Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Demam Gemuruh Keputusan UPSR 2015

$
0
0
Assalamualaikum.

Sejak Deepavali, Selasa yang lalu (10 Nov 2015), anak bujang saya demam. Dah bagi makan ubat, supplement, pegi kinik pun masih tak kebah lagi. 

Apabila keputusan UPSR diumumkan pada 10am semalam, 17 November 2015, saya memang takdelah nak paksa anak bujang ni ke sekolah pagi2, ataupun bersiap untuk ke sekolah seawal 10am. Kesian dia demam, kan....

Tapi saya kat rumah dah bersedia dengan sistem sms semakan keputusan UPSR seawal 10am. MALANG sekali, dua kali saya hantar sms, dua kali jugak sistem reply kata nombor giliran saya SALAH. Memang haru. Mahu tak mahu, jam 11am saya, Abang John dan anak bujang melangkah kaki ke sekolah dengan rilek je la... takkan nak stress kan??? Anak pun demam ni...




Hati memujuk "Apa result pun takpe...." tapi sebenarnya "Dapat 5A kan best...." Damn u sms semakan!

Sampai aje kat luar sekolah, saya nampak ramai anak2 yang dah mula melangkah balik rumah. Nampaknya kami memang sangat lambat, padahal cikgu yang abang John terserempak kat kedai pagi tu pesan, "datang la pukul 11am". 

Bila jejak kaki kat bus stop depan sekolah, ada budak2 lepak2 yang juga merupakan kawan2 anak saya. 

"Eh, Afal dapat berapa eh?"

"Afal dapat 5A la! Fal!!! Kau dapat 5A!" jerit kawan2 anak saya.

Anak bujang saya yg sakit tu buat dek je jalan, macam tak kenal kat kawan2 sendiri. Memang toya sungguh perangai, tahu la sakit!

Saya cakap kat dia, "Jangan percaya cakap diorang. Nanti frust pulak kang" Hahahahaha....

Lalu melangkah longlai ke dewan sekolah.... sambil mata-mata memerhati kami. Dah terasa macam artis pulak.

Sampai aje kat dewan, saya tolak mesra anak saya ke meja guru kelas dia. Cikgu dia bangun, ambil slip dan salam anak bujang saya sambil ucap tahniah. Sebenarnya dah tak terasa surprise dah sebab budak2 kat bus stop dah pecah rahsia ha ha ha. Alhamdulillah, merasa jugak jadi ibu anak cemerlang UPSR. Walau hanya UPSR, 'hanya' UPSR, jangan diperkecilkan usaha anak-anak. Wajarlah kita berbangga dengan hasil usaha mereka, sebab mereka baru 12 tahun kan. Kalau kasi exam UPSR kat budak2 tingkatan 5, memang la tak wajar nak kata diorang hebat. Betul tak? Walau dapat no 1 kat tadika, pun dah terasa hebatnya. 


tengok slip ni, memang betullah nombor giliran salah hahahaha


Lepas borak2 dan ucap terima kasih kepada guru2, pegi beli air kat vending machine pun ada seorang ibu salam saya dan ucapkan tahniah. Terasa besar sungguh penghargaan yang diterima oleh ibu bapa si anak cemerlang.  Syukur, dan terima kasih wahai anak, kerana memberi peluang kepada kami merasa detik sebegini.

Balik drp sekolah kami terus ke klinik. Ambil darah, mana tahu ada penyakit lain sampai demam tak kebah. ***result test darah kata semua clear alhamdulillah. Cuma tekak bengkak pasal tu demam lambat baik***



Ok meh saya kongsi sedikit rahsia kejayaan anak saya. 

Anak2 saya dihantar ke pusat tuisyen tetapi hanya beberapa bulan. Kesian dengan jadual padat mereka, piano, tuisyen, mengaji, homework, tolong mak bapak kemas rumah lagi, tak sampai pulak rasa hati nak paksa mereka kejar keputusan cemerlang sampai badan lembik dan takde masa terluang. Kami berhentikan tuisyen, dan galakkan hanya belajar kat rumah, guna channel Astro UPSR tu sekali, sambil buat latihan aje. Lagipun mak bapak pun dah terasa tak larat nak layan, bila berhenti tuisyen ada juga ruang untuk bernafas.

Walau kami mak bapak ni nampak ala2 rock ala2 pop ala2 raggae, kami sangat menekankan tentang makanan rohani. Solat tak boleh tinggal, sakit pun mesti buat walau terpaksa duduk. Mesti mengaji. Alhamdulillah tahun ni diorg semua khatam. Anak bujang saya mula 'pandai' bangun tengah malam buat solat hajat, solat tahajjud. Macam tak percaya aje hihihi. Nampak betul keazaman dia nak berjaya dalam exam kali ni. Tapi kalau tengok gaya dia macam acuh tak acuh, endah tak endah aje. Kadang2 susah nak teka yg dia ni ready nak exam atau belum? Yang sebenarnya keputusan exam mid term dia sangat corot (padahal pegi tuisyen tu), sampai saya rasa nak nangis! Saya hantar whatsapp pada anak bujang saya, menyatakan rasa kecewa saya. Mungkin pesanan tersebut buat anak saya tersedar yang dia perlu lebih gigih berusaha (walau last minute belajar - 2nd semester baru bukak buku).

Namun begitu, satu sikap anak saya ni, dia sebenarnya seorang yang teratur. Bangun pagi terus mandi, siap2 dan katil akan bersih kemas selimut berlipat. Kalau nak mandi, baju dia bukak tak campak sana sini. Dia akan kemas elok2. Pastu solat tak perlu nak suruh2. Cukup time dia buat homework, cukup pukul 5 dia keluar main. Sebelum tidur dia solat isya. Pukul 10.30pm sedar2 dia dah 'hilang' pegi tidur. Tapi dah sikap budak2, kena selalu suap dengan nasihat.

Perangai ni saya perhati sejak tadika lagi. Balik tadika salin baju, makan, pastu dia buat homework sampai siap. Pastu terus hadap game PS2 sampai petang. Yang sebenarnya aim dia ialah PS2, tapi sebab 'peraturannya' ialah mesti makan, salin baju dan buat homework, maka dia selesaikan semuanya sebelum pegang PS2. Sama macam rutin harian, aim dia ialah nak main kat luar dengan kawan pukul 5pm, tapi peraturannya mesti solat dulu, practise piano dan buat homework. Dia sangat disiplin dalam bab peraturan ni. Tapi semua ni dengan syarat - mesti selalu nasihat. Kalau tak nasihat, hanyut jawabnya. Solat pun boleh lupa.

Tak macam anak saya yang sorang lagi, pandai betul buat jadual. Siap lukis2 cantik2. Tapi satupun tak ikut. Hancur semuanya. Saya kena ingatkan setiap benda. Terlalu leka dan lalai dengan hobi melukisnya. Leka lalai dengan gajet. Nak kena ejas nampaknya tahun depan.

Oklah itu serba sedikit rahsia si anak. Mak bapak takde rahsia, hanya doa dan sedikit jerit pekik dan kasih sayang yang melimpah buat anak2. 

Tahniah buat anak2 dan ibu bapa yang mana anak2 mereka dah dapat keputusan UPSR 2015. Apa pun keputusannya, pasti ada hikmah dan kelebihan. InsyaAllah. 

OKbai.


 



 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>