Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Memburu Pembuat Kabinet Dapur MURAH

$
0
0
Assalamualaikum.

Ada kira-kira 2 ke 3 minggu sebelum kami berpindah. Tapi banyak lagi kerja yang tertangguh. Dapur basah tak siap-siap lagi. Kontraktor menghilangkan diri tak angkat talipon. Hari tu 2 minggu masuk spital katanya. Sakit jantung. Pastu bila dah ok hanya 2 hari pekerjanya datang plaster dinding, ceiling tak pasang lagi, sebab dia mintak kami beli hos udara untuk hud dapur sebelum pasang ceiling. Saya pun cepat2 gi cari hos 6 inci tu beserta cover bahagian luar, kos sebanyak RM100 beli kat The Living Depot Puchong Utama. Mahal rupanya. Ingatkan setakat hos tu murah aje. Dah beli, call kontaktor suruh datang siapkan kerja, katanya besok atau lusa. Tak datang jugak, dia kata besok atau lusa lagi. Lama-lama ni dah jadi 2 minggu, call tak berangkat, sampai abang John gertak kalau tak boleh siapkan dia akan suruh orang lain siapkan. Simen, pasir semua ada aje depan rumah. Pastu baru la dia call balik dan janji nak siapkan. Sekarang ni tinggal ceiling, tingkap, pintu, power point, paip dan cat yang perlu disudahkan. Pastu nak suruh kemas brg2 kat luar termasuk atap genting yg dia tumpang letak kat porch rumah kami. Nanti boleh la tanam rumput pulak. Kerja-kerja pasang tiles dan lampu/kipas akan diserahkan kepada orang lain. Manakala kabinet dapur basah kami pospon la dulu, kita pasang kabinet kat dapur kering dulu.

Untuk kabinet dapur kering, ada beberapa kontraktor yang kami panggil bagi sebutharga. Sangat memeranjatkan, harga kabinet sekarang melampau mahalnya. Ukuran 9.5kaki x 6.5kaki, kontraktor  pertama iaitu yang buat semua kabinet, almari baju dan rak kasut kat rumah lama kami bagi harga RM16,000 untuk kabinet 3G dengan solid top, RM10,000 untuk melamine dengan solid top. Dulu dapur kami (agak luas) kurang RM4,000 melamine dengan konkrit top yg telah sedia ada, RM2,900 untuk kabinet tinggi 9 kaki 6 pintu, dan almari2 semua bilik (siap cermin) juga pada harga sangat rendah. Makin kaya makin mahal tokey ni.

Lalu kami panggil kontraktor yang kami jumpa di FB, menggunakan nama "Budget *********". Pung pang pung pang dalam FB kata murah, kami jangkakan juga harga memang murahlah. Tapi dia quote RM18,000 untuk 3G solid top. Adui... kata murah? Melampau murah dia!!!!!

Pastu kami cari lagi, jumpa lagi satu kat FB group Warga Puchong. RM6,300 untuk melamine, kalau 3G darab 2, jadi RM12,600. 
Nama kontraktor: Izwan,  017-620 1583

Masih tak puas hati, akhirnya abang John contact kontraktor yg buat semua kabinet untuk kedai Vape Don HQ dan semua outlet Vape Don di Lembah Klang. Memang masa cari tukang buat kabinet utk kedai, inilah yg paling murah. Org lain quote RM30,000, dia quote RM13,000 saja. Tokey dia perempuan, kasi harga RM8,500 untuk melamine solid top dan RM10,000 untuk 3G solid top. Emmmm alang2 kasi top up aje RM1,500 dapat 3G yg cantik bersinar kan? InsyaAllah inilah kontraktor yg kami akan ambil untuk buat kabinet. Walau dalam hati mengharap ada yg lagi murah huhuhu. Itu baru dry kitchen. Wet kitchen nanti pasti nangisssss.... rasanya wet kitchen kita kena jugak mintak quote untuk melamine dan 3G. Walau idaman saya ialah 3G atau 4G. Untuk kontraktor ni nanti saya mintak abang John nombor dia insyaAllah.


3G

3G

4G

Untuk warna pilihan, disebabkan konsep rumah saya nanti ialah minimalis, saya takmo main kaler banyak-banyak. Saya nak kekalkan keaslian rumah, takmo tukar tiles, takmo la jugak konsep2 Bali yg guna banyak kayu kayan, saya cuma nak kabinet 3G yg sepadan dengan warna tile dinding dan lantai iaitu beige.

Contoh terbaik macam gambar kat bawah:


gambar ambil dr Intech Kitchen

Light & darker beige dengan solid top hitam berbintik mcm bintang2 di langit. Simple aje, tak semak mata memandang. Feature wall di living room hanya wallpaper bercorak garisan bengkok2 kaler hitam dan silver yg abang John pasang sendiri, tv yg akan digantung, tiada panel atau rak tv besar tetapi kabinet tv rendah warna putih yg akan dibawa  dari rumah lama. Dinding kiri kanan saya cadang nak letak gambar besar (berbingkai hitam) yg mewah warna. Dah tengok kat Kaison, sangat menarik hati dan tak sabar tunggu duit turun dari langit untuk beli. Pastu karpet pakai karpet bulu yg lama kaler gelap. Ada bajet nanti beli la baru. 

Sofa refurbished warna putih dengan 2 single modern sofa refurbished drp kaler hitam jadi oren. Langsir siang (day curtain) warna putih, langsir kalis cahaya kaler silver corak bunga halus hitam. Yg ni kena jahit sendiri. Nak tempah memang tak larat nak sediakan duit sekelepuk. 




Hasil kerja tukang baiki sofa memuaskan hati. Semua yg diatas kami bayar RM1,700 untuk sofa 2+3 dan RM120 yg oren tu setiap satu. Kalau nak guna khidmat brader ni boleh call : 

ZAINAL 012-202 0835, kilangnya di Putra Perdana, Puchong. 2 minggu jangka siap satu set sofa.

Idea living hall datang daripada gambar ini:

ceiling simple, warna tak banyak. Dia tambah kaler kuning tapi saya nak tambah kaler oren

Memang tak dapat 100% mcm gambar sebab living room saya agak sempit tapi idea tu kita guna la sikit2 mana yg boleh. Pokok tu pun sangat cantik sebagai penyeri. Kena belajar menten pokok, takmo jadi macam dulu, cik med balik Filipina terus semua pokok mati tak berjaga.

Walau saya tak suka langsung lantai tangga dan lantai laminate kaler coklat di tingkat 1 dan 2, kami hanya mampu kekalkannya ia begitu. Ikut hati nak tukar semua ke tiles sebab laminate floor ni cepat rosak kalau kerap kena air. Anak2 dah la suka main air. 

Pastu saya akan cat fencing tangga besi daripada kaler kelabu ke kaler hitam. Saya dan anak bujang akan buat kerja mengecat nanti insyaAllah. Nak tukar ke kaca nantilah dulu, tunggu duit turun dari langit. Bila la nak turun, hanya Allah swt yg tahu.

Ada jugak brg dr rumah lama yg akan dibawa bersama iaitu sideboard kayu IKEA yg akan kami varnish semula guna kaler lebih gelap. Ia akan diletakkan kat dinding dekat dengan dry kitchen. Tak sanggup nak lepaskan sideboard tu sebab ia cantik walau ianya diperbuat drp kayu coklat gelap. Konsep yg saya nak guna tak berapa masuk dengan perabot kayu sebenarnya. Sebab tu nak varnish kaler jadi gelap.

Meja makan tak cari lagi. Plan nak yg 8 seat sebab kami anak beranak dah 7 orang. Meja makan skrg (wrought iron) kami janji nak hadiahkan kepada pembeli rumah kami di Puchong.

Nampak macam tak banyak kerja nak dibuat tapi sebenarnya kos menghias yg konon seminimal mungkin ni memakan belanja yg agak besar jugak. Oleh itu kalau uols beli rumah nanti, pastikan ada bajet lebih untuk renovasi dan barang keperluan. Semua barang dah mahal sekarang!!!

Oklah dah menguap 1800 kali dah ni. Cita-cita 1 entry 1 hari sedang saya usahakan, demi menaikkan duit kat Nuffnang hihi.

Wassalam.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>