Assalamualaikum.
Nak pindah rumah memang pakai banyak duit. Kalau boleh semua pun nak baru. Meja makan, sofa, almari, katil semua mesti nak baru. Tapi kalau tak berupaya nak menyediakan semuanya baru macam mana?
Sofa saya sekarang memang sangat saya sukakan designnya. Masa pergi cuci mata kat kedai perabot berbulan2 dulu, takde satupun sofa yang mempu menarik perhatian saya. Dan sudah tentulah yg sanya tengok tu sofa yg harganya didalam bajet haha. Kalau bajet besar mungkin tak susah nak cari sofa idaman hati betul tak?
Boleh dikatakan sofa yg saya ada skrg merupakan satu pelaburan yg sangat berbaloi. Beli kat kedai terceruk dekat dengan IOI Mall Puchong. Berbanding dengan L-Shape sofa brand ****** yg nama macam branded tu tp buatannya hampeh, baru pakai sebulan dah tenggelam. Harga not that cheap pun. Masalah sofa sekarang ialah ianya dah kusam, leathernya dah kering dan merekah maklumlah patutnya kena la sekali sekala rawat dengan leather krim whatsoever tapi bila dah ada anak2 yg kecik2 memang tak kuasalah. Paling teruk ialah sofa dah teruk dicakar kucing.
![]()
Abang John suggest nak beli je sofa baru tapi saya takmo. Mesti tak dapat sofa idaman sebab bajet tak sama. Dah la kena cari tempat untuk simpan sofa lama ni, Abg John nak letak dalam BILIK TIDUR. Oh tidakkkk... bilik tidur tak luas mana pun. Asal pemaju yang bikin rumah, memang jangan haraplah nak dapat keluasan rumah dan bilik idaman hati. Lainlah kalau beli tanah, bina rumah sendiri, pasti boleh puas hati. Saya memang tak yakin pada idea design abang John. Kali ni memang saya punye idea hampir 100%.
Berbalik kepada cerita sofa lama.. saya cadangkan sofa ditukar kulit aje. Boleh pilih material, warna dan tambah sponge kalau perlu. Nanti sofa jadi la macam baru. Tapi kena tunggu masa betul2 dah confirm bila tarikh nak pindah baru la jalankan operasi. Sekarang memang dah confirm akan pindah dalam masa sebulan ke sebulan setengah insyaAllah. Jadi memang sesuailah panggil orang ambik sofa untuk di'baru'kan. Nanti dah siap terus la hantar ke rumah baru dalam keadaan berbalut plastik. Masa tu perasaan 'perasan baru' pasti hadir dalam hati kih kih kih.
Seperti yg dijanjikan, brader tokey kilang balut sofa ni datang la nak ambik sofa kami. Tapi abang John mintak keluarkan dulu semua harta karun yang terselit di celah2 sofa. Maka proses memunggah pun bermula lah.
Dan hasilnya....
![]() |
antara harta karun dalam sofa 3 seater. Memang anak2 saya jadikan celah sofa sebagai tong sampah diorang especially bila makan gula2 |
Yang sebenarnya abang John mencari sesuatu dalam sofa tu. Sebab tulah beriya suruh korek sofa dan dan tu.
![]() |
Ni di sofa 2 seater. Puas dia korek tak berjaya mencapainya. Macam2 gambar ride ada sini, katanya. |
Dan di sofa 3 seater dapat jugak abang John jumpa spring kecik 'milik' helmet dia yg tersimpan agak lama sejak spring visor dia terpelanting celah sofa tu. Puaslah hati dapat balik spring tu.
Selain sofa 3 seater dan 2 seater kesayangan saya tu, 2 kerusi 1 seater juga kami hantar tukar baju. Pun kena cakar sikit dengan kucing bertuah.
![]() |
dulu nak beli design canggih sikit, tak mampu.. yg ni je mampu. Dapatlah sepasang. Nak ketepikan, sayang. Baik kita mekap dia. |
Dan sementara diorg projek mengorek harta karun, saya pilih 'baju' dan warna sofa.
![]() |
Biasa org buat seat kereta. Tahan lama, tahan cuaca. Tebal. |
![]() |
yg lobang2 mudah perangkap kekotoran |
![]() |
ini PU leather yg biasa digunakan dalam pembuatan sofa. tapi tokey kilang kata cepat rosak sebab lembut. |
![]() |
lawa tapi jenuh nak korek lobang kecik tu kan... |
![]() |
saya pilih jenis yg ni. PU Leather, bukan genuine leather. Genuine leather melepasi bajet yg disediakan |
Warna apa saya ambik utk sofa2 saya? Rahsia. nanti dah siap saya tunjuklah.
Harga?
Kalau ambik baju yg lembut tu, kedua2 sofa 2 dan 3 seater RM1400. Tapi saya pilih yg tebal, dapat RM1700.00. Untuk seat single dua bijik tu, satu seat RM120.
OK kan? OK sangat. Kalau perlu tambah sponge dia akan tambah mana perlu. Dan antara ayat yg saya puas hati mendengarnya (drp brader tokey kulit sofa) ialah, "Sofa saya ni kualitinya bagus. Kayunya baik, pembuatannya juga baik". Hmmm memang eloklah tukar baju aje. Beli baru belum tuntu dapat yg bagus. Walaupun sofa saya tu genuine leather, saya redha aje tukarkan dengan PU Leather aje. Takpelah sama aje kot..... (walau sebenarnya tak sama).
OK tunggu dalam masa sebulan sofa siap, diorg akan hantar terus ke rumah baru. Sekarang kita duduk atas lantai aje.
![]() |
gigih abang John pasang spring visor. Tak menyempat2 hahahaha |
![]() |
tinggallah satu kerusi menjadi rebutan kami. Yg ni boleh cari ganti kat IKEA |
Wassalam.