Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Wallpaper Kaison Untuk Setiap Bilik

$
0
0
Assalamualaikum

Sekarang tengah giat uruskan hal pindah rumah. Hari-hari ulang alik ke rumah sana, kejap appointment dengan kontraktor alarm, kejap dengan kontraktor kitchen cabinet, kejap hantar barang untuk kontraktor extend dapur, kejap dengan kontraktor pasang railing dan rod langsir. Hampir semuanya kena belajar urus sendiri sebab bak kata Abg John, "Abg gi cari duit". Disebabkan sekolah tak cuti lagi, tapi exam dah habis, ada kalanya saya pontengkan anak-anak, adakalanya saya kena hantar jugak bila ada aktiviti. Contohnya hari ni, kena teman anak bujang ambik result UPSRnya. Apa result dia? Next entry saya cerita insyaAllah.

Sekarang saya nak cerita tentang wallpaper. Sebelum ni saya asyik layan Lamex website. Dulu, saya beli online aje daripada Lamex. Satu roll berukuran 53cm x 1000cm saya beli RM140.00. Ada yang lebih mahal daripada itu. Tapi saya bajet ciput aje, ambik la yang murah. Upah pasang lain pulak kosnya. Ada jugak yang offer, "Akak pilih code Lamex mana akak nak, kami caj harga wallpaper saja. Upah percuma". Bila saya bagi ukuran dinding, mana yang dinding guna 3 roll saja, dia quote sampai 5 roll. Kalau satu roll RM140, 2 roll RM280 dia hambik huntung. Tak jujur, tak layan. Padahal saya dah kira2 siap2 berapa nak pakai. Walau saya tak pandai pasang wallpaper, saya pandai matematik.




Bila nak pindah rumah yang baru, yang kosong, lampu tadak, kipas tadak, apa pun tadak, bajet saya makin kecik dan kecik untuk segulung wallpaper. Tapi niat kat hati nak sangat berwallpaper kan. Bila saya mula kenal KAISON (sebut Kei-zen), saya jadi gila asyik nak beli wallpaper untuk setiap bilik. Apa taknya, RM19.90 untuk sticker wallpaper ukuran 45cm x 1000cm manakala RM59.90 untuk ukuran 53cm x 1000cm (sama macam Lamex) tanpa gam. Gila apa takmo beli untuk semua dinding bilik?

Cabaran kat sini ialah saya kena pandai ukur dinding dan berapa roll nak beli. Untuk dinding rumah saya, kalau guna sticker wallpaper (45cm x 1000cm), setiap 45cm x 3 = 135cm lebar dinding mewakili 1 roll wallpaper. Tinggi dinding rumah saya standard ukuran, jadi kalau uols punye dinding pun tinggi standard, boleh la guna sifir ni. Kalau wallpaper yang takde gam kat belakang tu, setiap 53cm x 3 = 159cm mewakili satu wallpaper. Jangan risau tentang corak yang nak kena matching tu sebab biasanya akan ada lebih untuk kita matching corak wallpaper. Kalau tak faham, sila baca berulang kali sampai faham he he.

Untuk bilik anak-anak saya dan ruang tamu, alhamdulillah saya beli ngam je wallpaper. Ada jugak yang saya tak kondifen, terus ke Kaison Paradigm mall beli lagi extra roll tp sebenarnya apa yg telah saya beli memang dah cukup-cukup. Yg 'terbeli' lebih tu saya akan tampal kat bilik tetamu nampaknya.

Satu hal yang mungkin kita tak sedar bila beli wallpaper ni (yang ada sticker), perhatikan kertas belakang wallpaper, kalau kaler kertas tu tak sama, besar kemungkinan corak nampak sama tapi sebenarnya tak serupa. Sama jugak yg takde gam tu, kalau lain batch lain jugak corak atau kaler dia. Ada sikit 'lari'. Jadi, ukur dan beli secukupnya. Sebaiknya kalau nak beli, cari corak yang masih ada banyak stok. Kalau tak cukup nanti boleh beli lagi. Kalau yang tinggal sikit silap2 nanti stok habis.


nampak sama semuanya, kan?


yang ni belakang biru

ni pulak belakang merah

Disebabkan wallpaper ni semua berbalut plastik, memang mustahil untuk tengok kaler apa belakang dia. Tapi sebenarnya boleh aje teka2 kaler dia. Cuba tengok gambar bawah.


merah

biru

Lepas ni jangan tersilap beli ye. Kalau tersilap macam saya, pastikan ia digunakan di dinding yang lain, takde masalah.

Okeh meh saya belanja gambar2 bilik dan ruangan yang dah siap.



ada lebih - saya buat hiasan dalam frame. Boleh jugak buat lamp shade

kiri yg 53cm, kanan yg 45cm. Kalau uols perasan, wallpaper kiri hujung skali di sudut, warna wallpaper tu lain kan? Memang wallpaper yg tu saya beli tambahan 1 roll selepas beberapa bulan saya beli yg sebelumnya. Lain batch, kaler pun lari. Padahal sikiiiiittt je tak cukup.

saya panggil Cik Rai baca nombor-nombor tu, dia kata, "Peninglah!" hahahahha. But the boys really love it.



Tips terakhir sebelum pasang wallpaper - kalau ada bajet, carilah installer. Pasang wallpaper bukan macam memasak di dapur. Main agak2, main campak2. Kena teliti, peralatan kena cukup. Untuk kami, abang John yg pasang sendiri. Jimaaatttttt...... saya jadi assistant.

Alatan yang diperlukan:
  • tangga yang cukup tinggi dan sesuai agar tak mendatangkan kecederaan.
  • wallpaper glue secukupnya untuk yg takde sticker. Boleh beli kat Kaison. Jangan beli semberono kat kedai hardware. Ingat lagi mat tukang dr indo yg pasang wallpaper pertama kami dulu, dia beli gam parquete buat pasang wallpaper. Haish... kalau tak tau, cakap la tak tau. Jangan main 'ok ok' je. Habis 3 roll Lamex kami, kena beli baru, panggil tukang pasang yg expert.
  • scrapper (plastic)
  • cutter
  • gunting besar
  • span atau kain kering
  • timbang air (spirit level)
  • pensel
  • pembaris / pita ukur jika perlu

Untuk yang pasang sendiri, boleh rujuk kat Youtube cara-cara pasang wallpaper. Abg John belajar kat Youtube aje.

OKbai.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>