tegar sejak 2007. Verified member. Review (rating) 100% positif sebagai pembeli berhemah



Hanfon pun saya pernah beli kat Lelong. Alhamdulillah ok aje. Check rating dia. Kalau ada negatif, apa masalahnya. Setakat barang terlambat pos sehari dua tu boleh la maafkan. Kalau 10 negative rating sebab brg tak sampai (tp refunded), harap pergi ke seller lain utk elak sakit hati tunggu barang lambat sampai. Kalau rasanya anda seorang penyabar, boleh la order. 

6. Nak beli beg mahal empat lima ribu - kalau dah ada duit CASH beribu2 tu, jgn senang2 transfer duit ke akaun peribadi orang lain tanpa usul periksa. Manusia ni mudah terpedaya dengan duit. Pastikan dah betul2 yakinnnnnnn 1000000000% baru transfer. Ataupun bawak duit beribu2 cash tu ke KLCC. CASH tau. Jgn bawak credit/debit card. Sebab bila kita keluarkan cash RM5000 kita boleh nampak secara fizikal, secara jelas berapa helai note RM50 yg perlu kita bawak hanya untuk beli satu handbag idaman. Masa tulah, kita boleh berfikir dengan lebih jelas tentang apa yg kita tengah nak buat tu. Keluar masuklah kedai2 handbag. Sebenarnya ada aje designer bag yg tengah sale terutamanya yg musim lama2. Sampai 50% pun ada. Gucci, Mulberry, Longchamp.. puas hati beli sendiri. Yg duduk jauh2 tu, mintak tolong la kawan kat KL cucimatakan utk kita. 

7. Kirim melalui kawan yg pergi bercuti overseas. Biasanya kat luar sana brg lebih murah drp Msia terutamanya Europe. Tapi hadiahkanlah duit VAT kat kawan tu. Takkan dah dpt beg murah RM2000 (kat Msia RM4000) pun kita nak tuntut bayaran balik VAT tu. Penat tau nak mencarikan beg utk kita dan usung balik ke Msia. Berat luggage tau. 

Ada lagi tips nak kasi kat sini tapi setakat inilah dulu ye. Saya cuma prihatin tentang berapa byk sahabat2 dan sedara2 yg dah kena tipu. Kalau nak jadi serik lebih sikit, masuk Instagram dan follow satu account ni - KAMIBENCIKAKITIPUONLINE. Ada banyak info tentang scammer, tentang buyer yg kena tipu, dan cerita2 betapa payahnya nak dapatkan refund.









Pilihan di tangan kita uols... buat police report belum tentu penyangak dapat ditangkap sebab kita sendiri masukkan duit dalam akaun personal org tu. Oleh itu, hati-hati eh... duit bukan senang nak cari. Brg semua dah mahal sekarang ni. Minyak naik, tol naik... GST masih berjalan. Baik kumpul duit beli insurans yg ada investment tu, atau bayar duit kereta atau bayar duit rumah supaya hutang cepat habis, atau kumpul duit gi haji bebs.... jangan ambil hati kalau terasa okey. Saya cuma prihatin.

Wasalam.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>