Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Imported Entry : Urusan Cukai Import di Kastam Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum.

Ini adalah entry yg diimport, originally dibuat pada tahun 2009 (hahaha) tapi saja nak re-post sebagai panduan pada masa akan datang. Blog asal untuk entry ini telah dipadam gara-gara tak larat nak balas email peminat2 tegar saya kih kih kih.

**********

Sekiranya anda membuat pembelian daripada luar negara, setiap pakej atau bungkusan yang dikirim akan melalui proses pemeriksaan kastam Malaysia terlebih dahulu. Terdapat beratus-ratus pakej yang perlu melalui kastam setiap hari. Sekiranya pakej anda diberikan tanda *gift* dan nilai yang tertulis di Custom Declaration Despatch Note hanya suatu nilai yang kecil, mungkin pakej anda akan mendapat pelepasan kastam dan pakej anda itu akan dihantar terus ke alamat anda pada keesokan hari menggunakan Poslaju.



Namun, bukan semua pakej yang bertanda *gift* akan mendapat pelepasan kastam. Pakej2 yang bernilai tinggi (mungkin USD40 ke atas), boleh juga ditahan, terpulang kepada pegawai kastam itu sendiri. Kira nasiblah kan? Pakej2 yang ditahan akan disimpan di Pusat Mel & Kurier Pos Malaysia, KLIA (berhampiran LCCT) sehingga urusan tax diselesaikan oleh pemilik. Pihak kastam akan mengirim surat tahanan kastam bagi pakej anda melalui posmen Poslaju (bukan posmen biasa), dan anda perlu menandatangan mel tersebut ketika penerimaan.

Dalam surat tahanan kastam yang dikirim itu, terdapat beberapa pilihan yang diberi kepada pemilik pakej.

1.    Membuat pelepasan cukai dengan hadir sendiri ke Pusat Mel & Kurier KLIA
2.    Melantik Pos Malaysia sebagai wakil atau agen pelepasan kastam (dengan membayar RM49.90 di Pos Malaysia semasa pengutipan barang). Tambahan extra sekiranya ingin pakej dihantar ke rumah.
3.    Mempunyai dokumen pelepasan kastam
4.    Melantik individu atau wakil lain untuk membuat pelepasan untuk pemilik, dengan menyertakan Mykad pemilik pakej.

Caj sebanyak 10% daripada jumlah harga barang dan kos penghantaran (shipping charge) akan dikenakan sebagai tax atau cukai pelepasan.

Saya pernah cuba mengambil jalan mudah dengan menghantar kembali surat yang saya terima, dengan menandakan no 2 (melantik Pos Malaysia sebagai agent) menerusi fax. Kononnya saya tidak perlu ke KLIA untuk membuat urusan tersebut. Selang beberapa hari, saya mendapat panggilan telefon daripada pihak kastam, dan mereka meminta saya membuat pelepasan kastam sendiri kerana pihak kastam telah membuka bungkusan tersebut. Di luar pakej harga yang tertulis ialah USD40.00, namun tag harga di barang yang saya beli terang-terangan menunjukkan harganya USD365.00. Oleh yang demikian, pihak kastam tidak menerima sekiranya saya melantik Pos Malaysia sebagai agent. Namun begitu, saya menjelaskan bahawa saya tidak membayar sebanyak yang tertulis di tag. Pihak kastam yang sangat baik itu telah meminta supaya saya membawa bersama bukti pembelian (resit) yang menunjukkan harga sebenar yang telah saya bayar.

Keesokan harinya, saya mewakilkan suami saya, telah pergi membuat pelepasan kastam. Oleh kerana bungkusan tersebut telah dibuka, ada beberapa urusan yang perlu dilakukan. Perlu isi borang yang dibeli dengan harga RM18 dan mengisi INBOIS PELEPASAN / PENGENDALIAN AGEN, kemudian pihak kastam perlu membuat pelarasan kembali tentang cukai yang dikenakan (yang sebelum ini telah disediakan oleh mereka mengikut harga di tag) mengikut harga resit asal yang dibawa pemilik (atau wakilnya). Jadi, saya perlu membayar hanya 10% daripada jumlah yang telah bayar kepada penjual/pengirim pakej, bukan mengikut harga tag + shipping charge.

Oleh itu, amatlah penting untuk ‘save’ resit yang anda terima selepas urusniaga dibuat kerana ia boleh digunakan semasa membuat pelepasan kastam.

Daripada apa yang saya tahu, barang2 yang dikenakan cukai akan mendapat pelepasan sekiranya nilai barang yang diimport kurang daripada RM500. Tetapi, semua ini tetap bergantung kepada budi bicara kastam. Ada juga barang yang ditahan tetapi masih belum dibuka pihak kastam. Semasa membuat pelepasan kastam, pemilik diminta membuka pakej yang diterima di hadapan mereka. Nasihat saya, turut saja dan patuh saja pada arahan, kerana mereka akan melayan anda dengan baik.

****Jangan lari daripada membayar cukai*****************

Semoga maklumat ini boleh menjadi panduan kepada anda.


Imported from: It's All About Handbags Deleted Blog.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Trending Articles


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 3.42.0 by Vimeo Inc


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>