Assalamualaikum.
Kelmarin (biasalah saya suka buat entry cerita dah 2, 3 hari) anak sulung saya dikejutkan dengan bday party mengejut yang dirancang oleh kawan-kawan dia, dengan sokongan penuh daripada saya. Rancangan tersebut dibuat seawal 2-3 minggu sebelum tarikh bday dia. Kawan-kawan dia whatsapp saya agar mengizinkan diorang plan party tersebut.
Jadi, sehari sebelum hari bday, saya dah bertungkus lumus menyiapkan bahan2 nak dimasak. anak saya tanya, kenapa beli spageti banyak2 ni? Jawab saya dengan muka selamba, "Besok ada meeting family day kat rumah nekcik, potluck. Pagi Ahad tu saya beriya memasak daripada pagi, berbungkus2 spageti saya rebus, padahal lauk potluck yg sebenarnya hanya kari ayam dan ikan goreng. Saya masak spageti macam nak buat party aje.
Abg John dan anak-anak semua pergi ke rumah baru dalam jam 1pm, lagipun ada appoinment dengan tukang buat kabinet. Jam 1.30pm kawan2 anak saya pun sampai.
Dalam keadaan rumah yang serba kurang, sofa dah takde, frame gambar dah dibawa pindah, kami teruskan aje rancangan seperti yg telah dirancang.
Bila diorg semua balik dalam 4pm, sepraiiisssss!!!! Memang sepraislah, saya pun kelam kabut jadinya masa tu. Tengah borak dengan kawan dia, tiba2 kereta dah ada depan rumah.
sampai hari ni benda kilat kecik2 tu tak habis divacuum. Ada aje muncul tah dari mana |
Terima kasih kepada kawan2nya, kerana buat anak saya gembira pada harijadi dia. Tahun lepas saya hanya belanja kek kecik murah. Bajet takde :(
Serba sedikit ttg anak saya ni...
Amat menyenangkan hati seorang ibu apabila menyedari bahawa anak kita menjadi kesayangan kawan-kawannya di sekolah. Sebenarnya saya cukup puas hati dengan prestasi anak saya kat Sekolah Menengah Puchong Utama 1 ni sebab dia bukan saja berada di kelas teratas daripada 13 kelas (termasuk kelas peralihan dan aliran agama), malah dia juga aktif. Menjadi photographer sekolah, ahli PBSM, favourite student kepada guru bahasa Inggeris malah guru Bahasa Inggerisnya bgtau abang John (bab jumpa cikgu saya serahkan kepada bapaknya) bahawa anak saya ni merupakan penulis yang baik. Karangannya mempunyai daya tarikan bermula ayat pertama. Fuyoooo... mak dia tak macam tu pun. Syukur alhamdulillah, berada di kelas teratas menjadikan dia ada sikap ingin bersaing dengan pelajar cina no 1 kat kelas dia. Macam saya dulu la... suka duduk sebelah budak cina dari form 1 sampai form 3. Memang rasa nak lawan aje (sebenarnya ia merupakan tips yg saya bagi kat dia - bercampur dengan pelajar cina dan india, boleh fasih bahasa inggeris).
Dan awal tahun saya hantar anak2 saya ke tuisyen. Lepas sejak bulan puasa saya berhentikan sebab kesian tengok diorang lesu aje sibuk dengan aktiviti. Dan tokey pusat tuisyen call abang John, mohon anak saya dihantar kembali belajar tuisyen sebab pelajar2 lain (terutamanya kelas matematik dan sejarah) jadi demotivated sejak dia tak datang belajar lagi. Malahan, tokey tu kata dia sanggup kecualikan anak saya daripada membayar yuran bulanan asalkan dia datang belajar! Anak saya jadi fav student sebab seringkali bagi jalan kerja matematik yg berbeza malah lebih mudah difahami kepada kawan-kawan yg lain, (yg sebenarnya dia dapat daripada saya yg selalu kena ajar dia buat homework matematik kat rumah, daripada menyebalkan saya hinggalah dah boleh cari jalan penyelesaian sendiri haha. Saya pun terer modmaths masa sekolah kikiki sempat puji diri sendiri). Tapi abg John terpaksa tolak sebab bukan masalah takmo bayar, cuma kesian kat dia yg selalu kena stay up siapkan homework sebab siang2 terlalu padat jadualnya. Masa sekolah rendah anak saya banyak main2, sampai UPSR pun main2, sebulan sebelum exam kot baru nak belajar. Dapat 3A 2B menyebabkan dia menyesal tak belajar bersungguh2. Saya kata, itulah hasil usaha dia. Usaha yang sangat last minute. Kalau belajar sedari awal, mungkin boleh dapat lebih baik. Sejak itu, dia mula berubah, alhamdulillah.
Anak saya juga sangat minat pada muzik. Kami hantar ke kelas piano sejak umur berapa ek? Tak ingat. Sekarang dah lulus grade 5 dan akan lompat grade terus ke grade 8. Anak2 saya 4 org semua belajar muzik (3 main piano dan sorang drum) juga menjadi pelajar kesayangan cikgu muzik. Yg lelaki no 2 tu dah grade 5, yg pompuan sorang lagi grade 4 (dia tak yakin nak lompat terus ke grade 5 mcm kakak abang dia) dan sorang lagi drum (belum pernah ambik exam sebab xde drumset lagi kat rumah. Next year la insyaAllah). Cikgu beriya takmo lepaskan diorang belajar ke tempat baru walau dah pindah, maka saya relakan diri utk ulang alik Bangi - Puchong setiap hujung minggu utk hantar diorg ke kelas lepas dah pindah nanti. Dia kata penat2 ajar dari zero, tiba2 cikgu lain sambung, sangat sedih untuk dia. Lagipun ada aje ibu bapa yg tiba2 berhentikan anak, hantar ke tempat lain sebab anak takde peningkatan. Padahal ada diantara pelajar beliau yg tone deaf dan tak boleh main langsung. Bila bgtau ibu bapa, ibu bapa tak boleh terima.
Antara conversation antara saya dengan cikgu pinano yg suka minum kopi White Coffee Elken hehehe.
Lega apabila dapat feedback macam ni. Segala penat lelah saya melayan kerenah dan jadi driver anak2 saya terasa berbaloi. Hari ni aje rasa nak pengsan pi cari langsir, balik dapat lelap setengah jam sampai berdengkur (anak saya kata dengkur sikit - penat sangatlah tu), pastu kena hantar pulak ke kelas drum. Tahun depan semua 5 orang akan belajar muzik termasuk cik Rai, akan mula belajar piano jugak. Saya pilih piano untuk Cik Rai sebab alang2 ada piano kat rumah, harga bukan murah lak tu, baik kasi aje main piano. Yg sorang tu main drum sebab dia baran dan asyik nak belasah orang. Piano tak sesuai untuk dia.
Anak sulung saya skrg memang rajin cari lagu baru kat internet, cari notes, print out music sheets dan mana yg tak paham dia akan rujuk kat cikgu. Kebanyakannya lagu KOREA dan JEPUN keh keh keh. Suruh cari lagu Melayu dia takmo, padahal mak dia ni suka lagu2 rock kapak hihi. Oh dia juga main gitar, cuma dah berhenti belajar dan saya suruh berlatih aje kat rumah sebab gitar ni boleh cari teknik kat youtube aje, tak perlu nak berguru sangat. Selalu jugak main gitar kat sekolah. Dan saya ada jugak belikan dia Ukulele, dia belajar sendiri ikut youtube.
![]() |
Kita satu bangsa kita satu negara....... |
Tujuan saya menulis entry ini adalah kerana saya banyak dengar cerita para ibu bapa yg berhentikan anak daripada belajar muzik dengan alasan anak dah tak minat. Tapi rata2 semuanya ada bakat, cuma tak minat nak teruskan. Saya takde niat untuk jadikan anak saya pemuzik, niat saya hanya untuk peningkatan I.Q. mereka dan supaya mereka ada aktiviti berfaedah. Nak balancekan otak kiri dan kanan, orang kata. Anak2 ni pulak memang kena paksa. Paksa practise, paksa ke kelas, paksa ambik exam. Memang sebelum ni diorg ada jugak masuk kelas taekwando, tapi berhenti setengah jalan. Alasan - tak minat dan malas gi kelas. Banyak aktiviti yg setengah jalan, hanya muzik je saya paksa teruskan. Takde excuse. Bila cikgu puji semua jadi poyo :D. Seronok pulak bila kena puji.
Jadi, saya sarankan kepada ibu bapa, carilah satu aktiviti yg sesuai untuk anak2 agar mereka ada sesuatu untuk dilakukan. Macam kawan saya, hantar anak belajar main pedang. Asyik menang bila masuk pertandingan. Fuyooooo saya kagum betul. Sekolah pun pandai. Bapak dia dulu suka buli saya masa kat MRSM. Ada jugak kawan saya yang anaknya suka pada bahasa asing. Macam-macam bahasa dia belajar. Ulat buku. Ada jugak yang suka pada fitness. Sado hehhee. Dah le hensem. Anak2 dia semua pandai belaka. Ada yg suka menari. Tapi arwah pak mertua pernah pesan kat saya - menyanyi boleh, menari jangan. Oleh itu kelas menari tolak tepi. Tak boleh masuk list kami.
Tapi kan.... sebaik2 aktiviti yg terbaik sebenarnya, ajarlah anak mengaji Quran dengan baik. Bacaan dari kanan ke kiri, dan keupayaan meneka bacaan seterusnya, sambungan ke baris bawah seterusnya juga terbaik dalam merangsang otak kita dan menenangkan jiwa.