Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Petronas Cuti Idaman

$
0
0
Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas saya terima 'hadiah' yang dikirim menggunakan syarikat penghantaran cepat. Bukak aje, ada satu kad dan surat daripada Petronas. Baca punya baca, tak berapa nak paham. Katanya saya menang peraduan tapi saya tak pernah masuk contest pun. Bagi mendapatkan penjelasan, saya pun gugel je lah untuk kasi paham.





Oooooo rupanya saya dok swipe kad Mesra masa beli jajan tertentu sebanyak RM5 di Petronas sepanjang 1 Julai - 31 Ogos 2015, saya telah melayakkan diri untuk memenangi hadiah peraduan Cuti Idaman.




Dan hadiah yg saya dapat adalah hadiah saguhati (alhamdulillah) bernilai RM200 berupa gift card yang boleh digunakan di stesen Petronas, sama ada untuk mengisi petrol atau beli brg di Kedai Mesra. Oklah sangat tu. Abang John kasi cash beli petrol, saya swipe aje gift card dan saya dapat la simpan cash daripada Abang John. Bijak, kan? Keh keh keh. Cash tu nanti boleh top up beli langsir hihi.




Bukan beli petrol aje, saya belanja anak-anak shopping jajan, "Ambik apa nak, mami belanja!".






Gift card ni boleh juga top up di mana-mana kedai Mesra. Sesuai untuk para bapa untuk 'hadiah' kat para ibu yang merengek2 mintak supplement credit card dengan alasan 'senang nak isi petrol' ha ha.

Bukan Kad Mesra aje yang memberi hasil, malah Kad Ahli Aeon Big juga berguna untuk saya. Memang kalau berbelanja kat Aeon Big saya tak pernah lupa swipe untuk kumpul poin. Ada masa-masa tertentu yang saya ada ngam2 aje duit nak membayar, (maklumlah skrg ni - tiada lagi asal rasa nak beli gi lah beli) tiba-tiba cashier kata "Nak tolak poin tak kak? Ada RM50 boleh guna". Alhamdulillah, rezeki datang dalam pelbagai cara, kan. Jimaaaat RM50. Kelmarin, beli barang dapur ngam2 duit bawak. Lepas bayar, anak2 merengek mintak Skittles. Dah la bawak semua anak. Takkan nak beli 1 atau 2 aje kan? Walau anak dah besar panjang masuk 15 tahun pun, kena jugak la belikan. Check2 tengok ada la RM15. OKlah, pegi la ambik. Masa bayar saya hulur kad Aeon Big tu, sekali tu cashier kata "tolak poin kak?" Saya pun ok ajelah. Dah free Skittles semua. Alhamdulillah jimat duit.

Cuma ada sedikit rasa tak puas hati bila tahun ni (sejak GST) poin yang dikumpul bila swipe kad kredit sekarang nilainya adalah 1/2 daripada tahun2 sebelum ni. Kalau dulu 12,000 poin boleh tebus RM50.00 voucher shopping, sekarang perlukan 24,000 poin untuk voucher RM50. Dulu saya boleh dapat hingga RM500 voucher shopping setiap hujung tahun hanya dengan menebus poin kad-kad sedia ada yg saya guna buat shopping barang dapur dan beli brg peribadi, termasuk beli tiket kapalterbang rombongan cik kiah dan bila beli brg Elken yg org order (jgn kata aku shopping tak hengat sampai berpuluh ribu setahun hokey). 

Dan semua kad yang saya peram sejak ekonomi meleset ni, akan saya lupuskan satu persatu. Tak berbaloi, lebih baik pakai debit card. Debit Card (berlogo Mastercard/Visa) skrg ni dapat bersama setiap kali bukak akaun simpanan, dan ada cash back dan peraduan setiap kali swipe. Boleh jugak belanja online. Memang tak berbaloi guna kad kredit sebab interest bank aje tak cukup nak cover dengan voucher yang diorang kasi.

Jadi, segala kad ahli seperti kad Aeon Big, Mesra, Bonuslink, gunalah seoptimum yg mungkin bagi mendapatkan keuntungan.

OKlah itu aje nak cerita.

Wassalam.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>